Ini foto saya dan abang kandung yang hanya seorang sahaja.
Ia berumur 75 tahun dan saya 71 tahun.
Saya mencari masa menziarahinya pada selepas Solat EidulFitri..
Dia menjadi tumpuan utama diumur senja, sama-sama senja kini.
Kami membesar bersama hingga ia ditingkatan 2 disekolah yang sama.
Selepas itu abang dapat memasuki The Royal Military College
di Kuala Lumpur.
Dan dari hari itu kami membesar dan mendewasa dengan cara sendiri-sendiri kerana budaya sekolah kampung tidak sama dengan Maktab Tentera DiRaja.
Saya memasuki English College Johor Baharu semasa ditingkatan 6.
Perbezaan kami bukan kecil. Waktu itu kecil atau besar perbezaan
tidak penting buat saya dan buat abang saya juga. Cuma emak
dan kakak-kakak saya khuatir
perhubungan kami nanti menjadi amat jauh.
Bapak saya meninggal dunia semasa saya berumur 16 tahun.
Pengaruh bapak atas hidup kami tidak seperti pengaruh emak saya.
Oleh kerana berjauhan, hubungan saya dan abang saya tidak sangat mesra.
Saya menziarahi abang saya lebih kerap dari semenjak mula mendewasa tua,
terutamanya dari sedekad dahulu. Ia tinggal
di Shah Alam dan sekarang pun saya amat rapat dengan anak-anaknya.
Alhamdulillah.
Dalam menjalani hidup di senja tua ini saya banyak muhasabah diri
terutama dalam menyantuni hubungan silaturrahim adik beradik,
sanak saudara dan sahabat handai tua dan muda, jauh dan dekat.
Saya punya kekawan yang selalu mengingatkan saya erti Iman dan Taqwa.
Terpaut dihati akan nasihat kekawan.
Saya cuba menghayati pesanan kekawan dan ustaz termasuk
yang berada di alam maya.
Semoga ia bermunafaat buat saya dan siapa jua yang ada di sekeliling saya.
Antara pesanan-pesanan adalah seperti berikut:
Kemampuan dan kebolihan kita tidak serupa. Ada yang mampu beribadah
sepanjang malam dan ada yang mampu berpuasa
seperti puasa Nabi Daud AS, selang sehari. Ada yang mampu puasa
setiap Isnin khamis dan ada yang mampu
hanya pada hari-hari Putih.
Namun ada yang mampu buat kesemuanya.
Ada pula yang tidak mampu seperti di atas tetapi amat bermurah hati
memunafaatkan harta dan bersedekah fakir miskin di mana jua
dan membantu anak-anak belajar dan menuntut ilmu jauh dan dekat
hinggalah ke hujung dunia.
Ada yang hanya mampu menginfak masa dan tenaga walau sekecil usaha
sekalipun seperti membantu jiran yang sakit dan membantu
mereka yang bergentayangan.
Setengah kita pula bolih mengajarkan ilmu al Quran dan Bahasa Arab dan
ada yang berdakwah melalui penulisan, secara professional
atau secara santai.
Ada yang hanya mampu senyum dan berbuat kerja-kerja mudah di Masjid seperti membasuh telekung atau membersihkan bilik air.
Saya ada seorang teman yang sentiasa ada baldi, berus dan
alat-alat mencuci lantai dan teteman ini akan membantu mencuci tandas
di mana mereka berhenti semasa bermusafir.
Jalan ke Syurga itu berbagai. Allah menilai hati kita dan
bukan perbuatan fisikal kita.
Allah menilai keikhlasan usaha kita dan bukan hasil kerja kita.
Dan banyak lagi contoh-contoh.
Apa yang penting ialah kita tidak tersilap tafsir tentang diri sendiri...
kononnya kita sahajalah yang berbakti pada masyarakat dan ummah....
kita yang lebih dekat pada Allah dan yang lainnya tidak sama sekali.
Kita kena jaga hati jangan riak dan ujub kerana itu yang akan
membangkrupkan amalan sendiri.
Sama-sama kita ingat nasihat teteman dan ustaz-ustaz.
Kebelakangan ini sembang santai dengan abang saya berkisar atas
hal-hal seperti di atas. Sekarang ia kurang sihat kerana minor stroke. Abang diurus dengan baik oleh keluarga, terutamanya dengan anak-anak
Alhamdulillah.
Saya seronok dengan penampilan dan usaha anak-anaknya.
Ini pula antara teman yang mesti ziarah, juga di Shah Alam.
Yang di tengah foto ialah teman akrab yang sama-sama mengurus
SmarTop Subur Fitrah pre School di Tangkak, Johor.
Seperti manusia biasa, kami juga berbeza cara dan pendapat dalam
menangani masaalah pengurusan sekolah dari aspek urus tadbir harian
dan strategy pengumpulan dana.
menangani masaalah pengurusan sekolah dari aspek urus tadbir harian
dan strategy pengumpulan dana.
Tetapi kami beringat bahawa perbezaan dan kelemahan adalah
sebenarnya juga satu kekuatan.
Ia adalah "two sides of the same coin". Tidak akan terserlah kekuatan
tanpa mengenal pasti kelemahan yang ada.
sebenarnya juga satu kekuatan.
Ia adalah "two sides of the same coin". Tidak akan terserlah kekuatan
tanpa mengenal pasti kelemahan yang ada.
"Our weaknes can be our strength if we think positive all the times".
Tidak mungkin semua orang berfikiran sama kerana
pengalaman hidup berbeza
dan proses menuntut dan mendapat ilmu juga berbeza.
Perbezaan akan dapat mengayakan kebijaksanaan dan dapat menyantuni
sensitivity dalam cita rasa hidup dan ini dapat membentuk kedamaian
dalam hubungan sesama sanak saudara, sahabat handai dan siapa jua.
Semoga Allah sentiasa bersama dan mendidik hati-hati kita
dan memudahkan kita mencari Redha di jalanNYA.
ooooooooo
Kebetulan hari itu saya bertemu semula dengan seorang teman lagi
yang saya kenali semasa beraktiviti dalam NGO MAWADDAH dan
AMAN PALESTINE semasa saya baru bersara dahulu.
Satu pertemuan penuh Nostalgia.
Samapai di sini dahulu buat kali ini. Semoga berjumpa lagi dilain entry.
..........................
No comments:
Post a Comment