"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, November 19, 2016

Ayuh kita sokong sama.......


Saya rakyat biasa dan saya mengakui saya rasa amat tidak selesa menghadapi kemelut politik dan ekonomi yang ada sekarang ini dari pinggiran sahaja. Saya mengikuti pendapat dan saranan yang ada diUtube dan lain-lain media sosial. Saya dilatih untuk berfikir dan mengenal apa itu yang benar dan apa yang nampak benar tetapi tidak benar. Iaitu saya di ajar mengenal "logical falacies" semasa tahun satu di Fakulty Ekonomy University Malaya oleh Professor diRaja Ungku Aziz.

Alhamdulilah....saya makin masak mengenali kenyataan-kenyataan pemimpin yang menggunakan ketidakbenaran itu. 

Dalam masaalah ekonomi negara kita sekarang ini banyak kenyataan yang tidak benar dan tidak telus. Pendekan cerita, saya tidak menyokong kepimpinan negara yang ada sekarang. Maka saya cenderong menyokong apa yang dikatakan oleh YB Rafizi wakil rakyat dari Pandan  yang kini telah di jatuhkan hukuman 18 bulan penjara. Antara yang lainnya saya juga mendengari pendapat Ustaz Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis yang dikenali sebagai MAZA. Kata beliau ada nas seperti dalam sejarah Islam yang membenarkan demonstrasi dijalankan untuk melawan kezaliman.

(Bukan semua yang dibuat oleh kepimpinan yang dahulu betul. Tetapi sekarang ini ia sudah keterlaluan dan sudah menampakan masa depan anak cucu dan cicit yang amat membimbangkan. Kita harus berusaha menukar keadaan sebelum pasrah pada Allah semata-mata.)

Hari ini BERSIH 5 keluar menyatakan ketidakpuasan hati dengan apa yang sedang berlaku. Saya rasa malu tidak bersama di jalanan walaupun sebab utama saya ialah kemampun fizikal yang saya alami sekarang akibat umur 7 series. Saya mendoakan Allah akan mengampunkankan segala kekeuragan rakyat dan menurunkan pertolongan yang akan menjadikan Malaysia lebih selamat dan makmur dalam ruang lingkup yang di redhaiNya. Aameen......

Ustaz menasihati supaya akur dengan ayat-ayat alQuran di bawah ini:


A007
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
(Al-Maaidah 5:7) | 

A008
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Maaidah 5:8) | 

A009
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Maaidah 5:9

Ayuh kita sokong sama....dalam doa sekurang-kurangnya. Semoga Malaysia tidak akan menjadi "a failed state". Kita berusaha dan Allah yang maha menentukan. Pasti kesemuanya ada hikmahnya. 

Maka kita tepuk Dahi dan Tanya Iman.......

Mohon keampunan Mu ya Rabb.....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails