"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, June 5, 2012

HIDUP DAN MATI



Hidupnya di lautan, atau dipinggiran tasik tempat belaan, ikan pasti mendapat perhatian.
 Hidupnya dicari dan matinya dihargai.



Dihidangkan penuh seri, kita makan hingga tidak lihat kanan dan kiri.
Alangkah bahagianya hidup ciptaan Tuhan yang begelar Ikan.
Tidak pulak ia dipertanggongjawabkan dan menjawab soalan RabbulJalil nanti di hari di mana tidak akan ada apa jua pertolongan.

Kita manusia....Allah ciptakan dengan akal fikiran yang jauh lebih hebat dari ikan. 
Tetapi kita cuai menggunakan keajaiban akal, menyangka tidak perlu besusah payah
 mengenal kehebatan ciptaan Tuhan. 
Hidup diperdaya dan terpedaya dengan hiburan siang dan malam.
Dihayun impian hiasan Syaitan, tidak mahu mendengari nasihat dan panduan.
Maka hidup penuh pura-pura dengan kesengsaraan yang disembunyikan. 
Dan mati tidak mendapat perhatian dan pertolongan.

Ayuh kita putar semula angan-angan.
Kita cari jalan mematuhi semua ajaran yang kita warisi dari Rasul pilihan.
Semoga kita bahagia dalam kehidupan dan dimuliakan dalam kematian. 
Keampunan kita pohonkan, perintahnya kita jungjung tinggi penuh harapan. 
Hidup ini rasa sejahtera dan mati nanti kita terbela.
Rahmat Allah menyelubungi kita dan di Surga Firdaus kita berjumpa.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails