"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 18, 2012

LAGHA DI FACEBOOK





Apa jua yang berlainan biasanya mengkagumkan dan menceriakan. Secara relatif, Facebook adalah fenomena baru dalam dunia komunikasi. Maka ia menarik minat dan perhatian generasi muda yang mudah terpesona dengan teknologi yang dapat memenuhi cita rasa mereka. Iklan di TV mengenai kemampuan IT menghubung manusia sejagat amat memukau minda siapa jua yang berkemahiran dalam bidang itu. Kita tidak perlu terlalu mahir pun untuk sama-sama memunafaatkan teknologi IT. Tetapi anak-anak muda ramai yang seperti  tersihir dengan fenomena ini.

Saya sendiri tidak mahir dalam hal ini. Anak-anak menggalakan supaya saya mengikuti perkembangan dunia cyber dan meyakinkan saya bahawa saya akan dapat banyak munafaat darinya. Maka saya pun mengikuti saranan anak-anak. Tetapi saya tidak begitu berminat dengan Facebook jika ia digunakan hanya setakat menghubungi  teman dan rakan dan business associates secara santai dan secara  "touch n go". Jika ia diguna secara optima oleh orang-orang yang komited dalam sesuatu perjuangan (semua jenis perjuanagan bernialai murni)  seperti apa yang berlaku dalam revolusi rakyat di negara Arab, maka saya pun  kagum dengan penanganan Facebook dalam  Gerakan  itu. Facebook menjadi alat dan media yang amat efficient dan effective. Maka saya terdorong untuk cuba lebih "mesra" dengan Facebook dan mengambil masa untuk melihat apa yang ada dalam akaun saya.

Saya memujuk diri saya supaya memberi peluang membuka fikiran dan melihat apa lagi yang dapat saya munafaatkan. Mungkin kerana saya seorang pesara dalam peringkat umur sebegini, maka Fcebook tidak begitu terkesan dengannya. Itu pendapat saya sahaja. Saya harus mendalami lagi.

Walaubagaimana pun saya menghargai kecanggihan telnologi kini. Dalam apa hal sekalipun jika diguna untuk kebaikan maka baiklah ia. Talian persahabatan dapat dieratkan. Maklumat dapat disebarluaskan dan berbagai kerja dapat dipercepatkan. Maka Facebook sememangnya memberi munafaat. Tetapi ingin juga saya katakan bahawa jika ia hanya digunakan secara santai setiap hari saya khuatir ia hanya membazir masa. Jika apa yang disebarkan hanya perkara-perkara  ringan atau remeh yang jika tidak dibuat pun ia tiada membawa mudharat dalam hidup kita maka saya rasa terlalu "bergayut" di Facebook tidak mendatangkan munafaat yang benar-benar boleh ditakrif sebagai munafaat. Dengan lain perkataan jika dalam menggunakan facebook ia tidak membawa nilai tambah untuk kehidupan dan kerjaya kita,  maka itu saya katakan ia perbuatan yang membawa pada LAGHA dan membazirkan masa dan tenaga.

Lebih parah dari itu jika melalui Facebook kita tredorong untuk berbuat sesuatu yang mungkar. Contohnya seperti menggunakan rangkaian jalinan mengerat silturrahim menjadi medan maksiat kerana memadu kasih secara yang tidak syarie. Dari Facebook ia  beralih pula ke media yang lain yang lebih privacy. Saya tahu kes seperti ini secara benar. Di sini siapa makan lada, dialah yang rasa pedasnya. Lalu tidak perlu saya berkata panjang. Waspada jangan sampai kemudahan Facebook dan media IT yang lainnya,  membawa bencana. Harus ada disiplin pada diri. Dan disiplin tidak akan wujud jika tidak ada nilai murni di dada atau lebih tepat lagi jika tidak cukup iman dan taqwa.  Secara hakikatnya teknologi itu neutral nilainya. Cuma hati-hati yang kurang beriman sahaja yang dapat dicelarukan.

WaAllahu'alam.

....

2 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Puan.

Kita hambakan FB jangan FB yang hambakan kita.

Saya telah melihat contoh dihadapan mata manusia yang telah ditawan FB.Tugas terabai,mengambil masa tugas semata-mata duduk dihadapan paparan FB.

Semoga dia mendapat hidayah.

ngasobahseliman said...

Terima kasih sempat singgah, Simah. Agaknya sepuluh tahun lagi bagaimana gaya hidup manusia. Jin dah tahu kedudukan mereka. Manusia masih banyak karenah. Semoga kita mendapat lindungan Allah jua.Salam.

Related Posts with Thumbnails