InsyaAllah pada hari Isnin 9 Ogos ini saya dan suami akan ke Makkah untuk Umrah dan menyambut Ramadhan Karim di sana. Ini salah satu penghayatan yang kami cita-citakan untuk sekian lamanya dan semoga Allah menerima kami insan-insan yang kerdil ini sebagai tetamuNya dan memudahkan segala urusan dan diakhir nya nanti mendapat KeredhanNya dengan RahmatNya semata-mata.
Perancangan untuk musafir kali ini melalui berbagai cabaran. Kami amat bersyukur, alhamdulilah, segala "masaalah" setakat ini Allah beri idea dan ruang untuk mengatasinya.Betapa Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang menunjukan jalan-jalanNya. Kami amat merasai dan menginsafi hakikat bahawa untuk mendapat anugerah Hamba Illahi memerlukan kefahaman,penyesalan diri atas dosa-dosa, kesabaran dan pengorbanan. Semoga apa yang kami fahami dan rasai akan terus meyakinkan diri bahawa pergantungan kita semestinya pada Allah jua, tiada yang lain dariNya. Perjalanan kami masih jauh, umur kami makin singkat, tenaga dan ingatan kami makin terhad. Dihujung perjalanan ini kami berdoa semoga kami dii'tiraf hamba di sisiNya dan kami dijemput memasuki dalam SyurgaNya seperti yang tersebut dalam AlQuran surah Al Fajr, ayat 27-30.
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah pada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah dalam Jemaah hamba-hamba Ku dan masukla dalam Syurga Ku".Illahi anta maksudi, wa redhaka mathlubi.
Semoga berjumpa lagi dilain entry, insyaAllah. Semoga Allah mengampuni dan meredhai.
Amin.
No comments:
Post a Comment