"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 11, 2012

YANG MASIH SERABUT DIHATI....






 Biasanya orang seperti saya "terghalit"  dengan kesibukan hidup harian. Bukan sibuk berkerja kuat kerana sudah kurang tenaga dalam umur yang sebegini , tetapi sibuk memikirkan hal-hal  yang belum selesai untuk persiapan sampai ke Garis Penamat nanti.

Adat kata, sangat hampir sekali.

Tetapi manakan  boleh "selesai"  persiapan ke destinasi ini. Maka rasa kesal selalu menerjah hati, menerjah fikiran. Saya sudah banyak kehilangan masa dan sudah banyak pembaziran tenaga. Mustahil dapat berpatah balik ke belakang. Subhanallah. Tetapi saya bertekad tidak mahu berputus asa mengharapkan Rahmat Allah semoga mendapat keampunan dariNya dan mendapat pertolongan untuk meneruskan hidup ini yang makin hari makin rapuh  tenaga dan fikiran. Namun dengan rasa takut dan khuatir saya terus berdoa  berharap semoga Allah memudahkan segala urusan hingga ke akhirnya. Semoga saya boleh mengurus diri sendiri dan berfikiran sihat dan dapat membantu semua yang berada di sisi jauh dan dekat.

Kebelakangan ini beberapa teman akrab telah pergi dahulu menepati Janji. Maka saya dan suami berfikir-fikir akan giliran dengan tujuan supaya tidak lagha dan terghalit sibuk dengan hal-hal yang tiada kaitan dengan bekalan untuk memenuhi Janji. Kami  sentiasa memikirkan banyak lagi dosa yang belum kami perjelaskan dan bertaubat nasuha. Takut, amat takut, untuk memikirkannya. Kami pasti banyak tanggong jawab yang belum selesai termasuk yang ditakrif sebagai Fardhu Kifayah yang ada kalanya  belum jelas memahami, dan yang jelas difahami tetapi belum dapat menyampurnakannya. Lantas terfikir.... Bagaimana mahu bertemu dengan RabbulJalil yang akan bertanya semuanya.


Antara yang masih "serabut" dihati dan difikiran sendiri  ialah fakta bahawa kami masih menjadi sebahagian  dari masyarakat dalam sebuah negara yang belum sepenuhnya menjalankan hukum hakam seperti yang dituntut dalam alQuran dan hadith Nabi. Ini negara kami dan pasti sedikit sebanyak kami akan dipertanggong jawabkan mengenai hal ini. Apa peranan yang telah kami lakukan.Adakah memadai?

Dan lagi kami belum berani menceggah kemungjkaran secara terbuka. Kami hanya berani dengan anak cucu tetapi belum menjangkau  lebih jauh dari itu. Pasti ini juga akan dipersoalkan.

Dan lagi kami belum bergiat cergas menyebarkan dan berdakwah mengenai Islam ke tempat-tempat yang memerlukannya. Mithalnya, kami belum bersama-sama dengan mana-mana pihak atau  NGO yang berdakwah di hutan belentara tempat tinggalnya orang Asli dan kaum Pribumi yang lainnya. Ini belum lagi dikira sama ada kami juga harus mengambil peranan berdakwah di negara yang Islam belum terkenal, seperti di Mongolia atau  di Tibet atau sebagainya. Bagaimana ya?

Dan lagi kami belum sempurna  dalam memberikan hak asasi pada yang berhak mendapatkannya. Contohnya seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan yang lainnya. Pada haiwan pun begitu. Contohnya: Kucing-kucing hanya kami beri makan tetapi tidak menjaganya dengan rapi seperti menghantarnya ke doktor haiwan jika ada masaalah yang dihadapinya. Ada unsur kezaliman dalamnya.

Dan lagi kami  belum berani berkata dan berhujah secara terbuka supaya orang Islam menjaga hak-hak orang Islam seperti tidak membiarkan tanah orang Islam dirampas atau diserah pada orang bukan Islam. Kalau di Malaysia ini kami masih terkilan Singapore terlepas pada Lee Kuan Yu. Tidakkah nanti kami juga akan dipersoalkan.

Dan lagi kami belum berani berterus terang mengatakan pemimpin mana yang perlu dipilih untuk memerintah negara. Berbagai lagi yang belum kami berani tampil kehadapan dan bertindak secara berani dan berkesan.

Banyak lagi yang belum terjangkau usaha. Lalu saya teringatkan ayat alQuran di bawah ini. Bagaimana dapat kami belepas diri. Ya Allah, Ampunilah kami.


A120
Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.

        Surah Al An'am, ayat 120.


YA ALLAH AMPUNILAH  SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN KAMI. DALAM  USIA YANG SEBEGINI, BANYAK HAL YANG KAMI SUDAH TIDAK TERDAYA LAGI. BELAS KASIHAN MU KAMI  CARI DAN TERIMALAH SECEBIS USAHA DARI HAMBA MU YANG AMAT KERDIL INI.....



....

No comments:

Related Posts with Thumbnails