"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 18, 2020

Tidak mengapa "berleter"....@ Overcoming Ego – Abdal Hakim Murad


A001
Salam Jumaat untuk budiman sekelian. Semoga kalian dalam kesejahteraan dan semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan kasih sayang Allah jua. Aamiin.

Sudah lama saya teringin bicara sedikit mengenai hati kecil yang Allah kurnia buat kita. Ia lahir suci dan di alam sebelum kelahiran kita sudah pun berikrar bahawa Allah itu Rabb yang mencipta kita dan Allah lah yang Maha Menghendaki dan mengatur segalanya dan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Maka saya ingin mengatakan bahawa secara disedari atau tidak disedari kehidupan kita amat dipengaruhi oleh hati kecil ini. Maka kita harus sentisa beringat bagaimana kita mengendali fakta ini.Hati kecil ini saya aksudkan ialah EGO.

Dalam perkataan lain, cara tindak-tanduk kita setiap saat saya percaya ia banyak dipengaruhi oleh Ego kita. Maka kali ini saya kongsikan video di atas buat kita merenung diri dan berfikir zikir.

Bercerita mengenai Ego saya selalu sahaja teringatkan ayat Quran beruikut:

A027

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

(Al-Fajr 89:27

A028

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

(Al-Fajr 89:28

A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29


A030

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

(Al-Fajr 89:30) |



Kata Ustaz kita harus sentiasa berdoa semoga kita termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat alQuran di atas. Berdetar hati bila kita mendengari ayat itu dibacakan. Semoga hati kecil kita sentiasa berdoa Allah memelihara kesemuanya.


Ego adalah kurniaan Allah jua. Ia perlu sebagai senjata yang dapat mempertahankan maruah diri. Maka kita bolih urus ego kita antaranya melalui amalan-amalan soleh yang kita lakukan.


Dalam konteks ini lah saya ingin bawakan isu "berleter".


Tentu kita ingat dari kecil lagi ibu bapa kita atau pengasuh kita sentiasa sahaja mengulangi kata-kata yang mengingatkan kita untuk berbuat baik, terutamanya untuk solat setiap waktu dan sentiasa pergi mengaji alQuran dan pergi sekolah tanpa ponteng.Kemudian bila kita mula dewasa mereka ini akan berterusan mengatakan perkara yang sama. Mulalah kita mengatakan mereka itu suka "berleter". Apabila sudah berumah tangga pun nanti ada suami-suami yang mengatakan isteri suka berleter, kekadang sepanjang hari.Orang yang tinggi Ego sememangnya tidak suka mendengari "leteran".


Sekarang ini saya ingin katakan bahawa "berleter" itu adalah satu cara untuk memastikan tugasan kita dilaksana dengan betul dan tepat pada waktunya. Fakta 'Waktu' amat penting dalam hidup kita. Maka itulah ada yang suka "berleter"....kerana mahu menekankan sesuatu yang penting dalam hidup..... termasuk saya sendiri 😅..... kerana hidup kita ada akhirnya.


Ada kalanya saya dan kekawan 'berhujah' mengenai fakta "berleter". Ini disebabkan kita manusia bersifat lemah dan perlu sentiasa diingatkan. Maka itulah Allah dalam alQuran pun mengulang-ulang perkara yang penting supaya manusia sentiasa beringat dan sentiasa berusaha untuk menentukan kita faham dengan jelas dan dengan itu rasa komited untuk membuat segala yang disuruh dan meninggalakan semua yang dilarang. Bukankah itu antara asas Iman dan Taqwa. Tetapi tidaklah boleh kita kata Allah pun "berleter". Subhanallah. Maha suci Allah. Astaghfirullah......


Jom kita ulang-ulang mendengari fakta "Ego" seperti dalam video di atas.

Semoga Ego kita berkisar dalam ruang lingkup paradigma Tauhid dan di hujung umur kita Allah redha dan kita tergolong dalam kategori "Nafsul Mutmainnah", (jiwa-jiwa yang tenang)....


Semoga "berleter" kita bermunafaat.......




No comments:

Related Posts with Thumbnails