"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 1, 2018

Kita cari cermin besar.....


Seorang blogger (Ibu Bunga Matahari) terkenal sebagai penulis dan penyair mengatakan: (saya salinkan sebahagian sahaja.)

Yang putih yang hitam
Semua dari Adam
Mengapa berperang
Kita darinya seorang
Yang putih yang hitam
Dalam satu Alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan.




Saya terfikir-fikir akan kebenaran kata-kata itu.Malaysia kemelut sekarang ini antaranya kerana kita sering mahu mengatakan kita lebih baik....
Lebih baik dari segi apa ?
Warna kulit,
Rupa bentuk muka
Budaya
Keturunan
Kepercayan
Kepintaan
Kefahaman falsafah hidup
dan lain-lain ikut fikiran dan rasa.....

Allah cipta kita semua serupa. Senghaja kita dicipta berbagai rupa supaya kita mengenali satu sama lain, supaya kita tidak hanya melihat diri mengikut kumpulan berasaskan apa yang dilihat semata-mata.

Keadaan di Malaysia kini amat membimbangkan. Semua keturunan kaum sebenarnya bermasaalah. Semua mempunyai fikiran yang betul dan dalam masa yang sama punya fikiran yang kurang betul. Kita "bias" ikut kelumpuk yang kita sudah biasa.

Ada yang mengatakan itu bukan "bias" sebab kefahaman kumpulan kita adalah mengikut Quran dan Hadith. Yang lain pula berkata mengikut "ajaran" datuk moyang. Katanya itu pun betul dan harus diberi hak yang sama.

Semasa Ruh kita di wujudkan, Allah telah menanyakan "bukankah Aku Tuhan mu". Ruh menjawab, Aku bersaksi "Ye, Engkau Tuhan ku". Kita, semua kita,  tidak ambil berat sangat mengenai hal ini. Ini pemerhatian saya. Mungkin kurang tepat. Maka sebab itu kita berpecah tentang fahaman "Siapa Tuhan kita"

Maka manusia, juga di Malaysia, lebih melihat kewujudan kita sebagai keturunan bangsa dan budaya Isu kepercayaan Tuhan jadi sampingan.

Maka sekarang kita tuduh menuduh. Ada betulnya tetapi ada yang tidak betul juga. Tetapi kita tidak berhenti dan berfikir sejenak dari segi mana kita betul dan dari segi mana kita belum betul. "Bias" kita amat kuat dan hampir kecundang untuk berfikir satu persatu. Kita ikut siapa yang bercakap dan apa yang dicakapkan.

Pertelingkahan ini bukan sahaja wujud diperingakt masyarakat diluar sana, tetapi ada kalanya ia dapat mejejaskan harmony keluarga jika kita tidak mahu berfikir mendalam dan melihat dimana kekurangan cara berfikir dan apa yang difikirkan. Percayalah apa jua yang kita fikirkan mengenai penyelesaian masaalah, pasti ada jalan keluar yang baik jika kita mahu menerima hakikat bahawa setiap isu itu harus dilihat dari sekurang-kurangnya dua sudut. Ada kalanya dari berbagai sudut.

Saya tidak mengatakan bahawa kebenaran itu berbagai. Saya ingin katakan bahawa KEBENARAN itu satu sahaja. Hanya Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhamad itu pesuruhNYA. Cuma cara kita menerapkan kebenaran boleh diatur dari dua tiga cara selagi mana prinsip KEBENARAN tidak dikompromi.

Saya lebih suka diam seketika supaya ahli kekuarga bertenang dan justeru masyarakat bertenang dan Negara boleh berfungsi secara rasional. Semua maklumat dan fakta harus kita fahami betul-betul. Kita harus akui bahawa kesilapan berfikir dan bertindak itu datang dan lahir  dari diri dan pmikiran setiap individu. Jangan kita menuding jari sahaja.

Kita cermin diri dahulu betul-betul. Sudahkah kita buat semua yang Allah swt, yang maha Pencipta suruh kita buat.

Saya belum.

Dengan diri, saya belum sempurna, dengan keluarga saya belum sempurna maka tugas saya untuk membetulkan orang lain juga jauh dari sempurna. Ilmu saya sedikit dan hingga diumur senja ini pun masih belum cukup seperti yang dituntut. Dengan keluarga besar saya juga masih belum cukup usaha untuk sama-sama bertanggong jawab mendirikan Kebenaran. Dengan masyarakat terbuka diluar sana pula saya bolih dikira amat jauh dalam menjalankan tanggongjawab menegakkan Kebenaran. Selalu saya mencari alasan bahawa saya tidak ada kemampuan. Tetapi saya menyesali diri  kerana tidak kuat memegang hakikat bahawa kemampuan itu terletak pada komitmen yang diasaskan pada Ilmu yang Benar. Yang pertama kita harus megenal Allah supaya kita tahu hala tuju hidup kita. Mengenal Allah itu memerlukan Ilmu yang luas dan yang sahih.

Seorang mentor saya mengatakan: Cari cermin yang besar. Betulkan diri. Sempurnakan diri. Kalau kita kuat dari segi Ruh dan fikiran, Iman dan Taqwa, maka tindakan kita otomatik akan digeruni oleh mereka yang tidak mengenal Allah. Ini Utama.

Maka saya rehat di sini dahaulu.
Nanti saya sambung lagi, insyaAllah. Yakinlah Allah bersama orang-orang yang mendukung Kebenaran. Itu doa kita semoga kita termasuk dalam golongan yang membaiki diri kalau kita mahu membaiki orang lain. Kita cari cermin besar supaya kita jelas melihat dimana kedudukan kita semoga kita tidak bertindak ikut-ikutan.
WaAllahu'alam.

Semoga Allah kurnia kesempurnaan dunia dan akhirat.

.......                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

No comments:

Related Posts with Thumbnails