"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, October 24, 2011

DISEBALIK KEHILANGAN...........





Sejarah hidup berbagai rupa dan ia tercatat berbagai cara. Bagi keluarga besar saya, 19 Oktober 2011 merupakan hari yang penuh peristiwa. Kami kehilangan CheGu Me'at. Ia pulang ke Rahmatullah selepas solat Subuh kerana serangan jantung. Janji Allah demikian rupa. Maka kita semua harus siap sedia kerana tidak tahu hari dan saat yang ditentukan olehNya.

Rasa kehilangan kerana Allahyrham CheGu Me'at baik dan ramah orangnya. Mudah dibawa bercerita dan mudah memberi pertolongan. Semasa Allahyarham Emak saya ada lagi, CheGu Me'at lah yang membantu membuat kerja-kerja yang kasar-kasar kerana hanya dia yang ada berhampiran. Alhamdulilah, ia membantu tanpa banyak soal, seorang menantu yang boleh diharap. CheGu Me'at terkenal dalam keluarga kerana ia amat rajin menanam Orkid ketika mudanya disamping mengurus sebuah Tadika kepunyaannya. Tadika itu adalah yang pertama di kampung itu yang dikendali oleh orang Islam. Alhamdulilah. Semoga menjadi sebahagian dari Ilmu yang dimunafaatkan dan Allah memberkatinya.




Ucapan takziah darai anak-anak buah yang selalu ziarah


Pemergiannya membawa pautan kasing sayang keluarga yang tidak di sangka-sanga. Ramai saudara mara yang lama tidak ditemui dan anak-anak saudara yang lama tidak menghadirkan diri dan menziarahinya, pada hari itu mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir dan saya rasa juga untuk meyakinkan kakak saya bahawa mereka tidak datang menzirahi hingga terlalu lama (ada yang hingga berbelas tahun lamanya) bukan kerana berkecil hati tetapi semata-mata kerana kesibukan kerja.

Maka terjalin semula hubungan silaturrahim yang sememangnya di tuntut dalam Islam. Saya mengambil kesempatan memberi tarbiah ringkas selaku orang tua dan berpangkat Emak saudara dan Nenek saudara. Mereka memanggil saya Bik Chah atau Tok Chu atau Embah mengikut protokol Jawa yang sediki-sedikit kami masih ikuti. Di bawah ini saya rakamkan detik-detik yang mengembirakan saya dan kakak-kakak saya kerana anak-anak muda mula menginsafi diri dan hakikat bahawa dalam Islam hubungan keluarga adalah sebahagian dari kekuatan Umat Islam. Allah memerhati hati budi hamba-hambanya.

Anak saudara perempuan saya yang akhirnya dapat membawa anaknya dan anak saudaranya
pulang ke kampung Parit Semerah,tempat bersejarah
bagi keluarga yang berhijrah dari Tanah Jawa.Alhamdulilah.

Rahbani (kiri) dan anak perempuannya yang hampir 20 tahun tidak menjelma.
Alhamdulilah, ia akan sentiasa ingat untuk tidak membuat keluarga tua  bersedih hati. 
Semoga Allah mendengarinya dan memudahkan urusan keluarganya.

 Odin, anak kakak saya yang di Kota Tinggi beserta anaknya bersembang dengan suami saya.
Alhamdulilah Allah beri peluang untuk bercerita-ceri tentang "kesusahan" keluarga dan semoga adik beradiknya sentiasa berdamping rapat dengan ibunya
yang sekarang ini terlatar sakit dirumahnya.
Ia meluahkan rasa menyedari kerisauan keluarga tua dan berazam selalu peka
akan kepentingan merapatkan hubungan dalam keluarga besar. 
Di situlah terletaknya kekuatan ukhuwah Islam.

Abang saya, Amat Suyoto, melayani keluarga Kg. Penerok 
setelah jenazah selamat disemadikan.
Keluarga ini semasa mudanya banyak membantu emak saya 
dalam mengusahakan penghasilan kebun getahnya.
Kini mereka juga telah tua dan berjumpa mesra pada keaadaan tertentu sahaja.
Ini perjumpaan penuh nostalgia.

