"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 8, 2012

PEDULI IBU





Saya rakam gambar bunga sebagai satu penawar pada hati yang tersedih melihat seorang ibu tua berumur lebih kurang 79 tahun tanpa jagaan rapi dari anak-anaknya.

Ia sudah terlantar hapir 2 tahun di rumah sendiri yang sederhana dibanding dengan rumah lain di kampung itu. Anak-anak dan menantu ada yang bekerja dengan kerajaan dengan lulusan university dan ada yang bekerja sendiri dalam bidang pernigaan. Maka dari segi wang ringgit keluarga ini tidak diiktiraf misikin kerana ibu tua ini ada elaun persaraan pegawai kerajaan, walaupu hanya guru biasa. Suaminya juga ada elaun saraan yang mencukupi secara hidup di kampung. Anak-anak telah  membelikan peralatan yang cukup untuk jagaan seperti katil yang mudah selia seperti di hospital dan ubat-ubatan yang mencukupi. Ada dua pembantu rumah yang berkongsi kerja-kerja merawat dan kerja rumah tangga.

Namun saya tidak rasa ini mencukupi kerana anak-anak tidak datang BERULIT dengan ibu. Sering kali hanya datang seperti orang biasa ziarah sebentar dan pulang. Pada saya kalau bersikap peduli ibu, seorang anak boleh mengambil cuti menjaga ibu dengan separuh gaji kerana ada anak perempuan yang bekerja sebagai guru. Dari kiraan saya  pendapatan keluarga yang ada amat mencukupi kerana ia hanya ada dua orang anak dan seorang sudah tamat pengajian. Pada saya Ibu perlu di awasi solatnya dan kebersihannya. Ibu perlu sentuhan fisikal anak-anak kerana Ibu tua ini sudah luput deria penglihatan kerana sakit kencing manis yang lama.  Ibu juga perlu didengari ayat-ayat suci alQuran kerana ia sudah tidak dapat membacanya sendiri. Saya rasa tidak cukup dengan menggunakan alat perakam untuk mendengarkan  bacaan al Quran.  Bila lagi mahu berbakti pada Ibu dan membuktikan kasih sayang.

Pembantu bukan cekap sepenuhnya dan maklumlah dia pembantu bukan anak dan ibu itu pesakit bukan ibunya. Sang suami sudah berumur 81 tahun dan agak uzur juga. Alhamdulilah ia masih boleh mengurus diri sendiri dan tidak menjadi "beban" pada anak.

Inilah saya amat terkilan dengan anak-anak generasi cyber ini. Peduli Ibu menjadi keutamaan bawah sekali. Asyik kira tuition dan sukan anak-anak dan kerjaya sendiri sahaja. Sepertinya mereka ini satu hari nanti tidak akan tua. Alangkah malangnya sikap seperti ini.

Saya hanya berdoa semoga Ibu Tua ini Allah ampunkan dosanya dan meredhainya. Semoga anak-anak menyedari kelemahan dan bertindak sewajarnya.
WaAllahu'alam.

....

2 comments:

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum.

Ada orang boleh ambil cuti berkali-kali untuk anak,tapi berat untuk ibubapa,boleh belanjakan beribu-ribu untuk anak tapi tidak untuk ibubapa.

Semoga saya dan saudara mara serta anak pinak dilindungi dari menjadi anak yang dimaksudkan.Jangan jadikan menjaga ibubapa sebagai satu beban tapi jadikan sebagai amalan.

ngasobahseliman said...

Wa..salam. Sedih kan? Dalam kes ini saya dimaklumkan harta orang tua sudah diagihkan supaya mudah. Soal duit memang bukan masaalah. Tak tahulah.Semoga Allah memudahkan baginya.

Related Posts with Thumbnails