"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 7, 2012

TADIKA AL HUDA SUBUR FITRAH, TANGKAK - A MAKE-OVER





Pagi itu cuaca muram. Entahkan jerebu entahkan mendung menanti hujan. Saya masih terbatuk-batuk dan rasa demam seram sejuk duduk agak gelisah menanti samapinya teman saya untuk mengambil saya sama-sama pergi ke Tangkak, Johor untuk projek "membangun semuala" (make-over) sebuah Tadika milik seorang teman yang berjiwa besar di Bandar Tangkak itu. Mula-mulanya saya rasa keberatan untuk bersama kerana tubuh yang makin hari makin gersang ini sepertinya tidak terdaya lagi. Tetapi bila saya teringatkan kisah seorang wanita Jepun yang saya ikuti di CNN berumur 63 tahun mendaki Gunung Everest hingga ke puncak dan  mendaki sekali lagi kali keduanya diumur 73 tahun, maka saya mendorong diri untuk tidak berfikiran lemah. Maka saya bangun, mandi dan siap sedia untuk pergi. Suami saya senyum-senyum sahaja. Tidak pulak ia menghalang. Alhamdulilah saya rasa agak segar dengan menghalakan fikiran untuk tumpu pada tugas pagi Rabu yang lalu.



Kami sampai di sekoalh Al Huda Subur Fitrah jam 11 pagi setelah berhenti minum pagi di R&R Seremban. Perjalanan pagi itu amat memberangsangkan fikiran kerana kami berempat bertukar-tukar cerita mengenai peristiwa perjuangan menegakan kebenaran oleh  orang-orang di Malaysia dan di Luar Negara. Kami amat teruja dengan cerita-cerita President baru Mesir yang pernah dipenjarakan tetapi sekarang menduduki tahta kuasa politik negara Mesir. Namun  ia tetap merendah diri dan mengatakan ia akan terus berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira keturunan dan warna kulit. Kami sentiasa beingat: Allah meingizinkan kuasa pada yang IA kehendaki dan menarik kuasa dari sesiapa yang IA kehendaki. Ia maha mengetahui, maha Adil, maha Bijaksana dan maha Berkuasa atas segala tiap-tiap sesuatu. Semoga Mesir kini dapat kembali menerajui kepimpinan dunia Islam dan dunia keseluruhannya dalam masa yang Allah kehendaki.




Dengan semagat mahu bersama-sama dalam jemaah yang sentiasa mencari keredhaan Allah, kami amat teruja bertemu dengan anak-anak kecil di Tadika AlHuda ini. Mereka telah menunggu lama tetapi wajah-wajah mereka nampak ceria. Mungkin kerana jarang-jarang  sekali mereka menerima tetamu. Dan kami pula banyak bertanya  dan bercerita tentang diri-diri mereka untuk menyingkap sedikit daya pemikiran yang ada. Alhamdulilah ada yang sangat responsif bila menerima pertanyaan. Yang lainnya nampak biasa sahaja. Sambil kami bertanya-tanya saya sudah mula berfikir cara mana kita dapat membuat perubahan kepada Tadika ini dari segi strategi proses pendidikan dan pengasuhan dan dari segi pengisian aktiviti yang lainnya.


Seperti yang telah saya ceritakan dalam blog sebelum ini Team kami ingin mencontohi TASKA dan TADIKA Adni yang kami lawati baru-baru ini. Kami ingin merombak semula kurikulum dan ko-kurikulum yang ada untuk di asaskan pada konsep "Quranic Generation Development Program" (QGDP). Kami ingin membina fisikal mereka dan minda dan rohani. Ini bukan tugas yang mudah dan kami sedang membuat perancangan bagaimana hendak memulakannya kerana masaalah kewangan adalah yang terbesar sekali dalam usaha kami ini.





Bilangan peserta di Tadika ini makin mengecil kerana terdapat beberapa Tadika yang lainnya dan telah ada kelas Pra-Sekolah di Sekolah Kebangsaan yang berhampiran. InsyaAllah ini tidak akan menjejas semangat kami kerana jika kita buat yang Allah suruh, maka kami yakin pertolongaNYA akan bersama. ITU menjadi pegangan kami dalam memperjuangkan pendidikan Islam, iaitu sentiasa yakin pertolongan Allah itu amat dekat. Namun kami tidak putu-putus berdoa semoga Allah menunjuki jalan.

Salah satu cara yang kami fikirkan ialah untuk juga mengadakan program berkala bagi ibu bapa dengan pengisian Ilmu yang relevan bagi mereka. Pendidikan dan asuhan anak-anak adalah seperti mengurus satu oraganisasi yang besar di mana semua yang berkepentingan  mengambil bahagian dan memberi sumbangan mengikut kemampuan.Teringat saya semasa yang bekerja dahulu mengenai isu pendidikan pra-sekolah. Saya terlibat mengendalikan Pinjaman Bank Dunia untuk melaksana projek pembangunan sekolah rendah. Kami memohon untuk Pra-sekolah tetapi mereka tidak berminat kerana pra-sekolah bukan pra-syarat untuk kejayan pendidikan anak-anak. Yang menjadi pra-syarat utama ialah kesihatan. Pihak World Bank ketika itu (lewat tahu tujuhpuluhan) menasihati kami supaya memfokus kepada Pemakanan disekolah "School Feeding Program". Jika anak-anak sihat dan rohani ceria, insyaAllah soal pembelajaran tidak menjadi masaalah.

Maka saya ketika itu melihat sistem di Jepun selepas perang Dunia keII. Mereka melaksana program pemakanan di sekolah dengan serious sekali. Ibu-bapa datang menolong di sekolah ketika waktu masak-memasak dan menghidang. Hasilnya amat berjaya, dengan izin Allah. Lihat fisikal mereka kini , mereka bertubuh besar dan dapat membangunkan negara ketahap dapat bersaingan dengan negara maju di Amerika dan Eropa.

Maka kami yakin jika kita buat dengan berlandasakan Quran dan Hadith pasti kami akan mencapai kehebatan yang par-excellence, dengan izin dan kehendak Allah. Janji Allah pasti benar. Kita sujud padaNya, pasti Allah melimpahkan kurniaanNya. Cuma kita perlu bersabar dan berusaha sekuat-kuatnya. Tiada masaalah yang tidak dapat diselesaikan. Lihat saja perjuangan Ikhwan Muslimun di Mesir. Lebih 40 tahun baru Allah kurnia kejayaan memgang kuasa tertinggi. Masih banyak lagi kerja yang perlu di tangani. Allah menguria sesuatu mengikut kehendaknya dan ia yang terbaik bagi kita. Bila dan bagaimana terpulang padaNya kerana Dia yang maha mengetahui dan maha kasih pada hamba-hambanya.


Kita akan berusaha membina semula Tadika ini dari semua aspek, "a complete Make-over". Semoga Allah memberkati usaha kami. Jika kami tidak sempat melihat hasil sepenuhnya pun tidak mengapa kerana insyaAllah Allah akan mengaturkan pewaris perjuangan. Kita hanya perlu memulakan. Yang lainnya kita pasarah pada yang maha Berkuasa.

....

4 comments:

xilla met said...

Salam.. di mana ye lokasi tadika ni? Ada buka pndftaran ke?

xilla met said...

Ada buka pndaftaran ke?

xilla met said...

Cntct no. Sy.. 012-2870792

ngasobahseliman said...

Salam xilla met. Maaf baru lihat komen. Saya dah hantar sms. Nama sekarang SmarTop Subur Fitrah Pre School di Jalan Hassan, Tangkak Johor. Masih buka. TQ atas minat.

Related Posts with Thumbnails