"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 2, 2010

SIAPA YANG TIDAK PERNAH BERSALAH.





Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan. Lautan mana yang tidak pernah bergelombang.

Fitrah manusia itu pelupa, pemarah, pemalas, penyombong dan berbagai lagi sifat yang Allah kategorikan sebagai sifat-sifat keji. Saya tidak terkecuali. Maka diambang tibanya Ramadhan al Mubarak marilah kita bertekad untuk memberbaiki diri dan terus memperbaiki diri. Janganlah kita berputus asa atas RahmatNya yang tidak terhingga.
" Hai hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah yang maha Pengampun dan maha Penyayang. (Az Zumar, ayat 53)."
Bicara mengenai bertaubat telah banyak diperkatakan. Antaranya oleh Imam Al Ghazali. Kita amati syarat-syarat taubat nasuha, insyaAllah kita dapat kembali padaNYA. Allah suka pada hambanya yang beratubat. Rasulullah saw sendiri bertaubat tidak berhenti. Baginda mensyukuri dirinya sebagai hamba. Maka apalah kita ini......Jangalah kita sombong dan berfikiran bahawa kita tidak pernah berbuat dosa.

Itu dulu buat kali ini entry yang mampu saya catat sebagai menyambut Ramadhan. Saya turunken di bawah ini  sebuah hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:
" sesungguh nya Allah menghamparkan   'TanganNya'  di waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang berbuat dosa pada waktu siang, dan Dia juga menghamparkan 'TanganNya'  di waktu siang untuk memberi taubat orang yang membuat dosa di waktu malam."
Allah gembira menyambut taubat hamba-hambanya. Dia maha Mengetahui dan maha Bijaksana, maha Pengasih dan maha Penyayang. Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita dan kembalinya kita nanti dalam RedhaNya.
Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails