"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 7, 2016

Siapa tak pening.....






Minggu lepas....
Ajak anak-anak ke Paradigm Mall di PJ untuk berbincang sedikit maslahah keluarga.
Lambat sampai dan saya putar-putar menjamu mata.
Suami saya duduk menanti di satu penjuru berseorangan. 
Berkira-kira agaknya.....
Pening juga memikirkan keadaan ekonomi yang makin hari makin mencabar rasa di dada.

Semua barang yang penting pada keluarga naik harga. Pemimpin politik tidak peduli warganya. Mereka senang sendiri, itu yang penting bagi mereka. Itu yang saya baca di Whatsapp kekawan. Wakil rakyat berdebat di Parlimen pun tidak puas hati dengan sikap pemerintah. Soalan-soalan yang dikemukan tajam sekali tetapi tidak ada jawapan yang memuaskan. Buat hangat hati lagi ada.....

Saya biarkan suami berfikir-fikir.
Bila bertemu anak-anak bermacam hal di katakan. Tetapi biasalah....
Tidak ada jawapan. Kalau ada pun siapa yang mahu mendengarnya. Pemerintah sudah tutup telinga, tutup mata dan tutup hati juga.
Tinggalah rakyat meraba-raba.....





Hampir lewat pagi itu baru anak-anak menjelma. Anak perempuan saya tergendala dan tidak dapat bersama. Bukan berbincang apa pun....
Cuma saya rasa sudah sampai masanya untuk memberi tahu mereka isi kandungan wasiat atau hibbah saya sebelum beralih ke alam lain pula. Suami saya sudah sekata dengan cadangan saya, maka perbincangan tidak lama. Anak-anak pun bersetuju sahaja kerana "harta" yang sedikit itu saya yang punya.....kurnia rezki dari Allah yang maha Esa, pinjaman sementara.

Alhamdulilah......
Kita bersyukur atas apa yang ada. Berusaha sekadarnya dan semampunya. Biar anak-anak mengerti hidup ini sementara dan harus menghayati apa yang seharusnya ada pada diri-diri yang mengaku beriman padaNYA. Jangan hanya di mulut sahaja. 

Apa yang berlaku sekarang ini di negara kita dibuat iktibar seluasnya. Jangan putus asa. Allah kan ada. Allah yang maha melihat yang tersembunyi dan yang nyata. Jangan tidak ingat janjiNya yang amat pedih jika kita berdusta dan menzalimi diri sendiri dan siap jua yang diperintah di bawahnya. Tetapi pintu Taubat sentiasa terbuka kerana Allah maha sayang pada hamba-hambanya. Cuma jangan ambil ringan dan tidak berpijak di bumi nyata.

Saya sudah diumur senja. Hanya mampu berfikir dan menasihati keluarga dan berdoa Allah tidak murka dan masih menurunkan Rahmatnya yang tidak terhingga.

Dengan kata-kata itu kami beredar untuk menjamu selera sekadarnya......




Bukan senang mendapatkan anak-anak duduk bersama. Saya tetap ingatkan "A family that eats together stays together".... itu pesan guru saya dari semasa saya lewat remaja....
Kekadang semasa makanlah kita dapat "selitkan satu bicara".... santai sahaja supaya tidak ada yang terasa besarnya kelemahan yang disandangnya. Kita semua manusia biasa. Selalu saya katakan pada anak-anak : Mereka mungkin lebih pintar dan lebih canggih dari ibu-bapa. Tetapi ibu-bapa yang lebik bijaksana. Kebijaksanaan (wisdom) wujud beriringan dengan umur dan pengalaman pahit manis yang dilaluinya. Bukan dari buku dan pendapatan lumayan yang diperolehinya. Sentiasa ingat itu semoga Allah sentiasa bersama.







Kami gelak ketawa seketika dan makan seadanya. Saya dan suami pulang ke rumah rasa damai dan lega......
Alhamdulilah....ikatan keluarga kami rasai mesra. Saya sentiasa ingat akan nasihat Ustaz Bakhtiar Nasir dari Indonesia yang menulis buku "Masuk Syurga Sekuarga". 

Anak-anak ambil foto ini untuk kenangan anak yang tidak bersama. Entah sampai bila umur yang ada. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan hingga ke Syurga..... Syurga Firdaus tanpa hisab kekal selamanya, dengan Rahmatnya jua. 

Aamiin ya Rabb.....Engkau Tuhan yang maha Berkuasa.


No comments:

Related Posts with Thumbnails