"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 2, 2016

Indahnya laluan hidup......




2 November ialah tarikh keramat buat diri ini....
Hari aku mengikat janji untuk "sehidup semati"
Tidak mengapa jika laluan hidup itu penuh onak dan duri
Aku bertekad melalui.
Maka di hati sanubari aku tanamkan yang Indah-indah sahaja.
Cantik ibarat lauan yang aku gambarkan di atas sana
Yakin akan doa pada Ilahi laluan ini akan diberkati
Dengan kasih sayangNya yang infiniti.



Ada kalanya laluan menjadi haru-biru
Ibarat sampah sarap menaburi jalan mengikut cuaca 
yang tidak dapat dijangka.
Tidak mengapa, kerana ia sementara dan pusingan yang nyaman 
akan menjelma juga.
Yakin pada janji yang maha Pencipta
Mensyukuri yang sedikit akan dihamparkan kemudian olehNya 
Nikmat yang tidak terhingga kepuasannya.




Istana Indah yang kita idamkan bermula
 dengan niat tulus dan telus
Laluan harian bukan setiasa ditaburi mawar-mawar
yang  semerbak beraneka wangian
Tidak mengapa, sebab hidup kita harus berpijak di bumi nyata
Alam kurnian yang maha Esa untuk hambaNya yang mahu berjasa
Untuk diri, keluarga dan kemanusian semuanya.
Yakin hidup ini satu perkongsian penuh ehsan
Jitu keranaNya semata-mata.
Jika dipupuk dengan keikhlasan, yang sukar pun menjadi senang
Yang pahit tidak menjadi kesan kerana kebahagiaan letaknya 
di hati yang redha atas segala Ketentuan.
Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang maha Besar.


2 November tetap di sanubari bertakhta penuh erti
Di umur senja jasad ini sudah mengenali hampir segalanya pasti
Kebergantungan hidup ku hanya pada Ilahi
Ya....Yakin hanya pada Ilahi
Tiada apa dan tiada siapa pun
yang boleh menggangu gugat keyakinan diri
walaupun kerdil dan fakir jasad ini
Yang Allah kurnia buat sesiapa yang Dia kehendaki. 
Semoga aku diiktiraf hamba sejati
Melutut sujud membenam muka mengharapkan
 laluan mudah di Akhirat nanti.
Semoga di Syurga Firdaus perkongsian hidup ini berlabuh henti...
Dengan semua yang disayangi dan dikasihi.
Aamiin ya Rabb....Engkau Tuhan maha Tinggi.






Foto-foto ehsan carian google.
.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails