"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 16, 2012

SEPAGI @ KEJIRANAN.






Pagi tadi saya ke Pasar Tani setelah hampir sebulan tidak ke sana. Saya masih mengatakan harga barang-barang agak tinggi berbanding kemampuan orang yang berpendapatan sederhana. Maka apakah pilihan orang yang miskin? Saya tiada jawapan.

Pada sebelah tengah harinya saya ke rumah jiran untuk majlis kesyukuran. Kini isterinya sudah setabil kesihatan diri setelah dua kali menerima rawatan pada kedua belah matanya. Ia mendapatkan penderma mata melalui khidmat Inetenational Eye Bank yang dikendali oleh Hospital mata Tun Husein Onn. Saya terpegun sebentar kerana selama ini saya ingatkan pemebedahan yang diceritakan itu mereupakan pembedahn biasa  mengikut keadaan mata orang yang meningkat umur. Saya terpegun memikirkan keajaiban kebesaran Allah dan PenciptaanNya. Sungguh Allah maha Berkuasa atas segalanya. Deria melihat dapat diperpanjangkan. Saya teringatkan kakak saya yang hilang deria penglihatan kerana penyakit kencingmanisnya. Orang kampung tidak pandai berusaha seperti jiran saya itu. Saya trfikir-fikir dan agak sedih tidak dapat membantu. Namun saya pasrah kerana ketentuan Allah tiada siapa dapat menduga.

Baru malam sebelumnya Ustaz bercerita mengenai sifat kasih sayang Allah dalam surah Ar Rahman di dalam alQuran. Ia meliputi segala yang di langit-langit dan di bumi. MasyaAllah.

Semasa menjamu selera hidangan yang didatangkan khas, saya dan teman-teman bersembang santai mengenai kehidupan dan kami kaitkan dengan kurnian Allah pada rakan-rakan mengenai kesihatan masing-masing. Seronoknya tinggal sekampung dengan ramai sahabat handai yang sehaluan dalam mencari redha Allah. Saya ceritakan bahawa saya mungkin berpindah rumah ke Putrajaya pada akhir tahun ini. Mengapa saya mencari tempat baru dalam umur sebegini, tanya teman-teman pada saya. Nanti di Putrajaya tidak ada rakan sebaya. Semuanya muda-muda belaka kerana Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan yang baru.

Saya pun terfikir-fikir nanti bagaimana dapat menyesuaikan diri dengan golongan yang jauh lebih muda. Saya hanya katakan: Apapun yang kita buat tidak ada kepastian mutlak. Ambil sikap positif, bersederhana dalam tindakan, saya rasa insyaAllah ada pertolongan.

Dalam saat saya menulis ini pun saya masih terfikir-fikir.........
Teringatkan pesanan: Allah tidak cipta dunia ini sempit, maka jangan kita yang menyempitkannya.

....

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Semuanya adalah bumi Allah - tak kira di mana kita berada - kalau kita reda, kita kan dapat ketenangan dan kebahabgian...somehow or rather, things will fall into place

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum,

Saya juga bercita-cita untuk mempunyai sikap yang cenggini. Semoga beristiqomah.

ngasobahseliman said...

Salam dear sis KJ. Semoga begitu jua, semoga Allah mengurnia pertolongannya dan kita redha dan Dia meredhai. Nanti sebelum pindah I will let you know. Sebab ini masih cadangan. Apa yang dalam penentuan Allah hanya Dia yang maha Tahu. Sama-sama kita doa. TQ

ngasobahseliman said...

Salam Dear Hasimah.Terima kasih singah. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Hanya padaNya kita bergantung. Semoga perancangan jadi kenyataan. Semoga Allah kurnia yang terbaik, di mana jua kita berada. Nanti kalau betul dah pindah saya beri tahu. Jadi bila jalan-jalan ke Putrajaya tidur rumah saya. InsyaAllah kita jumpa.

Related Posts with Thumbnails