"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 2, 2011

TIDAK KOSONG

.....
Suatu pagi ku renung cawan kopi ku yang ada di hadapan ku waktu sarapan pagi. Sudah kosong dan perlu diisi. Hanya serdak yang tinggal.
"Ibu nak buat lagi kopi ?" Tanya pembantu rumah ku.
"Boleh jugak," kata ku sambil ku belek-belek cawan kopi ku sambil terfikir. Teringat suatu topik bacaan dalam buku "Chiken Soup" hadiah dari anak ku. Ia mengesahkan seorang ibu yang menghadiahkan sebuah kotak yang dibungkus cantik kepada anaknya semata-mata tanda kasih sayang.

Kotak dibuka oleh anaknya, tetapi ia hairan kerana kotak itu kosong. "Kenapa ibu beri kotak kosong?" Ia bertanya dengan nada agak kecewa.
Ibunya tersenyum dan berkata; "Mana kosong? Kan ada udara dalamnya." Dia berkata selamba.
"Oh...."

Lebih kurang begitu ingatan ku pada bacaan buku ketika itu. Tetapi apa yang menyentuh hati dan fikiran ku hingga kini ialah hakikat bahawa hidup ini sebenarnya  tidak ada ruang yang kosong kalau kita benar-benar mahu melihatnya dengan mata hati. Tidak seharusnya kita rasa kecewa dan rasa kehilangan dan kekosongan jiwa jika ditimpa sesutu kemalangan atau musibah. Atau pun jika bukan musibah kita rasa sunyi dan muram kerana kita tidak dikelilingi oleh orang-orang yang sayang pada kita. Dan juga kita tidak seharusnya rasa terpinggir dan dipinggirkan sekiranya orang-orang disekeliling kita tidak sependapat dan sehaluan dengan kita dalam menjalani hidup ini dan mereka selalu menjauhi kita.

Teringat juga satu pengajaran yang saya dapati semasa berkursus dalam usaha mencari kecermelangan dalam kerjaya lebih 15 tahun yang lalu. Dalam satu sessi kami peserta kursus diminta duduk diluar, iaitu di kawasan Hotel tempat kami tinggal dan kemudian kami diminta balik semula  ke bilik kuliah selepas lebih kurang 15-20 minit. Tidak diberitahu apa yang patut kami buat. Maka kami duduk dan bila kembali kami ditanya apa pengalaman kami di luar tadi. Ada diantara kami yang agak terpinga-pinga. Ada juga yang tersenyum lebar.

Berbagai cerita yang diceritakan. Ada  juga yang tidak  boleh bercerita. Aku "kebetulan" melihat pokok-pokok bunga yang dihadapan kerusi panjang (bench) temapat duduk dan "mengelamun". Aku lihat beberapa rama-rama berterbangan dan berhinggapan pada bunga-bunga yang berwarna warni. Aku masih ingat bahawa rama-rama itu tidak terbang lurus dan tidak terbang laju dari bunga ke bunga, dan dari daun kedaun. Aku ditanya apakah yang dipelajari dari fenomena itu. Terpegun sekejap dan terlintas ingatan ia itu seperti  rama-rama itu amat berhati-hati dalam mencari "habuan"nya, iaitu dalam bentuk "necteur" kurniaan Allah.

Maka aku katakan bahawa dalam hidup ini kita janganlah tergesa-gesa tanpa berfikir panjang dalam usaha mencapai apa yang dicita-citakan.

Sebenarnya tidak ada jawapan betul atau salah, kata fasilitator kursus itu, seorang Amerika berketurunan hitam yang berprofession "clinical psycologist". Dia cuma hendak tahu apa kita buat kalau kita berseorangan.

Begitulah hidup kita. Kalau kita faham konsep "TIDAK AKU JADIKAN MANUSIA DAN JIN MELAINKAN UNTUK MENYEMBAH AKU" seperti yang disebut dalam alQuran (lupa ayat), maka sebenarnya tidak ada ruang kosong dan tidak ada kekosongan dalam hidup ini.








Sama-sama kita renungkan. Semoga Allah sentiasa bersama.


2 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum.
Ya,tiada ruang yang kosong.

Tadi semasa mengajar sains di tahun 5,saya becerita pada pelajar yang bumi kita di litupi satu ruang bernama atmosfera,
"Can you tell me the content of the atmosphere?"
Mereka menjawab dengan yakin:

"Malaikat,jin,syaitan,UFO"

Lgi jauh pemikiran mereka kan?

ngasobahseliman said...

MasyaAllah.Anak-anak yang berwawasan Islami. Ambik barakah gurunya. Teruskan mendidik dengan minda pintar dan ruh yang sentiasa mengabdi pada Ilahi.Semoga Allah sentiasa bersama dan mengurnia ilham ilmu ladunni.

Related Posts with Thumbnails