Ini Afiqah, cucu kakak saya yang baru kehilangan suami. Ia tinggal jauh bersama ibunya.
Hanya sesekali bertemu mesra.Namun diperhatikan ia pandai membawa diri, 
rajin menolong, sopan dalam tutur kata dan menampakan kematangan fikiran
walaupun baru berusia 10 tahun. Semoga Allah memeliharanya dan memudahkan jalan hidupnya.

Ini Halimah, anak perempuan kakak saya yang tinggal berhampiran rumah.
Dialah yang selalu membantu dan anak-anaknya jadi penghibur hati sunyi.
Semoga hubungan akan bertamabah erat.

Demikian cerita disebalik kehilangan. Semoga pautan kasih yang mula terjalin kembali memberi munafaat pada keluarga besar Wak Leman, Allahyarham bapak saya yang telah meninggalkan kami pada tahun 1964 dahulu.  Ya Allah, berilah taufik dan hidayah pada kami dan limpahkanlan kasih sayang Mu pada kami dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang taat pada Mu dan ampunilah segala kelemahan dan kekurangan kami dan dosa-dosa kami dan dosa-dosa ibu-bapa kami dan pertemukanlah kami semuanya di Syrga Firdaus dengan rahmat Mu semata-mata. Ameen.

....................................

7 comments:

Temuk said...

Assalam.
Takziah, dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Cikgu Me'at dan menggolongkannya di kalangan roh para solihin.

Keadaan dan tuntutan zaman nampaknya memaksa ahli keluarga besar menjadi berselerak di merata tempat. Sepupu dan anak-anak mereka sendiri pun sudah tidak kita kenali sekarang, kerana jarang berjumpa. Pertemuan, jika ada majlis perkahwinan, memang menggembirakan. Tapi pertemuan semasa kematian sememangnya amat menghibakan, apa lagi bagi mereka yang puluhan tahun tak sempat bertemu. Namun, pertemuan hiba pun tetap ada hikmahnya! Sekalipun berselerak, terutamanya yang bersaudara, akan selalu berusaha supaya dapat kerap berjumpa dan bertolong-tolongan.

Werdah said...

Assalamu'alaikum puan

Innalillahi wainna ilayhi raaji'uun.

Begitulah kehidupan kita yang ditetapkan Allah.. kita datang dengan kehendakNya dan pergi dengan kehendakNya jua. Semoga ruh CheGu Me'at dirahmati dan diredhaiNya. InsyaAllah kita juga akan menyusulnya nanti.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Membaca komen Pak Temuk membuat saya rasa "terhibur" kerana ada orang yang memahami "karenah" hidup generasi anak-anak kita dan cucu-cucu kita. Semoga Yang muda menjadi lebih pintar dan menjadi lebih bijaksana. Masaalh kita umat Islam sekarang antaranya ialah pintar, tetapi kurang menghayati warisan positif kaum tua. Teknologi menjadi alat penghubung. Amat kurang sekali mendapat sentuhan kasih sayang secara fisikal .Kurang sekali pelukan manja. Semoga Allah mengampuni, semoga Allah menunjuk jalan, semoga Allah memelihara dan satu hari nanti akan terlaksana surah An Nur ayat 55. TQ sudi mamper.

ngasobahseliman said...

Salam sister Werdah. Lama saya jengok2 rasa risau tidak kelihatan Semoga sihat-sihat. Kalau boleh beri saya no. tel atau email untuk saya "sembang" panjang sikit. TQ datang singgah. Semoga Allah melimpahkan kasih sayangnya pada kita dan semua yang kita sayang.

Werdah said...

Salam sekali lagi puan

Saya sudah emelkan no telefon saya ke emel puan.. semoga kita dapat berhubung, insyaAllah dan semoga Allah mengabulkan doa permohonan kita... amiin.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum puan,

Salam kenal juga dari saya. Semoga puan sihat.

Al Fatihah kepada roh Allahyarham Cikgu Me'at dan takziah kepada seluruh keluarga.

Hati terasa ingin singgah di blog puan bila saya terpandang nama puan di blog kak Werdah.

ngasobahseliman said...

Salam Dear Kunang2,
Terima kasih sudi singgah. Dulu Kementerian pendidikan ke? kita jumpa lagi, insyaAllah.

Related Posts with Thumbnails