"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, June 27, 2012

ADNI DEKAT DIHATI KU....

Allahu Akbar........


Poster Kecil di Notis Board Sekolah Rendah Islam Adni.
Lintasan hati kecil. Usaha murni yang melahirkan keindahan yang berbagai bentuk dan mewarnai individu-individu 
dalam berbagai bidang,
mentarbiah kefahaman erti sujud pada Allah.



Allahu Akbar....
Allahu Akbar kabiro.....
Kedengaran kuat dan jelas dari tempat parking kereta sejauh 40 meter. Ia suara anak-anak kecil dari bangunan utama Adni Islamic School di Taman Melawati yang menempatkan kelas Tadika kanak-kanak umur 4-6 tahun. Saya cepat-cepat berjalan untuk melihat sendiri aktiviti harian yang dijalankan. Kagum saya dengan cara guru-guru melatih solat Subuh secara jemaah. Anak-anak sudah kelihatan terampil dengan latihan ini. Kini sudah berada dalam semester dua. Bacaan dalam solat kedengaran jelas dan lancar. Terpaku seketika melihat kesungguhan mereka. MasyaAllah.....

Saya dan beberapa teman mengikuti  program pada hari Jumaat 22 Jun yang lalu di Adni  untuk mempelajari proses pendidikan tadika semoga dapat membawa pulang contoh-contoh yang dapat kami laksana di sekolah tadika yang kendalikan oleh teman kami yang datang jauh dari Tangkak Johor. Kami memilih untuk mencontohi Institusi ini dalam  membangunkan  tadika Al Huda Subur Fitrah di Tangkak dengan input baru yang dinamakan IHES (Intergrated, Holistic Education Sistem) dan juga untuk membangunkan satu sistem berdasarkan QGDP (Quranic Generation Development Program) yang dipelopori oleh Pak Hasni, CEO Adni Islamic School.

Gambar di atas adalah sebahagian kelas-kelas yang sedang berjalan yang kami perhatikan pagi hari itu.
Kami dapat gambaran tentang kesungguhan guru dan anak-anak. Guru bukan semata-mata guru seperti disistem pendidikan Nasional, tetapi guru adalah Murobbi. Tugas murobbi bersifat inclusive. Ia tidak mengajarkan ilmu sahaja, tetapi ia mengasuh, membimbing dan mendidik akhlak. Alhamdulilah. Kami nampak perbezaannya.

Saya pernah bercerita dalam blog saya sebelum ini bahawa saya termasuk dalam satu team yang sedang berusaha ke arah membina sistem pendidikan IHES (di Situwangi Boarding School, Garut, Indonesia) yang insyaAllah bukan sahaja dapat membina kemahiran dalam membaca Al Quran tetapi insyaAllah  cemerlang juga dalam mata pelajaran akademik yang lain. Kurikulum yang dibina dan dilaksana mengintergrasi terus ajaran Quran dan Haith dengan ilmu akdemik. Kurikulum teras dan kurikulum nasional diperkuatkan dengan perlaksanaan ko-kurikula dan extra-kurikula dengan tujuan dapat mendidik dan membina individu yang pintar berfikir, berketerampilan dan berakhlak mulia. Konsep intergrasi diadun dengan konsep assimilasi yang insyaAllah dapat membuat seorang individu itu betul-betul "immeresed" dalam "celupan" manhaj hidup Islam seperti dalam surah al Baqarah ayat 138  berikut:


A138



(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat, (menyembah)".


Adni Islamic School adalah antara usaha berbagai pihak yang menginsafi  diri dan rasa amat komited untuk menukar pesepsi negatif yang disalah fahami oleh sesetengah pihak mengenai pendidikan Islam. Apa itu pendidikan Islam yang sebenarnya. Sistem IHEAS adalah relevan pada semua dan pada bila-bila masa,  bukan hanya untuk orang Islam,  tetapi untuk yang lainnya juga, termasuk mereka yang berpegang kuat dengan fahaman agama  sama ada mereka berada di Timur atau di Barat. Usaha ini  saya kira adalah jalan Jihad fi sabililah menerusi pendidikan. Banyak sudah usaha dijalankan ke arah ini oleh beberapa kumpulan  yang faham Islam dan mahu membuktikan, dengan izin dan kehendak Allah, bahawa Islam adalah yang terbaik bagi manusia sejagat.

Entry saya kali ini hanya memilih Adni Islamic School kerana kemampuan saya untuk menjelajah ke sekolah-sekolah lain yang serupa dengannya adalah terhad dari segi masa, tenaga dan kewangan. Sila lihat Website Adni  untuk maklumat  lanjut.


