"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 19, 2011

KARENAH ATUK DENGAN CUCU-CUCU



Ada Atuk yang terlalu sayang cucu akan sanggup memandu kereta dari Ipoh ke Johor Bahru hampir setiap minggu untuk bersama cucunya. Ini kisah benar, iaitu kisah kaum kerabat suami saya. Isterinya hampir tidak terdaya untuk menemaninya memandu kereta, tetapi apakan daya. Dan bila sampai ketikanya cucu memulakan persekolahan, Atuk inilah yang menguruskannya. Bukan permintaan anaknya tetapi itu pilihannya sendiri dan dialah yang menunggu si cucu itu seharian di sekolah hingga cucunya selesa. Atuk ini berumur  lewat limapuluhan.Tak tahulah ini perbuatan bijak atau sebaliknya kerana fakta masa yang "terbuang" ditengah jalan.


Saya juga suka dengan cucu tetapi tidak ada kesanggupan untuk buat seperti itu. Tetapi saya sanggup tinggal di Jepun berbulan lamanya menjaga cucu. Suami saya sanggup apa jua walaupun ia tidak berdaya sebenarnya. Cucu sulung kami Huzaifah namanya. Selama enam bulan sejak lahirnya kamilah yang menjaganya kerana ibunya belajar di Jepun. Kini Huzaifah sudah pun di pra-sekolah dan tinggal di Putrajaya. Tetapi suami saya kalau dibenarkan mahu Huzaifah tinggal bersama. Saya kurang setuju demi kebaikan jangka panjang, maka idea itu lenyap begitu sahaja. Tetapi kalau boleh setiap minggu mesti hendak tengok dan main dengan cucu, dan kalau boleh tidur bersama.

Huzaifah kini.

Ada pula Atuk perempuan (seorang kawan) yang "duplicate" semua barang kemudahan cucu dan mainan cucu di rumahnya. Maka anak tak perlu ada execuse untuk balik cepat bila ziarah Atuk sebab semua sudah ada di rumah Atuk. Ada mainan yang canggih-canggih pulak tu. Si Ibu hampir "give up". Tapi dia tenangkan hati sebab ini cucu sulung. Mungkin untuk cucu yang akan datang, ia akan berubah cara. Ini kes Atuk belum bersara. Kalau sudah bersara agaknya lebih dari itu perhatiannya pada cucu kesayangannya.

Semasa kursus untuk persaraan dari perkhidmatan awam, kumpulan kami diicadangkan jangan se sen pun bagi duit gratuity pada anak. Bagi pada cucu, boleh."Pamper your grand children." Mereka inilah nanti yang akan "mengheret" anak-anak balik tengok kita di kampung atau di mana kita tinggal. Gesaan cucu nak jumpa Atuk ini menjadi motivasi penting. Ini hasil kajiannya, kata penceramah itu. Bayangkan lah !

Ada juga Atuk / nenek yang "tobat" tidak hendak jaga cucu. Dulu dia muda tak perbah mintak emak tolong jagakan anak. Anak-anak sekarang ambik mudah dalam banyak hal. Nanti sampai bila nak bergantung pada Atuk dan nenek. Tetapi kebanyakan Atuk / nenek akan manjakan cucu. Ada kisah di mana cucu belum cukup besar untuk naik basikal, basikal dah siap dibeli untuk hadih sempena ulang tahun hari lahir. Hampir setahun selepas itu baru sampai kaki untuk kayuh. Bukan tak tahu. Tapi pasal nak beli juga.

Ini pulak kes Atuk yang tak mampu bina kolam renang, maka cucu-cucu mandi dalam kolah di rumah hingga menggigil-gigil. Habis shampu pun curah dalam kolah untuk jadikan buih. Yang best pulak ada Atuk yang marahkan anak sebab mereka marahkan cucu. Ini kes pembelaan songsang. Apa nak buat. Takkan nak marah balik kat Atuk.

