Berderau hati bila tiba di Lapangan Terbang KLIA. "Esuk Malidurrasul", terdengar seorang teman musafir berkata pada teman yang lain. Dalam kepenatan tercicir mengingati akan peristiwa.......
Disember 23, 2015 jam 6 petang kami selamat mendarat di KLIA dari Kota Madinah Munawarah transit di Amman dengan pesawat Royal Jordanian. Alhamdulilah. Kurnian rahmat Allah tidak terhingga. Walaupun demam dan kepenatan dan sudah dua hari berehat saya ingin mencatat penghayatan dan erti sebuah musafir ke Tanah Suci, Baitul Maqdis, Makkah dan Madinah.
Sempena Malidurrasul saya ingin dahulukan berkongsi rasa hati dan pemikiran semasa menziarahi Maqam Rasulullah Salallahualaihiwasalam.
Assalamualaika, Ya Rasullah.....
Assalamualaika, Ya Habibullah.....
(....rasa sebak dan sayu tidak terkira bila mengulang-ulng seruan itu dan sedikit doa selepasnya. Saya tidak tahu bagaiman mahu menceritakannya, semoga air mata menghapus dosa......)
Hadith sohih mengatakan jika kita menziarahi Rasullah ketika sudah wafatnya, ia adalah seperti menziarahi Baginda ketika hayatnya masih ada. Betapa rasa sayu di hati, semoga Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa takut dan kesal mahu meraih pertolongan semoga Allah menganugerah syafaat NabiNya yang termulia disisinya, dan Allah menerima diri ini sepenuhnya sebagai hambanya yang sejati yang mengabdikan diri hanya padaNYA.
Tercegat berdiri rasa keseorangan.....Di hadapan maqam dan di kawasan Raudhah pilihan.
Walaupun terhimpit dengan penuh sesak wanita sezaman, diri ini mahu mencari sesuatu....perhatian dan kasih sayang....keampunan.....keredhaan....
Dan dicelah-celah itu terlintas ayat....Ya Ayatuhannafsul Mutmainnah dalam surah Al Fajr 27-30. Memohon diterima penuh harapan. Semoga air mata menghapus dosa....Wahai Tuhan yang maha Kasih dan Sayang...
Sayu terbayang mengandaikan berhadapan dengan Baginda junjungan, mengadu hal inginkan sokongan, pertolongan..pembelaan....semoga Allah mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan, menerima diri ini bulat tanpa hisab halangan.....
Dan semoga dengan mudahnya Allah menganugerah Rahmatnya tanpa sempadan....
Aaminn ya Rabb...
Tuhan sekelian alam....
Pada hari pertama ziarah, kami dipimpin seorang mutawif berketurunan Indonesia yang lama bermustautai di sana. Ia nampak berilmu dan berpengalaman dalam tugasnya. Alhamdulilah. Dan kami ikut sahaja panduannya.
Pada mulanya saya ingin ziarah berseorangan seperti pernah saya lakukan pada ziarah sebelum ini beberapa kali. Namun kali ini saya akur bergerak dalam kumpulan semoga ada hikmahnya. Kami membantu satu sama lain semoga kami semua berpeluang samapai ke kawasan Raudhah, kawasan yang menjadi sebahagian dari Syurga dan doa-doa mudah Allah terima.
Untuk memendekan cerita, alhamdulilah kumpulan kami seramai 9 orang Allah kurnia peluang solat di kawasan Raudah dan ziarah Rasulullah hampir dengan Maqam nya. Hanya seketika sahaja. Tetap mengucap Alhamdulilah....kesyukuran yang tidak terhingga.
Peraturan untuk ziarah Raslullah dan solat di kawasan Raudhah bagi muslimah kini sudah berbeza dari dahulu. Pada tahun 2010 saya ke sana pun sudah berbeza. Kami diminta berkumpul mengikut nationality negara....Asia, India Pakistan dan Arab dan entah apa lagi. Foto di atas kumpulan Malaysia Indonesia.
Pada pemerhatian saya sistem ini tidak memudahkan proses sama sekali kerana antara sebabnya ialah tidak ada sistem giliran yang sistematik. Dan semasa dahulu lagi saya sudah perhatikan seperti ada priority pada mereka yang berpakaian serba hitam. Atau mungkin cara mereka yang suka terus kehadapan tanpa mengikut arahan menjadikan mereka nampak seperti selalu didahulukan. Wa Allahu 'alam. Ini perhatian rambang sahaja. Maka pada ziarah yang lepas-lepas saya suka mencuba ke hadapan berseorang dengan menjaga tatatertib sebaik mungkin.
