"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 31, 2019

Perginya Abang yang satu.....


Hari bersejarah buat saya.... 28 July yang lalu abang saya yang seorang sahaja itu pulang ke Rahmatullah. Sabab musababnya ia sudah berumur 76 tahun dan kurang sihat. Ia meninggal di HUKM semasa membuat rawatan berkala sejak beberapa tahun yang lalu. Kata anak-anaknya ia boleh pulang pada hari sabtu itu tetapi Allah telah tentukan yang lainnya. Ia diserang sakit jantung dan di pendekan cerita, ia meninggal dunia keesukan harinya jam 2.15 petang. Allah iazin segala urusan termasuk persemadian dapat dilakukan sebelum 6 petang. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya.

Pada zahirnya, nafas yang terakhir amat tenang sekali dan semuanya nampak aman. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan Ruhnya bersama-sama Ruh orang-orang Solehiin dan Sidiqqiin.

Saya turunkan di sini ayat-ayat alQuran sebagai ingatan buat diri saya dan keluarga dan sesiapa jua.

A155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


A156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


A157
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Bersama Allahyarham abang saya terakhir sekali
 pada 1 Syawal 1440 H yang lalu.


Ini foto kenangan pada hari yang sama di rumahnya bersama keluarga
 dan cucu-cucu saya.




Sekarang tinggal saya bertiga dari 8 adik beradik., 7 perempua dan seorang sahaja lelaki. Dari kiri kakak saya berumur 80 tahun dan yang tengah berumur 84 tahun. Walaupun saya 72 tahun janji Allah tiada siapa dapat menduga. Semoga Allah menganugerah umur yang bermunfaat.

Kenangan hidup saya bersama abang ada kala duka ada kalanya suka. Itu suatu lumrah yang ada dalam kehidupan manusia kerana Allah akan menurunkan ujian untuk menempatkan kita makin hampir padaNYA.

Alahamdulillah.......

Peristiwa kenangan istimewa buat saya ialah abang saya belikan saya basikal perempuan berjenama Raleigh yang baru kerana saya lulus LCE pada tahun 1962 dan saya terpilih jadi Prefect pada tahun itu juga. Saya amat teruja dan ingat hingga kini.Saya seronok kerana dapat menggantikan basikal lama yang emak saya beli. Emak saya pun seronok sama. Saya dapat "bergaya" kesekolah yang jauhnya 1 kilometer setengah. Sebelum itu saya berjalan kaki sahaja. Satu hari ulang alik ke dua tempat sekolah pagi dan petang mengambil masa dan sering kepenatan kerana saya suka sukan dan terpaksa ke padang besar untuk latihan pula. Kini kesemuanya jadi kenangan manis. Alhamdulillah........

Saya memerhati keadaan hubungan hidup berkeluarga besar. Hanya Allah yang bolih meniali segalanya. Akal dan perasaan kita hanya laluan yang harus diterokai dengan hati yang ikhlas. Tiada manusia yang sempurna. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami dan menganugerah pada kami semua Syurga FirdausNYA tanpa hisab dengan limpah RahmatNya yang tidak terhingga.

Aamiin ya Rabb.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails