Penghujung 2015.
Azra Haida anak perempuan saya menajak kami ke Langkawi sebagai escort. Saya bawa seorang cucu dan selepas subuh hari Ahad yang lalu kami bertolak dan Azra Haida jadi pemandu kami.
Dia memandu santai. Suami saya menggesa supaya ia laju. Tetapi Azra dan saya sepakat untuk memandu santai. Kami sampai di Kuala Perlis tengah hari dan sedang elok untuk makan sebelum menaiki ferry. Kata Azra Haida ada restoran Laksa yang hebat dan kami turuti.
Biasa-biasa sahaja pada saya kerana saya orang Johor maka pastinya saya lebih suka laksa Johor. Manakan sama cita rasa manusia.
Kami menaiki ferry jam 3 petang. Ramai sekali penumpang waktu itu kerana ini musim cuti sekolah. Pertama kali cucu saya menaiki ferry. Duduk releks sebelah Tok Ayah.
Foto ini dari dalam ferry apabila sampai di Langkawi. Sudah lama saya tidak ke Langkawi dengan ferry dan rasa seronok juga melihat perubahan yang ada.
Turun dari ferry dan berfikir bagaimana mahu mengheret bag yang besar. Saya hanya membawa satu sahaja. Azra kenalah kerja kuat. Suami saya hanya pimpin cucu. Sedikit masaalah di Jetty untuk ke Hotel. Kereta sewa yang sudah di janjikan tidak muncul pada waktunya. Katanya orang ramai dan lambat mengembalikan kereta. Maka kami terima seadanya. Tiada pilihan.
Kami menginap di Eagle Bay, hotel yang sederhana.
Tidak banyak aktiviti yang kami jalankan. Hanya santai melihat-lihat untuk menunjukan cucu Amani apa yang dia kurang tahu. Kami le Lapangan Padi Projek separa kerajaan.
Ada museum padi tetapi saya tidak masuk. Suami dan anak masuk
untuk bercerita pada Amani.
Atuk Ayah memberi penerangan apa itu pohon padi dan kaitannya denagn beras yang kita makan. Masa kanak-kanak dahulu saya tidak ada peluang belajar seperti itu. Sudah dewasa baru tahu semuanya. Saya lebih mengerti pohon getah, hasil getah dan pohon nenas dan hasil nenas. Saya membesar di kawasan itu. Apa pun, Alhamdulilah.
Kami berempat santai di Langkawi.
Putar-putar di pulau cari Laksa Power di Padang Maksirat, sudah tidak ada.
Katanya mereka selalu lambat.
Akhirnya kami ke SKY CAB. Tidak naik pun. Jalan-jalan bawa Amani melihat orang ramai. Saya kepenatan dan duduk sahaja melihat kesibukan pengunjung.
Anak saya membeli ole-ole untuk bawa pulang.
Saya duduk fikir-fikir.
Pada malamnya kami ke HIG....Haji Ismail Group. Tidak sah jika ke Langkawi tidak ke sana.
Rasanya kalau banyak rm di saku, mahu membeli semuanya. Tetapi anak saya sahaja yang memborong Chokolat untuk pejabatnya.
Kami pulang lewat ke hotel malam itu. Mengemas barang-barang untuk naik ferry keesukan harinya. Anak saya diminta memanjangkan ceramahnya dan kami naik Ferry hanya pada jam 5 petang. Terpaksa bersegera kerana sudah lambat dan banyak pula barang yang diangkut oleh anak saya. Alhamdulilah, walau susah perjalanan bagi warga tua macam saya dan suami, akhirnya kami naik kereta untuk pulang. Kami singgah makan ikan bakar di kuala perlis. Saya rasa perkhidmatan masakan di situ tidak sehebat dulu.
Tapi hanya dari sudut cita rasa saya.
Lumayan jenis ikan untuk pilihan. Kesukaan suami saya ikan bakar
dan udang tumis petai.
Kami selesai lebih kurang jam 8 malam.
Harga makanan sudah tidak seperti dahulu.
Mungkin itu kali terahir kami ke sana.Kami tidak menyalahkan pengusaha.
Pentadbir negara harus peka hidup rakyat jelata.
Kesejahteraan rakyat harus utama.
Allah maha adil, maha Bijaksana.
Dan hanya Allah yang maha Berkuasa.
Pasti ada hikmahnya dalam melalui masaalah semasa.
Selamat tinggal Langkawi....selamat tinggal Kuala Perlis.
InsyaAllah kami datang lagi dengan agenda lain pula.
Kami ingat ayat al Quran, surah Ar Rahman yang bermaksud:
Maka Nikmat Allah Yang Mana Yang Hendak Kamu Dustakan ?
.....
No comments:
Post a Comment