"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 20, 2013

"Sawan Bunga"...




Saya suka bunga dan bunga-bungaan. Tetapi tidak mencari kesempatan untuk bertanam bunga walaupun rumah saya ada sedikit kawasan untuk tujuan itu. Di mana jua saya pergi, jika ternampak bunga saya akan rakam.

Dalam kembara kali ini Tour Leader kami seorang yang amat suka akan  bunga.


"Saya sawan bunga, Akak! Nanti saya tunjuk tempat banyak bunga. Tapi kali ini musim bunga sudah hampir habis.. Sudah tidak ada bunga mawar yang cantik-cantik. Giler saya Akak dengan bunga. Saya suuu...ka sangat".

Tersenyum saya mendengar kata-katanya. Dia sibuk mengambil foto bunga-bunga lebih dari saya. Dia masuk dalam Facebooknya. Dan di bawah ini saya rakam beberapa jenis bunga-bunga tetapi tidak tahu nama dan asalnya. Saya seronok melihatnya, semoga satu hari rumah saya dikelilingi bunga-bunga.


























"Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan?"

...

6 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak.

Subhanallah n masyaAllah..sungguh cantik!!

Temuk said...

Assalam
Tidak mungkin ada sedikit pun nikmat Allah yang akan kita dustakan. Hatta, ujian-Nya pun wajib kita syukuri, dengan doa mampu pula kita mengharunginya. Eh, keliru pula Pak Temuk, bunga-bunga segar ayu di mana ya?

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalam

Macam ada link,saya juga sedang membuat entry mengenai bunga,tapi belum sempat published. Tapi hanya bunga disekeliling rumah sahaja.

Menatap foto bunga,satu trapi,apa lagi melihat secara life.

Maha suci Allah.

ngasobahseliman said...

Ia lah Werdah. Kalau pandai guna kamera lagi boleh lebih cantik. Harap Werdah sihat2. Tq singgah.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Kesuwun mamper. Betul tu . Yang tak dapat yang kita idamkan pun rezki juga. Rezki yang tak dapat susah dihayati. But itu rezki yang lebih baik yang Allah simpan. Atau sesuatu yang tidak baik yang Allah elakan.

Bunga-bunga-ini tak ingat dah nama tempat yang disinggahi. Tak ambil nota. Tak boleh jadi Photo-journalist.

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Saya lihat bunga -bunga di entry Simah. Rajin betul....Cantik-cantik belaka.Saya cuma pandai nikmat, tak usaha tanam.

Related Posts with Thumbnails