Alhamdulillah hari ini 19 Ramadhan 1439.
Belum berpeluang ke Masjid kerana suami agak tidak sihat
sebab diabetisnya yang meragam.
Tidak mengapa. Pastinya ada hikmah dari Allah yang lain asal sahaja
rasa redha atas apa jua ketentuanNya.
In sha Allah esuk hari kesepuluh yang akhir Ramadhan tahun ini.
Ada yang berpendapat malam-malam akhir bermula dari 20 Ramadhan
dan ada yang berpendapat bermula dari 21 Ramadhan.
Masjid terdekat rumah saya bermula dari malam 21 dan Masjid
yang jauh sedikit bermula 20 Ramadhan. Pada tahun lepas saya
pergi ke Masjid yang jauh sedikit.
Tahun ini in sha Allah kami berbuat apa yang termampu di rumah sahaja.
Semoga Allah memberi ruang dan peluang berlumba-lumba
membuat kebajikan.
Masa itu Ibadah, saya katakan pada anak-anak.
Maka jangan tunggu sudah bersara baru bermula. Masa tidak menunggu kita.
Ustaz kata jika dirumah buat juga seperti jika ke Masjid.
Banyakkan zikir, antaranya seperti yang saya turunkan di atas itu.
Sama-sama kita berdoa semoga Allah kurnia malam Lailatul Qadr.
..........
No comments:
Post a Comment