Walaubagaimana pun, yang harus difahami oleh anak-anak muda (moral of the story) adalah seperti berikut:
  • Atuk-atuk dan nenek ini kebanyakannya tak makan saman bila sampai ke cucu. Oleh itu yang muda kenalah mengalah melainkan ia betul-betul meruncing dari segi keselamatan dan sebagainya. Tidak ada Atuk yang mahu menganiyaya cucu.
  • Stamina Atuk pun bukan setakat mana. Maka bersabarlah. Bila Atuk dah tak larat nak buat karenah, mereka sendiri akan tarik diri.
  • Atuk-atuk pula  banyak masa terluang. Maka fahamilah fenomena ini. Seharusnya anak-anaklah yang atur program dan aktiviti  untuk Atuk dan cucu dan mereka sendiri . Dengan cara ini mereka boleh berinteraksi dan sekali gos menjalin kasih sayang yang sewajarnya.
  • Jangan harapkan Atuk untuk berfikiran rasional mengenai hubungan keluarga terutamanya cucu. Anak-anaklah yang harus kreatif bagaiman masaalah "karenah" Atuk dan nenek boleh diminimakan.
  • Anak-anak harus maklum masaalah peribadi Atuk-atuk dan nenek. Daya pemikiran makin hari makin berkurangan. Itu fitrah. Maka buatlah sesuatu yang memudahkan mereka, walaupun ini rumit bagi dirinya sendiri. Seperti juga dalam bisness "customer is always right", maka dalam keluarga " Atuk  / Nenek is always right". Tidak ada perbahasan.
  • Lain-lain yang Atuk dan nenek tak boleh fikirkan dan sentiasa perlu bantuan.
Fikir-fikirlah, wahai anak-anak muda. Jika panjang umur semua orang akan melalui proses yang sama. Sama-sama bersabar dan bertimbang rasa itu merupakan fakta penting. Tetapi bila sampai soal kemampuan mengikut umur, maka yang muda dan yang masih sihat yang perlu memberi laluan pada yang tua dan semakin lemah. Ini suatu pandangan yang semoga boleh ditimbang demi kesejahteraan keluarga dan negara.





Semoga keluarga anak-anak muda dapat membahagi masa sewajarnya antara keselesan minda dan hati dan antara kebajikan  yang tua dan yang hanya mampu mengharap dan mengharap sahaja. 

4 comments:

Kaktiny said...

Assalamualaikum..

betul betul betul... atuk nenek kalau dh sampai bab cucu.. mmg KALAAAH terus.. hehehe...

dulu, time dgn anak, jangankan nk bawak ronda2 naik motor.. nak ajak pergi beli barang sekolah pon kena ikut time diaorg.. takleh mintak lebih2.. tapi, main dgn penangan cucu, siap boleh 'offer' jadik kuda keliling umah (macam dlm cerita musang berjanggut..) hehehe..

.. tapi, betul.. sayang macam manapon atuk ngan nenek kat cucu, takyah la bawak tinggal sama utk dibesarkan.. biarlah mak ayah dia yg jaga, sendiri rasa perit jerih bela anak.. dan supaya anak itu menjadi ANAK.. tidak menjadi CUCU KESAYANGAN yang akhirnya merenggangkan hubungan anak dan ibu bapa itu sendiri.. (ada yg sampai memudaratkan pemikiran anak itu kerana terlalu dimanjakan atuk neneknya.. realiti yg berlaku kepada sepupu sendiri.. Allahu..)

Kerabu Jantung said...

Sis,

I love this entry, sungguh betul, sungguh tepat dan terkena batang hidung semua orang. Anak-anak kenalah beralah dengan mak bapak. Mak bapak pun dah banyak pengalaman membela anak, jadi mereka lebih faham selok belok dan saikoloji tentang kanak-kanak.

Cuma ada sikit 'masalah' tok dengan cucu ni, semua yang cucu buat cute belaka.Anak-anak dah tak boleh nak kata apa!

Mengikut kata seorang kawan, apabila orang veteran mendapat cucu seolah-olah dia dapat a new lease of life !

ngasobahseliman said...

Dear Kaktiny. Memang betul buat baik berpada-pada walaupun pada cucu. Sebab cucu ada tendency melampau diri. Tak dapat dari mak / ayah, ia pergi kat Atuk. Semoga Atuk-atuk dan nenek-nenek masih boleh rasional dalam mencurah kasih sayang pada cucu. T. kasih ziarah. Salam.

ngasobahseliman said...

Dear Sis. What you said in the last para itu tepat sekali.Perkataan new lease in life itu amat betul. Tapi lepas pengalaman di Jepun jaga cucu, saya perhatikan bila bawa cucu jalan-jalan orang-orang tua Jepun yang ada dekat, kadang-kadang dalam train, akan menegur cucu kita dan sentuh muka dan tangan dengan senyum lebar. Anak saya (dia boleh bahasa Jepun)kata cucu kita cute. Depa namapk seronok. Kadang-kadang ada yang bagi hadiah macam biskut dan cokolat. Maknanya di sini, orang tua Jepun teruja nampak anak-anak kecil kerana mereka jarang-jarang nampak / bersua dengan anak kecil. Di sana birth rate terlalu menurun.Anak-anak mereka "malas" nak melahirkan bayi.Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Jadi bila melahirkan, kerajaan Jepun bagi hadiah Anak saya pun dapat sebab ia dikira mustautin. Lebih kurang RM 9,000. Dan di hospital dapat berbagai kemudahan dan bila keluar dapat alat-alat bayi susu dan sebagainya. Sekarang dah tsunami dan ada masaalah nuklear agaknya dasar ini bertambah baik supaya bilangan penduduk kembali stabil.

T. kasih komen. Salam.

Related Posts with Thumbnails