"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 14, 2012

ANTARA PESAN EMAK @ RAMADHAN






Sebuah penantian oleh semua yang rindukan keistimewaan bulan yang disebut Ramadhan Almubarak. Ia bulan yang luar biasa dari semua aspek kehidupan.  Sudah amat hampir dan doa saya semoga Allah masih memberi ruang dan peluang untuk menghayatinya tahun ini.

 Saya ada seorang teman yang beberapa tahun kebelakangan ini menyambut Ramadhan di Makkah dan Madinah sepenuhnya. Sudah agak lama saya tidak ke sana dan rasa amat rindu melihat Kaabah dan rindu untuk  merasai ketenangan yang luar biasa. Namun saya sentiasa rasa amat bersyukur kerana Ustaz kata di mana jua Rahmat Allah bersama asal sahaja kita sentisa membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Setip kehendak Allah pada diri seseorang ada hikmahnya masing-masing. Kata Ustaz apa yang penting ialah keikhlasan jiwa raga dan sungguh-sungguh mencari keredhaan Allah dan cuba  menghayati erti sujud pada Allah sepenuhnya. Antara ayat-ayat alQuran yang berkaitan ialah Surah Al Imran ayat 102 yang bermaksud:


A102 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. 

Melaui ayat ini kita dituntut untuk meningkatkan Iman dan taqwa supaya menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya dan berserah bulat pada Allah. Kita harus mencapai status itu sebelum dijemput menemui Allah. Amalan dalam bulan Ramadhan adalan yang terbaik yang memberi kita peluang untuk mencapainya. Puasa memberi kesan Zahir, kesan Batin, keras hubungan sosial dan kesan spiritual.

Demikian kata seorang Ustaz malam tadi dalam satu kuliah penutup sebelum bermulanya puasa. Satu yang belum saya ketahui ialah bahawa puasa menghidupkan semula sel-sel yang hampir mati.(Rejuvanation of Cellas).Puasa ialah satu proses perawatan. Maka itu Islam mewajibkan umatnya untuk bersungguh-sungguh berpuasa, termasuk hari-hari lain di luar Ramadhan. Kata Ulamak terkenal Allahyarham MAMKA, puasa menjernihkan hati nurani kita dan hasilnya kita mudah mendengari dan mematuhi perintah-perintah Allah dan mematuhi larangan-larangannya.

Dalam suasana penantian seperti ini saya teringatkan emak kerana semasa hayatnya apabila menjelang Ramadhan  ia selalu bertanyakan apa kita sudah buat mengenai  persiapan itu dan ini supaya tibanya Ramadhan nanti  kita sudah tidak disibukan dengan hal-hal yang tidak penting dalam hidup tetapi terpaksa dibuat kerana kita tidak peka akan datangnya Ramadhan. Maka saya sudak mengajak suami untuk membeli segala keperluan dapur dan apa jua keperluan supaya nanti kita tidak buang masa dengan hal-hal rutin. Pakaian terawih suami saya pun saya sudah buat perubahan, iaitu tidak perlu pakai baju Melayu yang perlu pada butang khas. Itu kelemahan kami berdua dan kali ini kami bersetuju untuk memudahkan diri masing-masing memandangkan masa anata Mghrib dan Isyak amatlah pendek. Maklumlah umur sudah beza, kesihatan pun sudah beza dan kemampuan pun sudah banyak beza. Namun kami terus berdoa  semoga Allah mengurnia kemudahan. Selain itu kami akan berhati-hati juga dari segi pemakanan supaya tidak bermasaalah perut ketika solat terawih.

Semasa muda semua ini tidak terfikir untuk bersiap awal. Maklumlah.

Saya juga sudah buat rancangan untuk membeli barang makanan segar dari pasar secukup mungkin. Pembantu saya sudah bersetuju untuk membersihkan udang, sotong ikan dan sebagainya supaya bila Ramadhan nanti kita tidak perlu lagi berlama-lama didapur. Walaupun simpan lama makanan jadi agak tawar, tetapi kami bersedia menerimanya demi usaha untuk memperbaiki amalan. InsyaAllah. Semoga akan ada masa yang lebih untuk amal ibadah yang khusus yang dituntut untuk dilaksanakan seperti bertadarus alQuran dan berbagai lagi amalan yang sunat. Kata Ustaz, amalan yang wajib kita mesti buat dan amalan yang sunat, jangan tidak buat.

Emak saya dulu pun suka mengingatkan saya supaya pada  bulan puasa jangan pulak berlebih-lebih makan. Banyak kerja lain yang lebih penting. Saya senyum seorang diri dan rasa sayu teringatkan emak, terutamanya di bulan Ramadhan kerana ia punya cara yang berlainan  dalam mengurus tugas harian ketika itu. Ia suka mula masak untuk berbuka awal-awal lagi, iaitu dalam pukul 3 petang. Ia tidak masak banyak jenis tetapi cukup untuk makan sahur sekali supaya tidak buang masa masak yang lain waktu itu. Boleh solat lebih, katanya. Saya ingat-ingat nasihat itu. Semoga Allah mengasihinya dan mengurnia kesejahteraan padanya  di Alam Barzah. Juga bagi bapak saya.Amin.

Itu dulu. Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak pada semua. Semoga Allah menerima segala usaha kita untuk meningkatkan Iman danTaqwa. Amin.

...

2 comments:

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum,

Masa saya berusia 2oan tahun dahulu saya pernah bermasaalah dalam mengerjakan puasa. Kepala saya sentiasa membayangkan makanan yang sedap-sedap.Sehinggalah saya bertanya kepada seorang ustaz,apa nilai puasa saya.Kata Ustaz

"Puasa orang awam puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.Puasa rongga sahaja.
Menjaga rongga-rongganya tidak dimasuki makanan dan minuman."

Pada masa itu saya malu sangat,dah nak jadi emak-emak tapi masih orang awam.Nasib baik ada perasaan malu.

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Semoga sihat-sihat. Selamat menjalani ibadah puasa. Sama-sama kita doa Allah kurnia darjat yang tinggi di sisinya. Amin.

Related Posts with Thumbnails