(foto sebelum pulang setelah iftar Ramadhan bersama)
Dalam kesibukan akhir-akhir persediaan Iftar Ramadhan tiba-tiba terdetik
di hati rasa sayu walaupun dikelilingi anak cucu menjamu selera seadanya.
Mungkinkah ini Iftar terakhir bersama dan jika terakhir sudahkah diri ini
dapat mendidik hati sendiri dan mewariskan niali-nilai hidup
yang dituntut oleh Illahi.
Tidak mungkin dapat memerhati hati-hati.......
Kerana hati sendiri masih belum dapat menjiwai apa itu erti
hamba Allah yang sejati.....
(hingga bersama lagi setelah solat EidulFitri)
Di celah-celah kegimbiraan, masih tersemat fikiran yang belum
tuntas dengan jawapan.
Mana mungkin akan tahu rahsia yang Allah sahaja yang punya.
Hanya doa yang dapat dipanjangkan dan semoga terangkat
ke Langit dan dalam perhatian yang maha Menentukan.
Sebenarnya yang tersemat di hati adalah erti kedewasaan
anak cucu dalam keluarga kecil dan keluarga besar.
Yang kecil dengan karenah si kecil dan yang tambah dewasa dengan
fikiran yang kadangkala sukar diduga. Dalam sembang santai semasa
berkumpul meraikan Hari Raya, hari kemenangan setelah berpuasa,
saya cuba mencuri membedah isi hati anak anak yang
meningkat ke remaja dewasa.
Dalam kemelut perkembangan sosial di luar sana, rasanya takut untuk
menelah sesuatu dari peri laku yang diperhati hanya sepintas lalu.
Namun sejak sedekad yang lalu sebagai ahli keluarga
yang sudah dewasa tua,
saya sentiasa rasa khuatir kedewasaan ahli keluarga tidak seperti
yang diharapkan. (Ini berasaskan andaian saya bahawa apa yang saya
pegang kuat di hati adalah yang sempurna untuk semua
yang hampir dengan saya).
Semoga andaian itu dapat diterima.
Allah yang Maha Mengatur segalanya.
Banyak faktor mengapa sudah agak terasa proses kedewasaaan dekad ini
tidak seperti dahulu lagi kerana sudah banyak faktor mendorong dan
faktor menarik (push and pull factors) yang membuat perubahan sikap
dan peningkatan jati diri berterusan dengan "bebas" dan tidak mungkin saya dapat mengawal dan memantau serapat dan sekerap yang teringin di hati..
Kekadang saya rasa seperti mahu bersendirian kerana merasakan diperingkat umur dewasa tua semacam saya ini sudah rasa sering terpinggir
dan (mungkin juga senghaja dipinggirkan) kerana cita rasa bagaimana
melayari hidup ini sudah amat berbeza.
Saya tidak menganggap perbezaan itu suatu yang semestinya salah
dan mengelirukan. Cuma saya khuatir kerana dalam kita melayari hidup
sebagai Muslim Mukmin kita mungkin tidak menyedari kita terpengaruh
dan mungkin terperangkap dengan anasir yang sama-sekali asing
dari ajaran yang Syar'ie.
Suatu perkara yang saya tegaskan kepada ahli peringkat dewasa muda ialah
kita janganlah menyibukan diri mempelajari prinsip-prinsip agama dan
kepercayaan asing sebelum kita menumpu mencari pengetahuan
mengenai Islam kerana kita dilahirkan Islam. Maka saya berpendapat itu harus didahulukan. Selepas itu carilah atau bandingkanlah dengan agama
dan kepercayaan yang lainnya. Saya amat yakin jika kita belajar
mengenai yang asing terlebih dahulu tetapi amat sedikit yang kita tahu mengenai Islam,
maka nanti kita boleh tergelincir dari landasan.
Saya perhatikan di kalangan ahli dewasa muda dalam keluarga kecil dan
keluarga besar saya, masih ada yang belum bersungguh-sungguh
menghayati gaya hidup Islam sesempurna mungkin.
Saya sering juga ditergur oleh kekawan sebaya umur dalam isu yang sama
supaya jangan terlalu keras mahukan perubahan diri.
Dengan apa yang ada di luar sana, kekerasan akan lebih merugikan.
Saya akur dan lebih menumpu pada memanjatkan doa semoga tiada yang
akan kerugian kerana kita tidak dapat memutar balik waktu yang telah berlalu.
Saya insaf dengan kesilapan-kesilapan yang saya sendiri lalui dalam
mencari "kedewasaan". Maka kalau bolih saya tidak mahu
siapa jua rugi seperti saya rugi.
Ada berbagai contoh yang ingin saya utarakan. Tetapi saya fikir semula dan rasa mencukupi dengan luahan prinsip sahaja semoga ia dapat
diterima dengan lebih baik lagi.
Semua manusia punya kekuatan dan kelemahan.
Hanya pertolongan Allah dan Qudrat dan IradatNya sahaja yang akan
menentukan apa yang terbaik. Namun kita harus ikhlas
dan bersunguh-sunguh dalam usaha mencari Redha Allah.
Kita pohon pertolongan mencari jalan pintas yang ada kerana tidak
semestinya ranting yang dibawah gugur dahulu.
Allahua'lam.
Mohon Tufiq dan Hidayah Mu ya Rabb....
Mohon keampunan atas segala kekurangan dan kelemahan.
................
No comments:
Post a Comment