SAYA KETURUNAN JAWA DI MALAYSIA.
Saya temui video ini dan rasa amat seronok dan penasaran.
JOM IKUTI.
Almarhum Bapak saya datang dari Tanah Jawa dalam "kiraan" saya
ialah di awal abad 20.
Saya bongsu dari 8 adik beradik lahir pada tahun 1947.
Bapak saya bercerita semasa hujan Abu yang terbesar
berlaku di Indonesia
beliau sudah bujang. Saya kira itu dalam lingkungan
umur 15 tahun.
Hujan Abu paling besar ialah meletupnya Gunung Berapi Krakatoa.
Iaitu dalam tahun 1883.
Bila saya ikuti video ini saya nampak "diri saya" penuh sejarah.
Seperti "Rasa Heran Diri" Hi Hi Hi.
Namun apa yang saya ingin cerita mengenai
almarhum bapak saya ialah ia
datang sebagai Santri. Saya difahamkan ia penuntut
sebuah Pasentren/ Pondok di Jawa.
Mak saya cerita bapak saya sambil menebang dan berkebun
ia mengajarkan Ilmu Agama seadanya pada para
kekawan dan jiran berdekatan kampung.
Mula-mula saya simpan Kitab-kitab Bahasa Jawa yang
saya warisi walaupun saya tidak pandai membacanya.
Sekarang sudah hilang dalam perpidahan rumah
beberap kali dari remaja hingga kini.
Ini satu penyesalan tetapi apakan daya.
Rasa penyesalan itu terasa lagi bila saya ikuti Video ini
dan di ceritakan
mengenai tulisan/skript Jawa suatu masa dahulu.
Namun dalam umur yang sangat dewasa sekarang ini saya tidak lagi
memendam peyesalan yang ada.
Cuma saya sekarang sering mengikuti Cerita mengenai
Ulamak-ulamak Indonesia dalam Utube.
Itu menjadi pengisian masa lapang saya terutamanya
sekarang kerana sudah tidak mampu ke sana ke mari
dan melancong kerana Covid19.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Siapa yang masih
menganggap diriya JAWA
mesti lihat ini. Walau pun lihat laju-laju.....
This is our Roots. Macam cerita dalam buku "ROOTS"....
Kisah Kunta Kinte di bawa sebagai hamba abdi
dari Afrika ke Amerika.
Akhirnya ada yang menjadi President Amerika. Siapa?...
Barack Husin Obama.
Keturunan kulit Hitam dan Islam.
Cerita JAWA di Lembah ini lagi Klasik. Ikutilah......
Mereka yang membawa Islam ke Wilayah ini.
Semoga cerita ini sohih.
Rasa Nostalgia.... Itu sahaja......
No comments:
Post a Comment