"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 4, 2010

KESYUKURAN YANG HANYA DIRI MENGERTI





Sebulan yang lepas ini saya dan suami sibuk sedikit memikirkan (di samping kerja-kerja dan tugasan harian)  tentang pemergian ke Mekah untuk ibadat Umrah di bulan Ramadhan ini dan juga mengaturkan majlis perkahwinan anak bongsu kami, Amirul Mukminin. Pada kebiasaanya tugas seperti ini bukannya susah sangat untuk diurus, tetapi kerana masa yang suntuk, maka penjadualan kerja harian menjadai agak rumit.

Tetapi Alhamdulilah, semuanya selesai.Amirul selamat dihijabkabulkan pada 1 Ogos 2010 di Masjid Kota Damansa, Seksyen 5, Kuala Lumpur. Masaalah yang kami hadapai membuat kami lebih memahami apa itu qadha dan qadar Allah dan dapat menjiwai walau pun sedikit erti ujian dan pengorbanan.

Amirul adalah anak ketiga dari 3 orang adik beradik yang saya didik dan asuh dan kini telah pun berumah tangga. Alhamdulillah. Walaupun nampak seperti mudah untuk mendirikan rumahtangga kerana Amirul seorang lelaki, tetapi tidak semestinya begitu. Setiap larian dalam hidup berbeza anatara seorang dengan seorang. Amirul telah melalui masa remaja dan "muda"nya agak penuh warna warni. Ia mula bersekolah di Al Amin yang ketika itu di Kampung baru. Kemudian ke sekolah kebangsaan Kg. Tunku, Petaling Jaya atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemudian ke Institut Hafiz di Kelang, sekolah swasta. Tamat di situ dengan 16 juzu' hafalan dan lulus PMR, saya tukarkan pula ke Maahad Tahfiz di Banting. Sekolah itu di kendalikan oleh kerajaan negeri selangor. Tetapi dalam pada Amirul bertukar sekolah beberapa kali. Tanya padanya mengapa begitu. Amirul pernah bersekolah beberapa minggu di Sekolah Menengah Agama di Kuala Trengganu. Tidak ambil kira lagi Amirul bersekolah di sekolah lelaki Bukit Bintang, Petaling Jaya. Untuk pendekan cerita, tamatlah sekolah menengah. Kemudian Bersekolah pula ke Institut (dah lupa) di Muar, Johor untuk kemudian menyambung belajar ke Mesir. Tetapi di situ juga lariannya untuk tamat tergendala. Tidak sesuai dengan Ustaz katanya. Bermacam lagi sebab. Akhirnya saya hantar ke Inernational Islamic University di Khartoum, Sudan untuk lebih dari setahun sebagai mendalami bahasa Arab. Tetapi tidak sesuai juga kerana Sudan tidak punya facility University yang sesuai dengan jiwanya. Akhir sekali saya "warning" padanya untuk kali penghabisan supaya fokus untuk lulus tidak kira apa masaalah sekali pun. Saya hantar pula ke University Mu'tah di Jordan. Lariannya di situ tergendala kerana perang Teluk dan perang di Iraq. Amirul kembali untuk 2 semester dengan izin university. Saya amat mengharapkan ia tamat dan sentiasa berdoa semoga Allah mudahkan untuk Amirul dan untuk saya dan suami. Dengan izin Allah dan semoga dengan redhaNya ia tamat dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah. Alhamdulilah.

Setelah lulus, nampak seperti peristiwa biasa. Segala masaalah terselesai dengan pertolongan Allah jua. Saya cuba memahamkan pada Amirul erti jati diri dan pengorbanan, erti istiqamah dan perjuangan. Hidup ini tidak ada ertinya jika hanya untuk memenuhai keperluan diri semata-mata. Al Quran menyebut mengenai kepentingan manusia dengan manusia dan kepenting manusia dengan Allah. Ia jalan seiring. Ada ketikanya kepentingan manusia didahulukan seperti beberapa contoh yang Rasulullah saw telah tunjukan. Hidup ini perlu perancangan untuk sampai ke destinasi. Dan destinasi itu ialah untuk mendapat keredhaan Allah jua. Banyak cara untuk ke destinasi itu tetapi bekalan nya hanya dengan ilmu, iman dan amal. Banyak yang telah dinasihatkan pada Amirul dan semoga Amirul dapat melayari bahtera kehidupan ini dengan mencontohi tauladan Nabi kita Muhamad saw. Semoga Allah sentaiasa memberi taufik dan hidayahNYA dan semoga dilimpahahi  RahmatNYA hingga keakhir hayat dan turun temurun ke anak cucu. Semoga Allah menerima usaha kami sebagai amal soleh dan semoga kami semua berkesudahan dalam redhanya dan mendapat anugerah hambaNYA,  Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails