"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 11, 2012

JIKA MALAM TERUS MENERUS MALAM........

.......Dan Jika Siang Terus Menerus Siang, apakah mesej yang Allah menghendaki kita berfikir.



Surah 28, AlQasas.

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ 
مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَاءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ

 (71) Say: See ye? If Allah were to make the night perpetual over you to the Day of Judgment, what god is there other than Allah, who can give you enlightenment? Will ye not then hearken?

Katakanlah (Muhammad),"Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untuk mu malam itu terus menerus hingga hari  Qiamat. Siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepada mu? Apakah kamu tidak mendengar?" 

 
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ النَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

(72) Say: See ye? If Allah were to make the day perpetual over you to the Day of Judgment, what god is there other than Allah, who can give you a night in which ye can rest? Will ye not then see?

Katakanlah (Muhammad), "Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untuk mu siang itu terus menerus hingga hari Qiamat. Siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan  malam kepada mu sebagai waktu istirihat mu? Apakah kamu tidak memperhatikan?
 

وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(73) It is out of His Mercy that He has made for you Night and Day,- that ye may rest therein, and that ye may seek of his Grace;- and in order that ye may be grateful.

Dan adalah kerana RahmatnNya, Dia jadikan untuk mu malam dan siang, agar kamu beristirihat (pada malam hari) dan agar kamu mencari sebahagian  kurniaanNya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur padaNya.

Terpegun seketika bila ditanya Ustaz secara umum soalan ini. Pastinya ini bukan  kisah seribu satu malam seperti dalam cerita dongeng kanak - kanak.  Ini kisah yang mempersoalkan di manakah kita meletak tahap kesyukuran kita  pada Allah swt yang menciptakan  segala kejadian yang  di langit-langit dan di bumi. Dan kita dituntut untuk memahami bahawa nikmat Allah yang dikurniakan yang telah pun kita "gunapakai" sepenuhnya tanpa menyedarinya pada  setiap hari selama kita hidup hingga kini adalah lebih besar dan lebih  tinggi dari nikamat kekayaan dan kemewahan dari segi harta, anak, pangkat dan lainnya yang kita sangkakan itu kejayaan peribadi.

Maka apabila Allah uji kita dengan sedikit masaalah, sedikit kesusahan, ramai dikalangan kita yang mudah berputus asa. Kita merasai seolah-olah kita telah dipinggirkan dari perhatian dan kasih Allah. Kita merasakan kita dipilih kasih oleh Allah kerana kita bermasaalah dan orang lain tidak, kita miskin dan orang lain kaya atau kita sakit dan orang lain sihat. Jangan sekali pun kita rasa seperti kita diketepikan. Astaghfirullah. Cepat-cepat kita memohon ampun kerana suukulzon, atau bersangka buruk pada Allah. Sebenarnya Allah maha sayang dan sebab itulah ia menganugerah rahmatnya cara yang lebih berkesan. Kalau kita tidak merasai kesusahan mungkin kita akan lalai dan lupa  bahawa Allah cipta kita dengan tujuan untuk mengabdikan diri padaNya.

Saya sering diingatkan oleh ustaz saya bahawa nikmat kemewahan yang ada di dunia ini amatlah kecil sekali jika dibanding dengan nikmat kesedaran dan komitmen untuk bersabar dan bertawakal ketika diji. Kata ustaz janganlah ingat yang kaya dan tidak pernah sakit dan tidak pernah bermasaalah itu ia mendapat tempat istimewa dari Allah secara otomatik. Tidak. Kekayaan dan apa jua jenis kesenanagan akan menjadi satu musibah sebenarnya jika kita tidak menyedari bahawa itu anugerah Allah dan bukan usaha mereka semata-mata dan denagn sombongnya kita menidakan perananan yang maha Berkuasa atas diri kita dan kehidupan ini. Kata ceritanya, Firaun itu tidak pernah sakit pun, maka itulah ia rasa ia Tuhan. Semoga kita dijauhi dari sifat itu.

Lebih halus dan lebih tinggi  kedudukan maqam iman seseorang ialah apabila ia  dapat merasai bahawa peluang yang Allah beri untuk mendekatkan diri padaNya  dalam apa jua keadaan itulah yang paling hebat di sisi Allah swt. Rugilah kita jika kita tidak pernah merasai hakikat ini, kerana kita seperti tidak mengenali Allah sepenuhnya. Malahan ustaz kata ini mungkin jadi satu musibah pada diri kerana Ruh kita kosong.


Apabila Ruh kita kosong kita mengharapkan syurga kerana kita merasakan kita telah "Bersyukur" atas kurniaanNya  dan kita tidak melakukan laranganNya. Jika begini maka sepertinya hubungan kita dengan Allah adalah berasaskan "Kebendaan". Mungik kita akan dapat syurga denga Rahmat Allah, tetapi mungkin kita tidak dapat melihat dan bertemu dengan Zat Nya, kerana kita tidak benar-benar mengenalinya.



WaAllahu'alam.

Ini fahaman saya. Semoga Allah menunjuki yang betul. DIA yang maha mengetahui dan maha Bijaksana, maha Mengasihi dan maha Mengasihani.
Saya sentiasa memohon keampunanNya dan keredhaanNya.
Semoga kita semua dianugerah rahmatNya yang tidak terhingga.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails