"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, October 1, 2011

DIMANA ANAK KU






Ini kakak saya sakit terlantar di rumahnya di Kota Tinggi. Saya rakam gambar ini di perayaan bulan Syawal yang baru lepas.  Ia di jaga oleh seorang pembantu  warga asing kerana anak-anak semuanya sibuk dengan tugas kerjaya yang tidak nampak bila akan reda kesibukannya. Dalam hal biasa Allah mengurnia masa 24 jam bagi semua. Maka sempat atau tidak sempat tidak boleh disebabkan kerana kesibukan kita dan kita tidak cukup masa. Tiadanya kesempatan adalah kerana  kita tidak meletakan  aktiviti mera'i ibu itu sebagai aktiviti yang harus diberi keutamaan. Maka mudah sahaja kita mempertahankan diri dengan mengatakan kita tidak kesempatan.

Kakak saya ada 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat. Namun ia tidak pernah mengatakan yang seorang itu anak angkat kerana padanya kasih sayangnya tidak berbelah bagi. Ia mengangkat anak itu sejurus selepas ia dilahirkan dan kesemua proses persekolahan dan lainnya tidak mengira pertalian darah. Tetapi saya perhatikan kakak saya ini Allah uji dengan kasih anak. Seorang anaknya hampir tidak peduli dengan emaknya. Menziarahi sakit seperti orang biasa menziarahi temannya. Tidak tidur bermalam, dan tidak sampai sehari pun dan itu pun hanya sekali  dua sejak kakak saya jatuh sakit yang serious hampir dua tahun yang lalu. Ia tinggal lingkungan 50 kilometer sahaja. Hari Raya tidak pulang langsung. Kasihan saya pada anak ini kerana Allah beri peluang jalan pintas masuk syurga tetapi diabaikannya. Allah berjanji surga itu ditapak kaki ibu (dan bapa) dan jika anak-anak menjaga kedua orang tuanya dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, maka Allah janjikan Syurga. Semoga anak-anaknya dan cucunya ada membaca blog saya ini dan akan terbuka hati untuk mengambil peluang akan janji Allah itu.

Semoga mereka juga membaca alQuran Surah Al Israk , ayat 23 yang bermaksud:
"Dan Tuhan mu telah memerintahkan dan mewajibkan supaya kamu mengesakan DIA semata dalam beribadah dan Dia menyuruh supaya berbuat baik dengan kedua ibu bapa, terutamanya ketika keduanya telah berumur lanjut, janganlah kamu merasa bosan dan susah terhadap sesuatu yang kamu lihat dari keduanya dan janganlah kamu mengatakan "UF" iaitu perkataan buruk yang paling rendah tingkatnya dan janglah kamu melakukan perbuatan jahat, tetapi pergaulilah keduanya dengan lemah lembut dan katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

Kakak saya bersedih tetapi saya selalu memujuk hatinya dengan mengatakan kita ada Allah, dan kebergantungan kita adalah pada NYA sahaja. Anak angkatnya pun seperti biasa-biasa sahaja. Tidak menampakan kesungguhan merawat emaknya yang telah mengasuhnya hingga berjaya dalam persekolahannya dan menjadi pendidik bangsa di sekolah. Saya selalu bertanyakan pada pembantu sama ada anak-anak sering BERULIT dengan ibunya. Ia hanya senyum. Tidak mahu bercerita. Tidak bercerita saya kira itu suatu yang tidah indah ceritanya. Saya diam sahaja dan tidak bertanya lagi. Saya hanya mampu berdoa di akhir-akhir hayatnya ini Allah kurnia keselesaan dan keredhaan, penuh dengan kasih sayang dan Rahmatnya.

Tidak ada manuasia yang sempurna dan pastinya sebagai manusia biasa kita semua ada kelemahan dan kekurangan. Kakak saya pun begitu juga. Tetapi anak-anak tidak boleh melihat kelemahan ibu sebaga senjata untuk tidak memperdulikan keselesaan hatinya dan hidupnya. Kasih pada ibu dan ayah tidak bersyarat. Kalau mereka bukan Islam sekalipun, tanggong jawab kita padanya tidak berubah, melainkan  atas hal-hal yang syarie.

Saya menulis perihal ini dengan penuh kesedaran bahawa semua kita, termasuk saya,  tidak kalis masaalah seperti ini. Sama-sama kita berdoa  semoga Allah memberi petunjuk kepada semua kita supaya beringat-ingat  akan kewajipan kita. Semoga Allah mengampuni segala dosa, kelemahan dan kekurangan dan semua kita mendapat rahmatNya yang tidak terhingga. Ameen.


...

4 comments:

mama ju, said...

Assalamualaikum
TerimKASIH, terharu membacanya,
Suami saya baru pencen, dia amat inisiatif utk bawa mak ayahnya di kg dan duduk dgn kami.Sedih kan kita tgk ayah yg dh tua tu berkelana sendiri. Kita senang lenang di sini.
Hehe masalah adik2 y tak berkunjung menjenguk ayah memang satu cerita, tapi mcmmana nak bgtau mereka? puas sudah saya berkias....

Temuk said...

Assalamualaikum
Coretan hajah itu amat menghibakan!

Sekalipun berkesempatan menjaga ibu uzur di rumah sendiri sehingga dia meninggal, saya tetap berterusan dihantui kebimbangan dan kesedihan yang amat sangat, apakah jagaan yang telah saya berikan itu sebenarnya yang terbaik. Kedua, apakah saya tidak mendukacitakan dia kerana 'memaksa'nya tinggal dengan saya (atas alasan kakak-kakak yang di kampung pun telah tua dan kurang berkemampuan dari segi fizikalnya untuk menjaganya).

Tapi, rasanya, saya akan lebih menderita rasa sekarang, jika saya biarkan ibu di kampung dengan ziarah yang tidak menentu.

ngasobahseliman said...

Salam dear Mama Ju. Terima kasih singgah. Kita tidak upaya mengubah hati sesiapa. Kita doa sahaja semoga Allah memberi hidayah dan petunjukNya. Ameen.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Terima kasih sudi mamper lagi. Saya pun begitu juga. Saya yang bongsu dan yang terakhir bersara. Kakak saya yang lama menjaga emak saya. Saya bertekad kuat bercuti setengah gaji menjaga emak saya untuk beberapa bulan dan terus bersara. Emak saya meninggal dalam umurnya lebih kurang 95 tahun. Bapak saya meninggal semasa saya 16 tahun. Almarhum emak yang menjaganya.
Saya pun hingga kini merasa takut jagaan saya tidak secukup seperti yang diharap emak saya. Dalam setahun saya menjaganya sebelum ia pergi, saya hanya 2 malam sahaja tidak di sampingnya. Semoga Allah mengampuni saya atas segala kekurangan dan kelemahan. Semoga Allah menerima bapak dan emak saya sebagai hambanya yang sejati dan mengurnia Syurga dengan Rahmatnya jua.Amin.

Related Posts with Thumbnails