"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 1, 2011

JANGAN MENANG SORAK.......




...Kampung Tergadai

Malam ini jam 10.30 waktu Malaysia, saya menonton  CNN, BBC dan Aljazera yang menyiarkan ucapan Hilirary Clinton, Setiausaha Kerajaan Negara Amerika (Secretary of State) sesudah  berakhir persidangan Hak Asasi Manusia UN di Geneva. Sekali imbas, cantik ucapannya. Bahasanya tepat dengan maksud. Dia memuji negara-negara yang peka dengan kehendak rakyatnya. Dia memuji rakyat Tunisia dan Mesir. Dia marah pada Col. Ghadafi di Libya. Dia mengkritik Iran dan North Korea. Tetapi dia tidak menyentuh perangai Isarel sedikit pun.

Bila bercerita pasal hak asasi manusia, nyata dia sentiasa pilih kasih (double standard). Dulu puji sangat Hosni Mubarak. Sekarang dia tidak membelanya. Saya sangsi keikhlasannya, dan keikhlasan pemimpin Amerika Syarikat semuanya. Dulu dia puji Hosni Mubarak sebagai rakan kongsi yang hebat. Nyata itu hanya strategynya untuk menjaga kepentingan nya dan kepentingan Israel.

Oleh itu saya selalu mengingatkan anak-anak saya supaya pintar mendengar apa yang tidak dikata dan melihat apa yang tidak ditulis. Dan juga sentiasa waspada orang yang suka menggunakan logika songsang, iaitu bila berucap atau bercakap ia senghaja menggunakan ayat-ayat yang nampak macam betul, tetapi sebenarnya salah. Percakapannya mengandungi "logical falacies". Dan lagi ramai orang "talam dua muka" di dunia ini, tidak kira di mana. Dalam kehidupan harian kita pun kita harus berhati-hati. Ramai yang berpura-pura. Jangan cepat termakan puji dan termakan budi. Buruk padahnya.

Saya berdoa negara-negara Arab yang sedang bergolak kini tidak tergesa-gesa untuk menyelesai masaalah dalaman dan luaran tanpa berfikir panjang. Kita pun begitu juga. Pepatah Inggeris mengatakan "There is no such a thing as a free lunch". Atau dengan lain perkataan, negara-negara yang kaya seperti Amerika ini sentiasa "ada udang di sebalik batu". Kalau mereka menawarkan pertolongan, pasti ada tindak balas yang ia akan dapatkan dari negara yang ditolong. Ini perangai Yahudi tulin.

Semoga Allah memelihara umat Islam dan negara-negara Islam dan semoga banyak lagi negara akan jadi negara Islam, Arab atau bukan Arab.. Semoga umat Islam pun muhasabah diri. Yang muda jangan hilang punca kemenangan. Mereka menang bukan semata-mata kerana mereka pandai, cerdik dan berani. Kita harus ingat Allah maha Menghendaki. Justeru kita jangan hilang punca. Sentiasa kembali padaNYA, dan mohon Taufik dan hidayahNya dan PertolonganNya. Walaupun kuasa Barat mengatakan ini bukan kemenangan mereka yang cenderung dan patuh pada Agama, (mereka bermaksud agama Islam), tetapi kita harus yakin bahawa Allah itu maha Perancang dan maha Menentukan dan maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Maka jangan kita menang sorak, tetapi kampung tergadai.
Mereka yang berjaya mengubah sesuatu, tunduk syukur pada Allah swt.
Maka Nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan.

4 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum ngasobahseliman,

Mohon izin singgah. Terharu dengan apa yang dinukilkan itu. Konflik, revolusi, apa lagi peperangan, banyak kemudaratannya, walaupun ada kalanya 'diperlukan' dan ada juga kebaikannya. Kita pun mungkin kurang menghayati kompleksiti dan dinamiks pergolakan dalaman negara-negara Arab itu. Namun kita harap, apa pun yang berlaku & dilakukan di sana, dilandaskan kepada warisan agung kita, al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. USA memang talam 'banyak' muka. Tapi super- power ini takkanlah tak boleh dijinakkan jika semua negara-negara Islam, termasuklah negara Indonesia, benar-benar boleh bekerjasama dan bersatu. Of course, this is easier said than done.

Kaktiny said...

Assalamu'alaikum bonda ngasobahseliman..

Semoga dalam rahmat dan lindungan Allah..

terima kasih atas peringatan..

..saya juga akan mengingatkan diri agar lebih meneliti maksud tersirat di sebalik kata yang terucap.. makna di sebalik tabir perbuatan yang terzahir..

... pernah dengar satu ceramah, katanya, zaman penjajahan British di tanah melayu dahulu, penasihat strategi peperangan Britis adalah Yahudi!.. maka itu peninggalan 'penjajah' itu sgt kukuh walaupun 53 tahun berlalunya penjajahan tanahair..

..ini kerana, menurutnya, strategi yahudi adalah, "KENALI, RAPATI DAN FAHAMI MUSUH ANDA SEDALAMNYA SEBELUM MEMERANGI DAN MENAWAN MEREKA"..

.. dan, selagi kita tidak berjuang berjihad "KERANA ALLAH", selagi itulah kita tidak akan mencapai kemenangan seperti yang Allah janjikan kepada panji-panji Islam..
(adakalanya niat kita sering tersasar, meletakkan kepentingan dunia, meletakkan kepentingan Negara, meletakkan kepentingan demokrasi, kaum, bangsa, meletakkan kepentingan sejarah dsbgnya.. sehingga tersasar daripada nawaitu asal yg sepatutnya meletakkan tujuan utama dan akhir adalah LILLAHI TA'ALA)

... dan sesungguhnya, janji Allah itu benar..

Semoga semua umat Muhammad S.A.W dapat beristiqamah dengan bersyukur dan mencari redha Allah.. ameen.

.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Terima kasih sudi kunjung.Sebenarnya banyak yang kita kurang mengerti mengenai perjuangan Islam, dan kalau mengerti pun kita kurang kepintaran dan daya ketahanan dalam mengambil tindakan. Tidak tahu siapa yang mesti dipersalahkan. Saya mengakui saya sendiri pun terkebelakang dalam hal ini. Saya selalu sahaja menyesali hidup muda saya kerana kurang peka bagaiman kuasa-kuasa besar dunia mahu melemahkan Islam. Di Kemterian Pendidika tempat saya berkerja sebelum bersara dahulu pun banyak yang keliru tentang perjuangan negara. Mana dahulu mahu diperjuangkan, Islam atau Melayu, atau kedua-duanya dan bagaimana caranya. Maka pembentukan dasar dan perancangan program dan aktiviti pun banyak kekeliruan dan contradicition tanpa disedari. Kalau disedari pun, ramai kita yang mahu sahaja ambil jalan pintas yang mudah. Maka pada hemah saya apa yang berlaku di banyak negara Islam pun demikian juga. Maka kita mudah dimanipulasi oleh kuasa Barat. Salah kita kerana mungkin kita sendiri tidak nyata apa sebenarnya obejtif hidup kita. Nilai-nilai yang dipegang pun bercampur aduk tanpa usaha untuk membetulkannya.Usaha saya sekarang hanya bercakap dengan anak-cucu supaya mereka tetap dan jitu di jalan Allah. Semoga Allah mengampuni dan menunjuk jalan dan meredhai. Sama-sama kita berdoa Allah memelihara kita semua dan perjuangan umat Islam Allah beri kejayaan.

ngasobahseliman said...

Salam dear KakTiny. Terima kasih sudi kunjung. Your ideas are very refreshing. Alahamdulilah, masih muda sudah nampak cara melalui jalan hidup mengikut kehendak alQuran dan Sunnah. Cuma Bonda ingin tambah supaya ingat hidup kita ini tidak cukup hanya mengisi tuntutan Allah secara peribadi sahaja. Kita harus juga memastikan orang lain bersama kita dan kita bersama mereka. Ia itu kita penuhi objektif 'habluminallah dan habluminannas' Kalau terluang masa baca buku "The Jewish Protocol" untuk memahami bagaimana Yahudi menyerapkan strategy mereka dalam kehidupan manusia di dunia ini supaya hidup di bawah kuasa mereka.Kalau dah baca kongsikan isinya dengan orang lain supaya semua kita berwaspada. Dalam Quran ada ayat-ayat yang sudah pun menyebut perangai buruk Yahudi. Tetapi kita tidak cukup ambil iktibar. Ini pendapat bonda sahaja. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar.

Related Posts with Thumbnails