"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, January 31, 2022

Ternyata Pohon Dan Hewan Punya Ruh - Buya Arrazy Hasyim | Tasawuf



Bismillah Calligraphy 2.svg


Saya baru mahu mengerti bahawa Pohon dan Hewan ada RUHnya.
JOM IKUTI UNTUK MEMPERLUAS PANDANGAN DAN PEMAHAMAN
HIDUP INI DAN KEHIDUPAN LAIN DI SEKELILING KITA.

Di sisni saya ingin mengimbas pengalaman hidup semasa muda dahulu.
Di halaman rumah saya di Kg Tunku Petaling Jaya waktu itu 
saya menanam dua pohon mempelam. 
Kedua-duanya tidak berbuah walaupun pohonya segar.
Suatu hari ada teman datang ke rumah dan semasa
 melihat-lihat keliling rumah saya
saya katakan padanya bahawa saya semacam kecewa kerana
pohon mempelam saya tidak berbuah.
Dengan tersenyum ia katakan dalam nada lucu katanya bahawa
saya tidak mintak pohon itu supaya berbuah.
Pohon-pohon pun mahu sentuhan perhatian dari 
siapa yang menanamnya.
Lebih kurang begitu ingatan percakapan teman saya ini.
Waktu itu suami saya ada bersama. Maka mulai hari itu suami saya
sering bertutur dengan pokok itu dan minta ia berbuah.
MasyaAllah, dengan izin Allah 
tidak lama selepas itu pohon mempelam itu mula berbunga dan
berbuah. Saya dan suami rasa teruja, kagum dan bersyukur.

Apabila saya mengikuti video di atas saya terdetik hati dan rasa seronok.
Pasti nyata fakta bahawa pohon dan haiwan punya RUH.
Kebelakangan ini saya suka mengikuti cerita-certa
 haiwan yang kita bela di rumah.
InsyaAllah saya bercerita lagi dilain waktu.
Semoga Allah izinkan bercerita.



No comments:

Related Posts with Thumbnails