"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 3, 2019

My Good Old Buddies @ ..kekawan dari tahun 1960







Alhamdulillah.....Amat teruja pagi itu.

Dari awal sudah berpesan-pesan pada anak untuk hantar emak dan ayah ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kecil reunion beberapa orang kekawan dari Pontian Johor dari sejak tahun 1960.

Kami ber"pisah" sejak tamat tingkatan 5 dalam tahun 1964. Lama dan seronok berhubung semula silaturrahim dan sesekali berjumpa santai.

Alhamdulillah.
Allah masih bagi ruang dan peluang yang istimewa bagi kami yang rata-rata sudah melebihi umur 70 tahun,

Di sepanjang jalan saya mengingati karenah kami dan cikgu-cikgu dan sibuk menceritakannya pada anak dan suami saya didalam kereta.





Kami bertemu di Hotel MiCasa seperti di atas. Saya tidak pernah ke sana 
dan selama bersara tidaklah saya sibuk berurusan di mana-mana Hotel.
Tidak seperti waktu bekerja dahulu.. Itu lumrah kehidupan.


Ini kekawan yang kami temui. Kami dihidangkan makanan Di TAPAS Bistro,
sempena Hari Raya Eidufitri 1440H.
Selesa dan amat sesuai untuk bersembang santai melihat kembali
 kehidupan silam dan cuba membuat perubahan.
 Baki masa untuk bersantai amat berkurangan sekarang.


Ini Dato Esa. Beliau Hos pada hari itu. Alhamdulillah. (Terima kasih Dato).
Saya satu kelas dengannya 
dari tingkatan 1 di  Pontian Government English School
pada tahun 1960  hinggalah ke tingkatan 6 atas pada tahun 1966 
di English College Johor Bahru.
Sayu juga rasa sayu mengenang begitu lama masa berlalu dan
dalam celah-celah perbualan santai kami juga mengodit laluan
hidup yang berbagai rupa dan warna.


Ini Basiran Supardi yang dahulu tinggal sekampung. Kami selalu buat lawak 
mungkin arwah bapak kita datang sekapal dari Tanah Jawa dalam
 awal tahun Sembilan belas- puluhan. (1900's)
Kini dia masih sihat dan masih aktif dan ia suka berkebun,
 Hasil mashsul kebunya
 amat menjadi dan saya katakan dia itu "a landed gentry" seperti character
dalam novel-novel Inggeris yang kami digalakan membaca 
semasa di sekolah menengah jika kami mengambil
subject English Literature.
Proses Pendidikan dahulu dan sekarang amat berbeza.


Ini Tamyes di sebelah kira. Jiran sebelah rumah semasa kecil.
 Selepas tamat sekolah saya tidak tahu kemana dia dan dia pun tidak tahu kemana saya.
Cuma saya pernah bekerja di JKR bersama isterinya dan di situlah kami berhubung kembali.

Yang tengah itu David Chay dan yang kanan itu Zainal. Saya dan keduanya
bersama satu kelas hingga ke tingkatan 3 sahaja sebab
 David ke Technical College Kuala Lumpur dan Zainal
 ke Malay Boys College Kuala Kangsar.
Tamyes yang rajin mengumpulakan ramai kami semula dari awal umur empat-puluhan.
Kini ramai yang sudah berpisah buat selamanya,


Ini saya dan isteri Basiran. Kami juga satu kampung tetapi saya 
tidak sekelas dengannya.
Dia junior saya.


Kami menjamu selera dan bersembang
dari jam 12 tengah hari hingga lebih kuran jam 3 petang.
Kami cepat-cepat minta diri mengakhiri sessi yang memang susah untuk berhenti.
Tetapi kami harus Solat dan ingat mengingatkan bahawa
 itu terpenting dalam hubunga silaturrahim kami. 
Alhamdulillah Allah menegur supaya bersegera kerana kami sudah tidak lagi
 dalam zon selamat untuk berlama-lama.

Kami 'berjanji' mencari peluang berjumpa lagi.
Semoga Allah mengurnia izinNya.
Mohon Perlindungan Mu ya Allah....


.......................

No comments:

Related Posts with Thumbnails