"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 13, 2012

REZEKI - TIDAK DAPAT PUN DAPAT.....



Ini anak menantu dengan cucu  saya yang ketujuh, anak yang ketiga baginya.
Hakikat sebenarnya saya tidak berpengalaman dalam mengasuh anak dari bayi lagi.
Rezeki dari Allah berbagai bentuk dan rupa. Tetapi Allah beri nikmat menjaga cucu, ada yang dari bayi lagi. MasyaAllah. Kasih sayang Allah pada hambanya tidak terhingga. Cuma manusia, termasuk saya, kadang-kadang tidak mengerti dan tidak cukup mengaji dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk mengerti.

Alhamdulilah, berkat doa Emak-Bapak dan orang-orang yang kasih,
sekarang ini saya mensyukuri hidayah Allah dan  cuba menghayati segala ajaran yang dibawa oleh kekasihNya Nabi Muhammad saw.

Bercerita mengenai rezeki, saya ada seorang teman akrab yang telah pulag ke Rahmatullah yang telah mengajar saya erti rezeki dari sudut pandang yang lain. Katanya:
"Sobah, rezeki tidak semestinya sesuatu yang kita punya dengan nama kita terpampang padanya. Contohnya rumah atau kereta atau akaun bank sekali pun."

Katanya lagi:
Allah kurnia pada I adik-adik yang baik-baik dan sayang pada I. I tak punya keluarga sendiri, dia oranglah keluarga I. I sulung dan bila emak ayah telah tiada, I jadi gantinya.
 Apa yang I hendak dan apa yang I perlu, Allah kurnia semua  melalui adik-adik.
Rumah tidak ada, kereta tidak ada. Tapi I punya bilik khas yang cantik dan sempurna di rumah adik-adik. Alhamdulilah. Kurnia Allah tidak terhingga. Bila I nak melancung, sebut saja diaorang akan pungut-pungut share untuk I melancung dengan teman-teman.
 "I live a good life even though I am not married. I am very grateful to Allah"

Teman saya ini meninggal akibat barah payudara tidak lama selepas bersara.Ia mengidap sakit itu selama lebih kurang 10 tahun. Ketika sakit, adik-adik sentiasa ada di sampingnya.
Mereka menjaga teman saya ini seperti ibu. Teman saya ini berjiwa kebajikan.
 Saya bekerja dengannya di Kementerian Pendidikan.
Ia mudah disayangi kerana amat mengambil berat tentang kebajikan staf, teman dan siapa sahaja.
Pernah sekali saya berada satu jemaah dengannya semasa  menunaikan haji awal tahun lapan puluhan
 dalam sistem Sheikh lagi. Ia tidak berhenti-henti membantu jemaah yang memerlukan
air dan ice dan makanan ketika di Padang Arafah dan Mina.
Saya ikut bantu dari belakang sahaja dan banyak perkara saya pelajari darinya
 tentang kasih sayang sesama manusia.
" Beri pada orang apa yang kita ada, Allah beri pada kita lebih dari apa yang kita perlu".

MasyaAllah. Saya akan tetap ingat teman saya yang seorang ini dan bila dalam kesunyian,
saya ingatkan kembali kata-kata mutiara darinya mengenai erti murah hati.
 Semasa ia bekerja di Washington D.C sebagai Attache Pendidikan,
rumahnya selalu sahaja dikunjungi pelajar, lepak, makan minum seperti rumah sendiri.
 Semoga Allah meredhai amal baiknya dan semoga ganjarannya Syurga Firdaus jua.

Ukuran rezeki adalah hak Allah semata-mata. Kita hanya perlu usaha. Yakin pada yang maha Pengurnia adalah kriterior utama. Ada ustaz dalam kelas pengajian tasawwuf bercerita:
Ada dua orang nelayan sedang berusaha mengail ikan. Yang seorang sentiasa dapat ikan dan yang seorang lagi langsung tidak ada habuan. Malaikat yang melihatnya menghadap Allah swt dan menanyakan mengapa begitu wal hal mereka mencari ikan di tempat yang sama. Allah berkata:
Aku suka mendengari doanya setiap kali ia mencari rezeki. Indah sungguh kata-katanya memuji aku walau pun tidak aku kurnia ikan baginya. Sungguh ikhlas dan mulia hatinya. Wahai Malaikat, Engkau lihat kurniaan Ku di syurga tempat tinggalnya. MasyaAllah ! Malaikat kagum.
 Begitu ceritanya dalam bahasa mengikut fahaman saya. WaAllau'alam.

Sering saya bisikan pada diri sendiri. Yakinlah Allah itu maha Pengasih maha Penyayang. Yakinlah hingga ketahap Haqqul Yakin. Jangan kita mensyirikanNya semoga Allah meredhai di dunia dan di akhirat.
 Amiin.

...

6 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Terharu bila baca entry ni - ia betul-betul memberi makna apa itu kesyukuran.

Semoga sahabat Sis dicucuri rahmat ke atas ruhnya, amin!

( Trying to get your address from Dr Wan Fatimah )

Makbonda61 said...

Assalamualaikum,

Saya sangat tertarik pada cerita di paragraf kedua akhir,dan saya telah kongsikan di wall FB saya.

Jazakillah...

ngasobahseliman said...

Salam Sis.Selalu rasa kehilangan seorang teman yang mudah dibawa bicara. Ya, semoga Allah meredhainya dan menempatkan Ruhnya bersama-sama para Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Amiin.

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Semoga apa yang saya tulis memberi munafaat. Terima kasih mengkongsikannya.

School Of Tots said...

Posting yg menyentuh hati.

Rezki Allah itu bukan sekadar harta benda seperti tanggapan ramai. Rezki Allah Maha banyak kpd kita termasuklah kesihatan, akal fikiran, ilmu pengetahuan, tubuh badan, keluarga, dan alam sekeliling ini. Segala puji bagi Allah.

ngasobahseliman said...

Salam Dear School of Tots,
Terima kasih sudi singgah dan menyatakan sesuatu yang kadang kala saya terlepas pandang.Saya hargai dan akan sentiasa menunggu kata-kata yang memberi saya dorongan untuk lebih peka.
TQ.

Related Posts with Thumbnails