"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 19, 2020

Ya Allah, Mungkinkah ?.....@ Semua kita dapat membetulkan diri.


Bismillah gold.svg

Mahu berdiri tegap mantap.Itu yang diharapkan.
Semoga tidak diganggu gugat pemikiran yang menyesatkan yang indah luaran
 tetapi reput dalaman dan tiada daya ketahanan melawan
 segala yang batil dan merosakan. 
Saya rasa terkedu seperti berhadapan dengan jalan buntu apabila
 mendengari berita  Malaysia ini seperti terumbang ambing dalam mengendali
 politik dan pengurusan negara.
 Jom semua kita perkuat diri dengan amalan-amalan yang mengundang 
kekuatan Iman dan Taqwa yang akan dapat menangkis segalah
 tipu daya Syaitan ghaib dan Syaitan manusia.

Ini sepintas detikan hati yang belum dapat ditepati.
Namun tersimpan di sanubari mahu menegakan sesuatu yang akan dapat
 merentasi segala kepincangan minda dan hati. Semoga Allah membantu 
mengendali liku-liku langkah yang masih lemah ini
dan semoga Allah sentiasa menunjuki cara mengatasi segala halangan
 dengan segala RahmatNya yang tidak bertepi. Aamiin....

Semoga jika kita semua kuat Iman dan Taqwa, pasti musuh-musuh Islam
 tidak akan berani bersuara kuat tanpa terlebih dahulu memikirkan akibat yang menanti. Mereka tidak akan berani berlagak sombong di hadapan barisan yang mengerti
 hidup itu untuk apa dan untuk siapa.
Iaitu barisan yang memegang Amanah Allah seperti menggenggam bara api.
(Menggengam bara Api biar sampai jadi arang)
Jom kita teliti kembali tindakan kita sejauh ini.
 Ustaz berpesan: Orang yang benar-benar kuat dan ikhlas adalah 
mereka yang  memberi munafaat pada diri dan pada mereka 
yang menanti ehsan dan menanti dikasihani.

Benar.....Orang yang kuat dan "hebat" adalah mereka yang memberi 
munafaat pada diri dan pada makhluk yang lain
Jangan seperti pepatah Melayu:
"Seperti Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"
Ustaz juga pesan: Jom baiki diri, baiki Solat dan selalu Solawat pada Nabi.
Mohon Kasih Sayang Mu ya Rabb......


No comments:

Related Posts with Thumbnails