"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 2, 2020

Gelap Dalam Cahaya.....@ Kemelut Politik sekitaran Covid19.

Ligature of Bismillah.jpg

Mengikuti beberapa kisah dalam Utube mengenai senario Politik di Malaysia,saya merasa seperti sedang  menghampiri suasana Gelap walaupun Allah kurnia banyak nikmat di sekeliling kita ini. Berbagai pendapat mengenai pertaruhan mendapatkan kuasa, percaturan mengisi jawatan tinggi pengurusan dan lain-lain lagi yang saya rasa bolih membingungkan rakyat yang masih mampu berfikir-fikir. Rakyat lainnya mungkin bolih berfikir tetapi keutamaan mereka terikat pada usaha mencari rezki harian. Ada yang hanya mampu kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi. Ada yang sederhana boleh makan tetapi terkial-kial mencari rezki untuk pendidikan anak-anak dan berbagai lagi.

Dalam menghadapi masaalah ketakutan dengan bahaya Covid19, rakyat sudah mula diberi gambaran bahawa Kerajaan sudah hampir mendapat menyelesaikan isu Vaksin yang katanya boleh menyelamatkan rakyat dari wabak ini. Saya sendiri belum jelas dan saya amat risau jika saya teringatkan kepentingan anak cucu dan cicit saya. Bagaimana vaksin akan dilaksana belum jelas dan jenis vaksin yang mana pun belum jelas. Itulah saya rasa seperti hidup menghampiri kegelapan. Dengan lain perkataan ramai rakyat seperti keluarga saya masih banyak tertanya-tanya sama sendiri.

Dalam tertanya-tanya, hari kelmarin saya dikejutkan dengan berita dari kawan akrab saya bahawa suaminya adalah positif Covid19. Mungkin ia dijangkiti oleh anak menantunya yang tidak tahu ia positif semasa mereka ziarah anak cucu di Tangkak. Sekarang kawan saya itu ada di hospital Sungai Buluh. Semoga boleh kembali sihat dengan izin dan kurnia Allah jua.

Saya rasa terkesan dengan apa yang berlaku disekeliling saya waktu ini. Rasa sedih dan rasa khuatir. Semoga Allah kurnia kesabaran dan sentiasa redha dengan segala ketentuan dariNYA. Saya juga berdoa semoga kepimpinan politik juga bersabar melalui dan menghadapi  "ketandusan" pemikiran bagaimana mahu berkompromi memilih ketua pemerintah yang serba boleh dan beriman dan bertaqwa. Jom sama-sama bersolawat dan berdoa semoga Allah bagi jalan keluar yang terbaik dalam mencari penyelesaian kepada semua masaalah persendirian, masaalah keluarga dan masalah Negara.

Ya Allah mohon keampunan dan mohon pertolongan Mu. Semoga Malaysia dikurnia Rahmat Allah yang tidak terhingga dan selamat dari semua bentuk Fitnah Akhir Zaman ini.

Aamiin ya Rabb....



No comments:

Related Posts with Thumbnails