Alhamdulilah. Allah maha Mendengar rintihan hati hamba-hambanya. Dia yang maha Pengasih maha Penyayang. Kami adik beradik perempuan melainkan seorang kakak telah dapat bertemu dan bermesra walau pun seketika dengan saudara lelaki kami yang seorang itu pada 1 Ogos 2010 sempena perkahwinan anak saya di Masjid Kota Damansara, Kuala Lumpur. Agak lama kami tidak bertemu muka dan bermesra bersama kerana ranjau-ranjau hidup yang menghalang laluan. Perjumpaan kali ini amat bermakna kerana kami semua telah lanjut umur. Hanya saya dan abang saya yang berumur pertengahan enam puluhan. Kakak-kakak saya semuanya telah berumur tujuh puluhan.(Tidak tahu bila kami akan berpindah ke 'sana'). Kakak yang tua yang masih dikurnia panjang umur kini sudah hampir 77 tahun. Alhamdulilah ranjau-ranjau hidup dapat kami tempuh perlahan-lahan dan dengan pertolongan Allah kini kami dapat mentarbiah diri untuk melihat dan menerima yang baik-baik sahaja.
Pautan keluarga adalah juga seperti wasilah untuk bertaut di bawah naungan Rahmat Allah. Pertolongan Allah amat dekat kalau kita dapat menerima hakikat bahawa kita adalah ciptaanNya dan tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri padaNya. Pengabdian yang sebenar-benarnya, Ustaz sering mengingatkan, akan hanya tercapai kalau pergantungan kita hanya pada Allah. Kita hapuskan sifat-sifat yang berasaskan ego yang tamak, sombong, takabur, heran diri dan berbagai lagi. Ego kita sememangnya dipengaruhi syaitan, maka kalau kita dapat menundukan ego kita maka insyaAllah pertolongan Allah amat dekat.
Peristiwa kiambang bertaut antara kami adik beradik merapatkan juga pertalian dengan sanak saudara yang lainnya. Alhamdulilah. Rahmat Allah mencurah-curah cuma kita manusia susah hendak melihatnya dan menerimanya kerana pengaruh ego yang tidak terdidik sempurna. Marilah sama-sama kita berdoa semoga jalan kembali pada Allah yang sememnagnya rumit mendapat petunjuk dan pertolonganNYA.
Gambar-bambar sanak saudara yang bersama dalam majlis berbagai kesyukuran sempenaa perkahwinan Amirul.
MAKA TIDAK ADA NIKMAT ALLAH YANG HENDAK KAMI DUSTAKAN.
MAKA TIDAK ADA NIKMAT ALLAH YANG HENDAK KAMI DUSTAKAN.
No comments:
Post a Comment