Ini isu yang saya ingin kongsikan untuk sama-sama kita fikirkan dalam usaha kita mahu mengabdikan diri pada Allah, Tuhan semesta Alam. Saya terpanggil untuk mengeluarkan pendapat saya bahawa mengapa kita perlu berkejaran, menolak menghimpit, kekadang memijak sesama insan yang mahu mengabdi diri pada Tuhan dan mahu mendapat perhatianNya dan KeredhaanNya. Kenapa mahu tergesa-gesa seolah-olah kalau ketinggalan di belakang Allah tidak memerhati kita, Allah tidak mengira kehadiran kita dan Allah memberi ganjaran yang sedikit pada kita. "Aku mesti dahulu.....aku mesti dapat....aku tak kira....aku dulu..." Seolah-olah itu wujud di dalam hati ramai insan di situ.
Maka sakitlah badan dan penatlah tenaga berhimpit dan terhimpet, tertolak dan menolak kerana susah berbafas dan berbagai lagi kesukaran dan kekecewaan hati.
Pastinya ada satu sistem yang boleh diaturkan oleh pihak Pentadbiran Masjid supaya lebih teratur, berkesan dan menyeronokan kerana tiada ketakutan atas kebarangkalian tertindih dan pengsan.....
Ini hanya satu pandangan dan saya hanya dapat berkongsi dengan dua orang kakak saya yang bersama saya dalam ziarah kali ini. Seorang 81 tahun dan yang seorang lagi 79 tahun.
Saya saranankan supaya dalam ziarah wida' ke Maqam Rasulullah sallahualaihiwasalam kita tidak perlu perberpusu-pusu dan hanya pergi berdiri sehampir mungkin tanpa menggangu gugat kesejahteraan jemaah lain. Kita semua hamba Allah dan kita semua ingin diterima ke Syrga Firdausnya tanpa hisab. Maka kita harus jaga adab sebagai hamba Allah sejati dan sepenuhnya mengharapkan Rahmatnya dalam apa jua keadaan sekalipun. Allah bukan melihat kita dari usaha luaran sahaja, malah Allah melihat dan menilai keikhlasan dan kelangsungan hati kita dalam pengabdian. Dan proses pengabdian bukan satu aktiviti "one-off". Kita bermati-matian di Tanah suci tetapi lemah longlai di tempat sendiri. Allah maha melihat, maha adil dan maha bijaksana. Yakin pada janjiNya dan tawakal pada kekuasaanNya dan kasih SayangNya. Semoga Allah menerima kita......
Ramai manusia Yang Allah mudahkan proses pengabdiannya, mudah Solahnya, mudah Tawafnya, mudah Saiinya, mudah berdoa di tempat-tempat yang mustajab dan duduk di situ sepuas-puasnya tanpa diherdik dan dihalau polis masjid Haram dan wakilnya. Dan berbagai-bagai lagi kemudahan. Namun hanya Allah yang menentukan kelangsungan Ibadahnya dan penerimaanNya.
Kita sendiri melihat segolongan manusia yang diberi peluang dan ruang yang mudah. Namun kita tidak tahu apa doanya dan untuk siapa doanya. Tetapi itu bukan hal kita. Kita jangan iri hati. Kita pun Allah beri kemudahan, alhamdulilah. Cuma kita tidak dapat menghargai kerana tidak melihatnya dengan mata hati. Kita jaga kesucian hati dan diri sendiri dan dalam proses itu jangan sekali-kali melampaui batas. Semoga Allah mendengari rintihan hati kita kerana hanya DIA yang maha Melihat dan maha Mendengar dan maha Mengetahui apa yang Nyata dan apa yang Tesembunyi. Kebergantungan kita hanya padaNYA, Allah yang maha Tinggi.
Assalamualaika ya Rasulullah, Assalamualaika ya Habibullah.....
Wa Rahmatullahi Wabarakatuh.....
Semoga dapat "bertemu" lagi. Aamiin.....
...
No comments:
Post a Comment