"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 5, 2011

PERISTIWA LOBSTER

 

Kami pernah ke Pulau Acheh  di Acheh setahun yang lalu meninjau-ninjau kebarangkalian berdagang lobster untuk memecah monopoly di pasaran yang dikuasai oleh mereka yang bukan dari "jemaah" kami.
Ia suatu peristiwa yang mencabar minda kerana industri lobster sangat kompetitif dan memerlukan dana pelaburan yang tinggi. Apabila pulang ke Kuala Lumpur kami kami berusaha dan masih berusaha bagaimana untuk mendapatkan dana ini.


Berhenti sebentar di pasar borong Banda Acheh



Sementara itu kami "belegar-legar" di kalangan orang yang sudah menampakan kejayaan di bidang ini di Banda Aceh dan sedikit di Medan. Walaupun pasaran ini kompetitif ia tidak mustahil diterokai jika kita boleh mendapatkan pihak yang mahu mengeluarkan dana pelaburan. Oleh itu di mana jua kami pergi, idea berdagang dibidang ini sentiasa bermain diminda.

Maka pada musim cuti tahun 2010 kami singgah di Mersing dalam perjalanan kami dari Endau_Rompin ke Pontian, Johor. Dalam kami membeli barangan hasil laut disalah sebuah kedai kami bertanyakan peri hal lobster. Dengan tidak disangka tuan kedai menawarkan kami dua ekor lobster denga harga yang amat sederhana berbanding dengan harga di pasaran di Kuala Lumpur. Maka kami membelinya tanpa memikirkan bagaimana hendak memasaknya. Adakah periuk atau kuali yang besar yang boleh memuatkannya. Suami saya kata : Beli dulu. mungkin kita boleh pergi ke Hotel dimana-mana dan minta tolong ia memasakannya dengan bayaran upah. Saya mengatakan: Nanti harga upah lebih mahal dari harga membeli. Maka kami membuat keputusan untuk memasaknya sendiri mengikut respi sendiri. Hasilnya seperti di bawah ini.

Anak saya masak ala-sup dalam periuk besar.

Saiz lobster berbanding anak kecil berumur setahun 2 bulan


Ini  "master chef", anak saya dan isterinya membantu.

Kami memasak juga ketam sebagai menu tambahan.

Itulah peristiwa lobster dalam keluarga kami. Kami  "kendurikan" dengan anak-cucu sahaja pada petang dan malam tahun baru 2011. Semoga peristiwa ini memberi sedikit sebanyak pengalaman untuk meneroka perihal lobster seterusnya. Semoga Allah membuka ruang dan peluang dan memberika pertolonganNya hingga mencapai kejayaan demi ekonomi orang-orang Islam. Sering saya mengatakan pada anak-anak bahawa kita harus berusaha hingga "kita kaya", kerana orang Islam dituntut supaya kaya. Sebab itulah Rukun Islam yang ke4 ialah membayar zakat. Kita dituntut membantu yang miskin. Kita dituntut untuk memakmurkan dunia ini. Untuk meneroka dunia modalnya besar. Jangan melepaskan tugas ini pada pihak pemerintah sahaja. Kita ambil sebahagian tugas itu mengikut kemampuan yang ada. Tetapi kemampuan ini mesti kita usaha untuk mewujudkannya. Usaha seperti ini adalah sebahagian dari 'zikrullah'. Zikrullah buka diatas tikar solat dan di Masjid-masjid sahaja. Di hutan rimba pun zikrullah jika nowaitu kita betul, untuk mencari keredhaan allah. Sebab di dalam alQuran jelas orang mukmin dituntuk untuk berfikir, menjadi ululAlbab.

Panjang "khutbah" saya pada anak-anak. Tetapi  itu sahaja buat kali ini. Semoga kami  dan semua warga Islam menjadi kaya, (dengan limpah rahmat Allah)) sekurang-kurangnya ketahap kita tidak memerlukan pertolongan orang lain. Di zaman pemerintahan Khalifah  Umar Abdul Aziz hampir tidak ada orang miskin untuk melayakan mereka  menerima zakat. Semoga usaha setiap mukmin yang gigih, dan semoga gerakan dakwah yang berterusan akan memungkinkan Malaysia melahirkan pemimpin seperti Khalifah Umar Abd Aziz. Jika ini wujud, saya berpendapat barulah konsep 1 Malaysia betul-betul bermakna.
WaAllahu'alam.

2 comments:

Unknown said...

Sedap Lobster, ketam pun sedap. ketam fresh! Manis. Alhamdulillah syukur. Burppp!!

ngasobahseliman said...

Azrul, alhamdulilah seronok makan. Tolong pastikan usaha membuka "gormet shoppe" Amirul terus berjalan.Ini permulaan untuk tidak lupa nowaitu asal. Nak kaya macam sahabat Nabi saw: Abdur Rahman Aouf.

Related Posts with Thumbnails