"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 30, 2015

Ziarah Masjid Al Aqsa.........






Bismillah
Saya suka berkongsi pengalaman saya ziarah Masjid Al Aqsa tetapi saya tidak bercadang bercerita panjang mengenainya. Ziarah saya dan keluarga ke Masjid Al Aqsa pada 9 Disember yang lalu merupakan sejarah dalam keluarga. Kakak saya berumur 81 dan 79 tahun ikut serta. Mereka yang tertua. Yang lainnya pertengahan umur dan ada yang muda belia belum melangkaui 40 tahun. Kesemuanya belum pernah ke sana, bumi Ambia yang Allah rakam dalam alQuran.

Pengalaman hidup berbeza dan kesan di hati juga berbeza. Kemampuan fisikal berbeza maka menganalisa keadaan sekelilimg juga berbeza. Saya ingin kongsikan sekadarnya sahaja semoga apa yang saya lalui semoga menjadi asas panduan ziarah seterusnya.



Ustaz rombongan dan pemandu pelancung.
Satu perjalanan yang misteri buat saya...




A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1) | 









DARI MASJID AL HARAM MAKKAH







KE MASJID AL AQSA DI AL QUDS, PALESTINE.

Image result for masjid al aqsa facts









Foto kecil Ehsan Google

Dalam hadith sohih hanya 3 buah Masjid yang harus dan dituntut diziarahi, iaitu 


Hadis :
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari) 






Ada 2 pendapat utama dalam hal menziarahi Masjid Al Aqsa masa kini. Mengikut Imam al Qardawi ia suatu yang tidak digalakan dan boleh jatuh haram kerana proses ziarah itu akan memberi keuntungan dari berbagai segi pada Israel. Pelbagai hadith dikemukakan. Padangan yang ke dua mengatakan boleh. Sila buat rujukan khusus mengenai perkara ini pada yang arif dalam hal hukum hakam dibidang ini. 

Saya mulanya mirip untuk tidak ziarah tetapi setelah membuat pertimbangan berasaskan pendapat Ustaz saya, maka saya buat keputusan untuk pergi. Ini khilaf pada hal cabang hukum hakam dan kita boleh memilih mana satu keputusan dengan bertekad bahawa pemergian saya bukan untuk melancung santai tetapi untuk melihat dan merasai dan memahami sedikit sebanyak masaalah penduduk Palestine dan perjuangan hidup mereka yang telah lama dijajah oleh Zionis laknatullah. 

Saya pernah menjadi "sukarelawan" tidak rasmi Pertubuhan Aman Palestine Bhd. semasa selepas bersara dan giat membantu dalam aktiviti memungut dana untuk pembangunan dan pertahanan di Gaza khususnya. Saya menghadiri dua atau tiga taklimat/kursus mengenai masaalah di Palestine (khususnya Gaza) supaya lebih faham akan isu yang di hadapi dan penyertaan dalam kerja-kerja sukarela menjadi lebih bermakna. Alhamdulilah, ia menembusi hati nurani saya dan saya berjanji pada diri untuk membantu semampu yang mungkin dan menanam keinginan untuk ke sana bila ada ruang dan peluang dan di izin Allah.


Maka apabila anak menantu saya memberitahu ia akan pergi bersama anak perempuan
 saya, maka saya tidak teragak-agak untuk bersama. Alhamdulilah kini sudah 6 hari kembali ke Malaysia setelah melakukan Umrah selepas Ziarah Al Aqsa. 

Kami memasuki Israel melalui Amman di Jordan. Kami ke sempadan untuk pemeriksaan Immigresen menaiki bas persiaran. Pemandu pelancung tempatan adalah saudara warga Palestine. Ia amat prihatin tentang sensitiviti ziarah seperti ini dan memberi panduan supaya berhati-hati dalam membuat komen dan mengambil apa-apa tindakan.
Kami tiba waktu senja setelah berhenti di beberapa lokasi di Jericho dan Hebron. Kami     tiba di Masjid al Aqsa  pada waktu Isyak. Ini pengalaman yang mendebarkan kerana kami dibertahu oleh pemandu bahawa Masjid tutup selepas waktu Solat. Kami kesuntukan masa.
Ada yang sempat berjemaah, dan ada yang tidak sempat.
(kami terpaksa berkejaran kerana tandas dan bilik wudhu amat jauh dari bangunan Masjid. Saya kira ulang alik lebih dari 200 meter).

