"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 3, 2012

AKU BERSAMA MEREKA





Kekuatan dan daya ketahanan haiwan Unta amat menakjubkan, makhluk Allah yang terdapat  di negara-negara Timur Tengah dan negara panas yang berpadang pasir.

Sudah banyak bukti dan kini terbukti lagi bahawa orang Arab yang berbagai kumpulan  puak adalah bangsa yang Allah ciptakan untuk menghuni negara padang pasir di Timur Tengah. Kekuatan dan daya ketahanan mereka  juga luar biasa sekali. Khusus saya mahu menumpu pada perjuangan orang-orang Arab di Mesir, Palastine, Iraq, Tunisia, Libya, Yamen, Bahrain dan di sekitarnya. Dunia telah maklum akan perjuangan mereka menentang kezaliman pemimpin yang berkuku besi. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk memegang kuasa. Ada pemimpin yang  juga bersekongkol dengaan musuh semata-mata mahu mendapat sokongan mereka dari segi kebendaan yang hanya menguntungakan diri sendiri.

Itulah yang saya fahami melalui bacaan dan pemerhatian melalui media massa. Kini seorang demi seorang gugur dengan hinanya dari tampuk  kuasa dengan kekuatan dan ketulusan perjuangan rakyat yang  menyingkirkan mereka. Berpuluh tahun rakyat biasa hidup  menderita dengan kemiskinan. Ada yang ditahan dipenjara nyata dan ada yang di penjara rahsia. Mereka menderita dengan siksaan yang tidak terperi kesakitan. Berbagai lagi tekanan hidup yang dialami. Oleh itu mereka bertekad sekuatnya untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka anggap amat zalim terhadap rakyat.

Semalam akhirnya Hosni Mubarak dan Menteri keselamatan dalam negeri dihukum penjara seumur hidup. Rakyat lega dan gembira buat seketika. Tetapi bila didengari anak-anak lelakinya dan mereka yang rapat dalam pentadbiran Mubarak kesemuanya didapati tidak bersalah, mereka mula menunjukkan rasa marah kerana seperti kematian dan kecederan  dan kesengsaraan ahli keluarga mereka dalam pertempuran dengan askar dan polis dalam Revolusi Rakyat baru-baru ini tidak terbela.

Saya pun merasakan agak tidak betul keputusan mahkamah pada hari semalam. Kezaliman pentadbiran Mubarak tidak diadili secukupnya. Tetapi saya hanya berkata-kata sendirian sahaja di depan TV mengikuti siaran langsung di Aljazeera.. Namun kalau saya di Mesir  agaknya saya akan juga belarak ke Tahrir Square. Entah-entah saya berdiri dihadapan sekali. Bertekad dihati. Subhanallah...AllahuAkbar.

Tuduhan-tuduhan korupsi semuanya gugur kerana tidak valid mengikut Statute of Limitation. Saya berfahaman di Malaysia dalam kes jenayah ia tidak ada had masa. Hanya kes sivil sahaja yang ada had masa. Entahlah. Lain negara , lain cara agaknya.

Maka sama-sama kita renungi ayat-ayat berikut:

A026 Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali Imran, Ayat 26.

 
 
A135 Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 

Surah An Nisa, Ayat 135.


A107 Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

Surah An Nisa, Ayat 107


AlQURAN ITU BENAR DAN JANJI ALLAH ITU BENAR.

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails