"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 22, 2011

IKTIKAF DI MASJID @ RAMADHAN





Saya di maklumkan oleh seorang teman semasa di Makkah bulan Ramadhan tahun 2010 bahawa konsep Iktikaf berbeza di Malaysia dengan di Makkah. Saya rakamkan gambar di mana  tetamu Allah terus berada di Masjid sepanjag 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Siang dan Malam. Mereka keluar hanya untuk sesuatu yang benar-benar penting seperti untuk membeli makanan atau ke tandas. Maka amalan ini menjadikan Masjid sentiasa penuh sesak dan sesiapa yang tidak Iktikaf demikian rupa akan bermasaalah mendapatkan tempat untuk solat, pada setiap waktu. Itu pengalaman saya.

Di Malaysia, saya berfahaman bahawa Iktikaf tidak semestinya sehari semalam. Maka yang biasa dibuat oleh keluarga saya ialah berniat iktikaf semasa solat fardhu, solat Terawih dan Qiamulail. Pada siang hari, seperti harian biasa.

Sebuah lagi pemandangan Iktikaf di Masjid Al Haram.

Maka apabila saya berjumpa dengan seorang teman karib pada hari semalam ia bertanyakan saya mengenai hal Iktikaf ini. Maka saya cerita seperti fahaman saya di atas. Kalau begitu, kawan saya berkata : Bagaimana mendapat LailatulQadar kalau kita tidak Iktikaf sepanjang malam di Masjid?

Saya mohon siapa jua yang arif dalam hal ini menjawab bagi pihak saya. Teman saya ini seorang wanita.
Tetima kasih atas bantuan.
Semoga fahaman yang saya tahu itu pun boleh diikuti juga.
WaAllahu'alam.

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,



Yang saya tahu Lailatul Qadr ( Malam Alqadr )bermula dari waktu maghrib( permulaan malam )hingga waktu subuh - Surah AlQadr

Kalau mengikut kata tok guru, kalau berbetulan malam itu adalah malam alQadr, sekurang-kurangnya orang yang menunaikan solat Isya' bejemaah di masjid akan mendapat berkatnya.

Kalau mampu, tunggulah sampai ke pagi!

ngasobahseliman said...

Saya pun berfahaman begitu. Biar Allah yang menentukan. Kita buat sahaja bersungguh2 dan semampunya. Kita doa semoga amalan Allah terima dan kita dikurnia keampunanNya, kasih sayangNya dan RedhaNya, dengan Rahmatnya jua.

Maaf zahir batin, dear sister.

Related Posts with Thumbnails