 Kami kemudian di bawa ke Dome of Rock seperti dalam foto. Beberapa penerangan diberi termasuk fakta bahawa ini adalah sebahagian dari Masjid al Aqsa. Saya tidak mencatat penerangan secara terperinci kerana saya tahu banyak maklumat boleh di perolehi di alam maya dengan teknologi yang canggih. Carilah fakta dan baca sendiri kerana penerangan saya tidak akan memuaskan hati kerana banyak hal-hal yang berkaitan apa yang disebut ada di dalam al Quran dan hadith dan juga Kitab-kitab sejarah yang ditulis oleh ulamak muktabar. Di Utube pun juga banyak maklumat.


Ini di dalam Dome of Rock atau Al Haram Al Shariff


Kamera kecil saya lihat Dome of Rock dari jauh.


Saya ambil foto ini setelah solat subuh dalam perjalanan balik ke hotel.


Berjalan tergesa-gesa sejurus turun dari bas pada hari pertama
 supaya sempat jemaah Isyak di Masjid Al Aqsa.
(foto di bawah ehsan google)



Di luar Masjid Al Aqsa, Qiblat pertama Umat Islam, selepas subuh.











Mimbar masjid sedang dibaiki.






Di semua foto di atas ialah dalam Masjid al Aqsa semasa sebelum dan sesudah subuh.
Cuaca sejuk. Foto di bawah adalah kumpulan rombongan kami.


Untuk memahami definasi Masjid al Alaqsa, carilah hadith yang menentukan di mana dan had-had luasnya lokasi Masjid. Umumnya saya fahami bahawa Masjid al Aqsa bukan sahaja di Dome of Rock atau bangunan yang benar-benar seperti Masjid yang Qubahnya berwarna seperti agak hitam. Masjid Al Aqsa ialah satu kawasan luas (luas sebenar cari dalam hadith) dan jika bersolat di mana-mana di dalamnya sudah di kira berada di Masjid al Aqsa.
Saya di ceritakan bahawa ada rombongan yang tidak dapat masuk dalam bangunan yang seperti dalam foto saya satu ketika dahulu semasa bergolak Palestine, maka solat di bawah pokok dalam kawasan tersebut pun sudah dikira Masjid al Aqsa.
(sila lihat foto kecil google di atas. Itulah keluasn sepenuhnya).

Risiko untuk tidak mendapat kebenaran askar Israel masuk Masjid sentiasa ada. Kami hanya mampu berdoa dan bertawakal semoga Allah mudahkan segalanya.




Dua foto di atas menunjukan perjalanan selepas memasuki Tembuk kawasan Masjid. Diwaktu malam rasa seriau takut tergelincir kerana tidak begitu terang lampu yang disediakan. Foto di bawah saya dan suami berjalan santai dan melihat laluan penuh misteri. Banyak laluan sebenarnya. Yang ini kami ikut sinage dan cuba sendiri tanpa pemandu.
Foto ini diambil waktu awal pagi dan jalan masih lenganag. Semasa kami sampai pertama kali kami melaui kawasan kedai-kedai dan kami bersimpangan dengan anak-anak palestine berbasikal. Tidak ada foto yang dapat saya rakam kerana berkejaran
 tidak mahu ketinggalan Solat Isyak.


Ini Wakil kumpulan memasukan wang sumbangan dalam tabung Masjid untuk pemulihan/pembangunan Masjid.
Semoga usaha kerdil ini Allah terima sebagai amal soleh dan tanda kejituan hasrat membebaskan Masjid dari penjajah Israel


Ini pohon besar dan cantik. Kamera saya tidak canggih. Ia ditanam cantik di dataran Masjid. Ia menjadi saksi kami pulang dan entah bila lagi dapat ziarah Bumi Ambia yang ini. 
Semoga masih ada ruang dan peluang yang Allah kurnia.

 Aamiin...


Dome of the Rock (al-Haram al-Sharif): Al Quds

Foto ehsan google
.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails