Sudah hampir 2 tahun keluarga besar Ben Hassan (sebelah suami saya) tidak berkumpul dan bermesra seperti yang diharapkan. Sudah menjadi seperti ikrar mahu sehati sejiwa dan seiring jalan. Namun harus ada wadah dan wasilah untuk mengeratkan hubungan. Foto ini merakamkan sebahagian besar ahli keluarga yang dapat bersama.
Hadir dalam jemaah kumpulan besar bukan suatu yang mudah untuk diaturkan. Masing-masing ada keutamaan dalam melayari kehidupan. Maka pada hari Sabtu yang lepas suami saya (kini yang tertua dalam keluarga) mencadangkan supaya semua yang tua, yang muda, yang dewasa yang remaja dan yang kecil-kecil bertemu sebagai acara bermesra disamping mendengari saranan ahli yang tua mengenai kekuatan dan kelemahan keluarga. Semua diingatkan betapa murninya wasiat allahyarham Tok ayah, Haji Che Hassan mengenainya dan betapa pentingnya kesatuan jiwa dan hubungan mesra dalam keluarga dikekalkan hinggalah ke anak-cucu.
Semua ahli diingatkan supaya berusaha membantu satu sama lain supaya tidak akan ada ahli yang keciciran dalam hidup. Yang senang ingat pada yang susah dan yang susah harus menghargai dan menghayati erti perkongsian dalam hidup.
Allahyarham Tokayah semasa hidupnya adalah seorang yang bermurah hati dan sentiasa bertolak ansur antara adik beradik. Dia tidak banyak bicara dalam menyelesaikan masaalah dan memilih untuk menunjukan contoh yang baik supaya mudah difahami. Nyata caranya yang tersendiri lebih berkesan dihati-hati keluarga besarnya.
Foto di bawah ini adalah anak-anak Tokayah dan menantu-menantunya, melainkan yang no.3 dari kanan. Dia ialah En. Hafiz.
Mengapalah En Hafiz ada dalam foto ini.
Sebenarnya perjumpaan hari itu mempunya objektif serampang dua mata. En Hafiz dari Suruhanjaya Pertubuhan Koperasi telah datang untuk menerangkan dan menasihati Keluarga Ben Hassan dalam hal menubuhkan sebuah Koporasi Keluarga. Tujuan penubuhan sebuah Koperasi ini ialah untuyk memberi ruang dan peluang pada ahli untuk menyumbang pada pembangunan keluarga dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang boleh menjadi teras kerjasama membantu satu sama lain. Idea penubuhan korperasi adalah cetusan hati Suami saya sebagai ahli yang tertua dalam keluarga. Dengan cara ini perkongsian "kekayaan" akan menjadi lebih teratur. Semangat memupuk kesejahteraan keluarga... justeru kesejahteraan ummah akan menjadi lebih terserelah. Insya Allah.
Sessi perbincangan penubuhan Korperasi
Jamuan secara "pot-luck" menambah kemesraan dan keseronokan.
Kesibukan ahli keluarga yang kecil-kecil
Selepas mesyuarat tamat, perbincangan berterusan.
Teruja dengan penubuhan Korperasi.
Nama yang dicadang: Korperasi Keluarga Generasi Hassan.
Benteng kekuatan keluarga. Semoga Allah kurnia ketabahan.
Sebagai mengakhiri sessi perjumpaan,
Selfie dengan Cik Widad, Setiausa Kerja penubuhan Korperasi.
Semoga usaha yang kecil ini ke arah kesejahteraan Ummah diberkati
dan Allah terima sebagai amal soleh.
Aamiin.
......
No comments:
Post a Comment