"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, October 2, 2010

BERKEJARAN DI NEW YORK.




Pertama kali saya ke New york ialah pada tahun 1968 dan ketika itu saya berumur 20 + + tahun.  Saya kagum dengan New York dan saya kagum dengan pembangunannya yang pesat. Saya kagum dengan budaya kerjanya dan berbagai lagi yang saya kagum.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, hari ini saya rasa tidak selesa mengenai New York. Peristiwa Sept 11 lebih membuat hati saya rasa amat tidak selesa dan  "curiga"  mengenai New York. Saya teringat saya berkejaran mencari kawan ketika itu  di New York kerana  buat pertama kali saya tercerai dengan seorang kawan semasa di Subway di kawasan yang agak mempunya reputasi berbahaya  dari segi keselamatan diri. Ketika itu saya rasa amat  ketakutan.
Tetapi hari ini apabiala saya membaca berita di Strarits Times pemimpin kita "berkejaran" cuba membina nama atas keperibadian seorang Muslim yang "moderate" saya rasa  kurang selesa dan berfikir panjang atas isu itu. Katanya seperti dilaporkan dalam akhbar berkenaan:
" The call for moderates, especially in Islam, to come forward and drown the divisive and dangerous words and deeds of extremists seems to have attracted positive response from many. Prime Minister Datuk Seri Najib Abd Razak, in his speech at The United Nations on Monday had called for a Global Movements of the Moderates to take back the center from loud and extreme fringe elements that have some how manage to colour  and distort the perception of Islam."
Sehubungan dengan  kenyataan ini sukalah saya mencadangkan pada pihak yang berkuasa supaya istilah "moderates" dlam Islam diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tidak timbul kekeliruan tentang pendirian Malaysia terhadap Islam.  Fahaman saya Islam adalah Islam. Tidak ada extremis Islam tidak ada moderate Islam, tidak ada Islam fundamentel dan tidak ada Islam hadhari. Kalau ada pengunjung blog ini yang mahu memberi penjelasan pada saya, saya amat hargai.Terima kasih.
WaAllahua'lam.

2 comments:

noraini said...

salam sobah. baru balik dari jakarta. just read your article and just heard the news about moderates. pandangan saya ini satu cara syaitan membisikkan kekeliruan supaya umat islam suka bermudah-mudah. tentang usa and new york kalau ikut pandangan arwah sayid outb in the eraly 50s pun dah teruk, apa lagi sekarang. mari kita perbetulkan persepsi tentang deen yang akan kita bawa pulang bila kita kembali kepada Allah melalui ilmu tulisan ulama muktabar dan practising Muslims. Saya syurkan cari buku karangan Abdul Karim Zaidan, whatever he wrote memang padat dan tepat dengan konsep alquran dan sunnah. waAllahualam

ngasobahseliman said...

Terima kasih atas pandangan. Yang saya khuatir konsep "moderation" di tafsir sebagai liberalism. Takut Malaysia cari jalan pintas untuk dapatkan pengiktirafan negara maju. Untuk apa akirnya?

Related Posts with Thumbnails