"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 9, 2012

LEON PANETTA - JANGAN TUNJUK LAGAK






"Hang jangan ingat hang besak," agaknya itu yang pak mertua saya akan kata bila Panetta Menteri Pertahanan Amerika  "MARAH-MARAH" pada negara Pakistan konon mereka melindungi Al Qaeda dan menyebabkan askar Amerika di Afghanistan terancam nyawa. Konon dia sudah tidak tahan menahan  kesabaran. Konon Pakistan sudah melampaui batas dan sudah tidak boleh dipercayai.

Jangan nak tunjuk lagak. Hal orang Pakistan jangan hang yang nak tunjuk pandai. Tentu ada sebab mengapa orang benci dengan Amerika. Mengata dulang, paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Ingat orang Amerika tidak ganas? Mereka lagi dahsyat melampaui batas-batas hak asasi manusia. Cuma mereka pandai sembunyikan belang kezaliman mereka sebab mereka kuasa besar dan media massa dikuasai oleh mereka. Maka senang sahaja mereka buat dakyah.

Saya tulis entery ini kerana  rasa agak marah pada Obama dan pembesar-pembesar yang ada  di sekelilingnya. Tidak berhenti-henti "bully" Pakistan. Saya cuba hendak mencontohi Allahyarham bapa mertua saya. Dia mengajar keluarga supaya jangan takut. Dia tegas orangnya. Dia berani mengatakan sesuatu pada pihak berkuasa.  Berani kerana benar. Dia orang kampung biasa tetapi agak "naik angin" kalau orang pelekeh Islam.

Sudah 20 tahun ia meninggalkan dunia yang sementara ini. Saya masih ingat pada sikap-sikap yang memberangsangkan semangat perjuangan menegakan yang Benar. Maka bila mendengar Panetta dengan sombong dan angkuh marah pada Pakistan, saya rasa tidak tahan di hati. Saya berdoa semoga kecundanglah Amerika dan sekutunya satu hari nanti. Allah akan sentiasa membela yang benar. Semoga  pemimpin-pemimpin dunia yang bermuka-muka itu mengerti apa dia kebenaran, apa dia hak asasi manusia, apa dia keadilan dan berbagai lagi nilai-nilai murni yang dilanggar tanpa batasan oleh mereka. Tahulah mereka nanti tinggi rendah langit dunia ini.

Lihat saudara kita di Palestine juga. Angkara siapa itu ?

Hey Panetta ! Sedarlah diri. Ada kuasa yang maha besar. Kebenaran tidak memihak. Yang benar tetap benar. Yang batil tetap batil. Mungkin bukan waktu ini Tuhan yang Maha Besar menunjukan kuasanya yang mutlak. Dan mungkin saya pun tidak kesempatan menyaksikannya. Namun doa saya tetap memohon semoga Allah memberi pertolongan, seperti pertolonganNya dipeperangan Badar. Allah maha menghendaki, maha mendengari doa-doa orang yang dizalimi, dan Allah maha bijaksana dan maha adil. Tetapi berdoa sahaja tidak mencukupi. Semoga orang Islam bekerja keras mencari penyelesaian atas kelemahan dan kekurangan, melaksana yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Jihad dibidang ilmu di utamakan. Barulah kita dapat membina sepenuhnya kekuatan yang diperlukan.

Semoga umat Islam mendapat keampunan dan mendapat kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga dan umat Islam sejagat terbela akhirnya.
Amin.

....

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Orang kata Amerika tu polis dunia, sebab nak jaga keamanan seluruh dunia, lantas kesana kemari menjarah dan menghancurkan negara orang.

Mereka tulah pengganas yang sebenarnya!

ngasobahseliman said...

Betul to sister. Kalau ada cara memang saya nak buat sesuatu untuk mengajar mereka. How? Semoga Allah tunjuk cara.

Related Posts with Thumbnails