Pada hari itu, hari kami bersama-sama Pak Hasni, beliau menerangkan dengan lanjut konsep IHEAS dan QGDP. Dalam celah-celah penerangan beliau  memberi tahu bahawa dalam satu pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Antarabangsa di rantau ini termasuk Singapura, Team pelajar Adni Islamic School telah dianugerah Juara, mengalahkan sekolah-sekolah ternama di rantau ini. Adni baru beroperasi selama lebih kurang 15 tahun tetapi alhamdulilah sudah dapat meletakan hasilnya di persada pendidikan dunia. Ahli jury pertanding memberi tahu Pak Hasni kelainan Team Adni dalam memperkatakan hujah-hujah. Mereka amat berhemah dan amat menghormati pihak lawan.

Kami rasa teruja mendengarnya dan sebak juga di hati atas kurnia Allah sebagai bukti bahawa ISLAM BOLEH. Bukan sahaja boleh, tetapi itulah yang BENAR di sisi Allah. Pak Hasni juga amat bersyukur. Ini bukan kejayaan Adni sebagai Adni, tetapi ini kejayaan mereka, dengan izin dan kehendak Allah, yang mendukung sistem yang telah dilakarkan dalam Quran dan Haddith dan telah dibuktikan dalam sejarah betapa para Ilmuan dan Professional Islam adalah terunggul didunia dalam bidang-bidang yang  mencabar minda, iaitu dalam bidang sains dan teknologi dan juga politik dan sosial. Adni adalah salah satu usaha mengembalikan kegemilangan itu. Semoga pertolongan Allah sentiasa bersama.

Sistem pendidikan di Adni mengutamakan pembanunan akhlak mulia disamping pembanunan individu dalam bidang  ilmu akademik. Hanya manusia yang berintergriti, berketermpilan dan Ruh yang murni sahaja yang dapat memimpin dunia ke arah kesejahteraan, kerana pemimpin seperti ini tidak akan membelakangkan alQuran dan Hadith. Biarlah orang menuduh berbagai bagai tuduhan, YANG BENAR TETAP BENAR DAN YANG BATIL TETAP BATIL. Biar Allah yang menilai kerana hanya DIA yang maha Mendengar, maha Melihat, maha Mengetahui, maha Bijaksana dan maha Berkuasa atas segala sesuatu. DIA pencipta  tujuh  lapis langit dan bumi dan apa yang di dalamnya, maka pasti DIA yang  akan memelihra orang yang komited dan bersabar dalam melaksana syariahNya.

Ini tidak akan berlaku jika individu terlibat tidak memahami erti SUJUD PADA ALLAH. Hakikat sujud ialah kemuncak rasa hina dan rasa kerdil dan tunduk khusyuk di hadapan yang disembahnya. Dan hakikat ini berterusan walaupun di luar soalt.  Sememangnya hanya Rasulullah yang mempunyai pemahaman yang sempurna, tetapi Allah menjanjikan Rahmatnya pada mereka yang dengan ikhalas dan sabar berusaha dengan dengan penuh komitmen  dalam pengabdian pada NYA.

Semua makluk Allah dituntut sujud pada Allah sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa, sama ada yang Allah kurnia akal sempurna atau yang akal sedikit. Cara sujud mengabdikan kewujudannya tidak serupa dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Kita lihat ayat-ayat berikut untuk memahami maksud sujud itu tadi.

A015
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
(Ar-Ra'd 13:15


A048

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
(Al-Nahl 16:48) | 

 Manusia sujud




Semuanya sujud.
Bayang-bayang pun sujud. Maka sama-samalah kita menghayati hakikat sujud.

Kita lihat  betapa kasih sayangnya Allah pada manusia. Diciptakan segalanya tunduk pada arahanNYA agar ia mendatangkan munafaat bagi manusia. Maka kita didorongkan diri supaya patuh pada perintah Allah. Tidak ada yang Allah cipta bagi manusia sia-sia.

Kita rujuk semula Surah Ar Rahman. Antaranya beberapa ayat:

A003
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 

A004
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 

A005
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 

A007
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 

A008
 Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;



A077
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 


A078
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. 


Maka kerana itulah kami cuba berusaha membentuk generasi yang patuh pada alQuran. Kami ingin membuktikan kami bukan golongan yang suka mendustakan. Semoga Allah membuka ruang dan membantu sepanjang jalan. Semoga kembalinya kami nanti mendapat Rahmat keredhaan.
....

No comments:

Related Posts with Thumbnails