"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 10, 2018

Ujian dan kurniaan Allah @10 Akhir Ramadhan.




Alhamdulillah....
Benar kata-kata dalam foto di atas (ehsan carian goodle)

Dalam detik akhir-akhir Ramadhan kali ini saya mengimbas kembali 
pengalaman menjalani ujian kecil dari Allah swt selama lebih dua bulan
hingga kini. Saya dan suami tidak ke Masjid kerana kerana luka di kaki
 belum sembuh dan masih berulang alik ke PPUM. Boleh dikatakan 3/4 waktu
 saya berada di PPUM  yang berkaitan dengan Klinik Othorpedic dan Pengurusan Luka.
Ada kalanya kami ke Klinik 1 Malaysia sahaja kerana klinik mengurus luka
 hanya 2 kali seminggu sahaja.

Apabila menunggu giliran berjumpa Doktor atau menunggu giliran nurse 
mengurus luka, saya selalu memerhatikan keadaan pesakit-pesakit yang lain.
Saya membuat telahan sendiri mengapa yang tua ramai dan 
yang muda pun ramai. 
Saya rasa yang tua dipotong kaki atau jari adalah kerana diabetis
 dan yang muda majoritinya kerana mengalami kemalangan yang menyebabkan patah tulang dan sebagainya. Bila bersembang kecil ada yang 
mengatakan kerana gaut.
Saya rajin mendengari. Ada yang kena kemalangan kebakaran dan ada yang
lahir "cacat" dan datang untuk rawatan yang sesuai. Ada satu bahagian di cawanan pengurusan luka yang berkaitan 'plastic sugery'.

Sehubungan dengan ini saya melihat 'Ujian' dan 'Kurniaan' sebagai
 "two sides of the same coin".
Dalam alQuran Allah berfirman:

A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Maka Allah uji kita, antara lain untuk menzahirkan pada kita erti
 bersabar dan bersyukur.
Juga erti bersimpati dengan mereka yang Allah uji, terutamanya 
ujian-ujian yang berat dan lama. ebagai contoh Allah uji Nabi Allah Ayyub dengan penyakit yang berat dan baginda melaluinya penuh redha.... tidak pernah meminta untuk disembuhkan. 
Baginda hanya mengadu hal bahawa Dia sakit.

A041
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
(Saad 38:41) |

Dan juga ayat berikut:

A042
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
(Saad 38:42) |


Allah swt itu maha Mengetahui yang Nyata dan yang Tersembunyi. 
Allah maha belas kasihan pada hambanya. Nabi Allah Ayyub bersifat total 
dalam kesabaran dan keredhaan. Maka Allah menyembuhkannya. 

Ujian dan kurniaan Allah datangkan dalam berbagai bentuk dan warna.
Kekadang kita nampak sesuatu itu seperti "musibah" dan kekadang kita berasa sedih.
Ustaz selalu mengingatkan yang seperti musibah itu sebenarnya ia suatu 
yang baik kerana hikmah yang ada tidak selalunya kita nampak serta merta. Maka kerana itulah kita harus bersabar dan banyak bertawakal pada Allah.

Di akhir sepuluh Ramadhn ini ada yang Allah kurnia kelapangan untuk ke Masjid dan beriktikaf. Ada juga yang Allah sibukan dengan hal-hal lain.
Kita berbaik sangka dengan apa jua ketetapan Allah kerana Allah tidak menzalimi hambaNya. Kita sebagai hamba harus sentiasa berzikir mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah dan Allah itu sentiasa dekat dengan kita asalkan sahaja kita beramal baik dan sentisa jujur dan ikhlas. Kita mohon semoga Allah didik hati kita untuk sentiasa Redha.
Semoga Allah meredhai dan kita mendapat kurnia khusnulhatimah
dan Allah kurnia kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Aamiin ya Rabb....


.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails