"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 16, 2020

Mengapa sentiasa rasa khuatir.......


A001








Di kawasan perumahan saya sinar matahari terbit sentiasa indah. Saya menikmati keindahan kurniaan Allah. Alhamdulillah.........

Namun di hati masih ada rasa khuatir.....
Khuatir tidak dapat menghadapi ujian hidup sewajarnya...
Khuatir di akhir hayat Allah tidak kurnia ketenangan.....
Khuatir belum dapat menyelesaikan hutang piutang dan garis penamat dalam hidup sudah sampai......
Khuatir tidak sihat dan tidak  dapat mengurus diri tanpa banyak pertolongan hingga ke akhir hayat.....

Banyak lagi yang saya khuatirkan.
Belum lagi hal-hal yang sekarang ini saya sudah rasa penyesalan kerana tidak lakukan apa yang seharusnya telah saya lakukan.

Saya sudah rasa menyesal kerana tidak peka  sewajarnya mengenai hal-hal kejiranan dan masyarakat semasa muda dahulu. Saya amat kurang membuat kerja-kerja kebajikan luar.
Bukan sahaja pada sesama manusia tetapi saya rasa amat menyesal juga tidak membawa kucing-kucing gelandangan yang dahulu berkeliaran diperumahan saya di Petaling Jaya. Kini saya tinggal di Putrajaya atas kehendak adik-adik suami saya kerana mudah menjaga abangnya (suami saya) yang kini sudah banyak kurang keupayaan. Di Putrajaya tidak ada kucing terbiar di kawasan perumahan saya. Semoga Allah tidak kira saya menzalimi binatang.......

Apa lagi?........tanya seorang teman bila sesekali dapat "bersembang".....

Selalunya saya diam senyum sahaja. Tidak dapat saya katakan semuanya kerana ada yang menjadi Rahsia Hati yang kita hanya mahu Allah sahaja yang tahu akannya. Cuma saya  berdoa semoga di alam Barzah nanti saya tidak ada penyesalan seperti yang Ustaz ingatkan dalam tafsir surah At Taghabun (alQuran 64). Manusia banyak penyesalan.

Kalau di fikir-fikir banyak hal yang saya khuatir. 

Sekarang ini kemelut politik di Malaysia pun sudah cukup buat saya khuatir bukan sahaja buat diri sendiri tetapi untuk anak cucu juga. Di luar dunia sana pun kemelut politik makin menjadi-jadi. Bukan sahaja antara negara-negara Islam tetapi juga antara Islam dan bukan Islam dan antara yang bukan Islam pun. Semua mahu berkuasa mutlak di dunia ini. Kalau kita ikuti cerita negara China cuba "membohongi" dunia tentang kezaliman mereka, kita akan rasa takut. Semoga ketakutan itu membuat kita insaf betapa kita sebagai manusia yang Allah jadikan setiap kita sebagai "khalifahnya" belum dapat kita sempurnakan sepenuhnya. Antaranya kerana kita tidak cukup sibuk menimba Ilmu, tidak cukup memahami sepenuhnya Ilmu yang ada dan kalau tahu pun kita tidak cukup komitmen untuk melaksanakannya. Kita sekadar melihat kezaliman atas umat Islam di India, di Amerika di China di Palestine dan yang lain lagi yang kita tidak sedar. Kita tidak cukup memohon ampun atas kelemahan kita dan amat kurang berdoa semoga Allah kurnia pertolongan dan kesejahteraan atas mereka ini. Semoga kita dapat ingatkan diri kita supaya jangan sibuk berhibur, sibuk bermewah-mewah. Semoga kita dapat gunakan semua yang Allah kurnia sebagai amanah dan kita gunakan untuk maslahah kemanusia dimana jua.

Ini yang saya khuatirkan buat diri saya. Dalam umur yang sudah tinggal sedikit ini banyak lagi yang belum dapat saya sempurnakan dan saya khuatir Allah tidak mengiktiraf saya sebagai hambanya yang sejati. Mohon ampun ya Rabb.....

Dalam saya berfikir-fikir dan cuba berbuat sesuatu mencari redha Allah, terdapat cerita-cerita betapa dunia kita ini sudah banyak menghadapi musibah keruntuhan bumi  yang berbagai rupa di sana sini. Sudah banyak Allah tunjuk gempa bumi, letupan gunung berapai, hujan lebat berterusan dan banjir yang diluar jangkaan kita, cuaca dunia yang sudah tidak seperti yang dijangka dan berbagai lagi. Wabak virus yang kita sedang lalui ini pun sudah cukup membuat saya khuatir. Belum lagi deserang makhluk perosak tanaman seperti belalang dan sebagainya. Ramai para ulamak yang mentafsir kita sudah hampir sangat dengan Akhir Zaman. Tetapi kita masi belum percaya hakikat ini.( still in self denial) mengenai fakta ini dan masih sibuk tanpa memikirkan persiapan apa yang kita harus lakukan di detik-detik Akhir Zaman ini. Ada Ustaz kata kalau pun belum sampai Akhir Zaman, umur kia bila-bila masa sahaja Allah boleh tamatkan mengikut Perancangan dan KebijaksanaanNYA. Maka kita diingatkan untuk hidup berwaspada dan membuat persediann untuk kembali kealam yang kekal. Semoga tidak ada penyesalan......

Cukuplah samapai di sini. Saya amat khuatir memikirkannya. Malahan saya amat takut.....

Tetapi apakan daya.....
Saya nak sambung sikit lagi fikir-fikir saya ini.
Saya bukan mahir, langsung tidak mahir hal-hal artificial intelligence. Baru sekejap tadi terlihat video on USA nak Ban (haramkan) Tik Tok. Sebelum ini sudah sibuk dengan isu 5G dalam membincangkan AI dimana kalau disalah guna macam-macam boleh berlaku dari segi keselamatan individu. Kalau diolah masuk vaksin pun lagi parah kesannya. (Carilah sendiri maklumat lanjut. Kita harus tahu walaupun sedikit.....)

Belum tuntas di fikiran mengenai isu ini sekarang naik pula kontrovesi  mengenai soal menjadikan Hagia Sophia balik semula menjadi masjid. Ada Ilmuan Islam yang tidak setuju. Ini buat saya tercengang-cengang buat masa ini.

Nanti kita cerita berasingan..... 
Saya nak berhenti berfikir sejenak sekarang ini. Maaf dan insyaAllah jumpa lagi.
Semoga saya dapat mengawal cara yang betul dan mententeramkan "rasa khuatir" ini.
Mohon doa dan Salam.


No comments:

Related Posts with Thumbnails