"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 10, 2012

BANGKIT KEMBALI



SEINDAH  DAN SESEGAR BUNGA INI....
DIA TIDAK AKAN BIARKAN HIDUPNYA LAYU GUGUR KE BUMI.

Hari selasa yang lalu saya kerumah anak di Puchung untuk majlis kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru dan sempaena cadangan untuk Umrah kali pertamanya dalam hayat ini.

Selepas majlis kami duduk santai dan minum kopi panas. Mulanya cerita anak-cucu. Kemudian meleret-leret berbagai cerita. Cerita politik pun ada. Tetapi di sini saya ingin cerita mengenai hakikat hidup berkeluarga. Kami 'mengupdate' beberapa cerita jalinan kasih, ada yang suka dan  ada yang duka. Kami bercerita dalam nada sedih dan nada ketawa. Itulah pusingan roda hidup.Walau apa jua kami  kami  tetap berazam untuk meneruskan hidup seperti biasa 'business as usual" walaupun banyak rintangan yang dihadapi, bukan satu, bukan dua tetapi banyak hingga takut takut hendak mengira.

Ada yang mengalami penipuan dari rakan perniagaan, ada yang termengah-mengah kerana perniagaan kurang menjadi sebab  tidak cukup pelanggan, ada yang mengalami kegesaran dalam hubungan keluarga lantas rasa kecewa dan seperti mahu duduk berjauhan, dan ada yang rasa "burnt out" dan rasa kusut fikiran dan berbagai lagi yang tidak mencukupi ruang catatan.

Kemudian ada dari golongan pelapis dalam keluarga yang rasa amat keliru dengan hubungan perkahwinan  kerana contoh-contoh yang dilihat saban hari berdepan. Ada yang bersikap bersahaja dan relax walaupun masaalah menimbun hingga hampir sesak dada. Dan bermacam-macam lagi yang tidak mudah terduga. Maka malam itu kami muhasabah diri dan nasihat menasihati mencari santunan damai dalam kasih keluarga.  Dalam hidup ini kita cerita  hal-hal yang menggembirakan tetapi kita peka juga pada cerita-cerita yang menyentuh persaan yang jarang-jarang dapat diluahkan. Namun pada Allah semuanya sama sahaja. Kita anggap sahaja itu  ujian atau dugaan. Yang hidup senang Allah uji  dengan kesenangan dan yang hidup susah Allah uji dengan  kesabaran.  Allah tentukan berbeza-beza kerana Dia yang maha Pencipta dan Dia maha mengetahui apa yang terbaik bagi semua. Bersabar dan berusaha itu adalah tanggongjawab kita. Maka, insyaAllah, Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya.

Prinsip pokoknya ialah kita harus menyelesai masaalah tanpa menimbulkan masaalah  yang lain pula. Ada satu cogan kata dalam satu kumpulan penduduk daerah yang saya lawati diperantauan: SELESAI MASALAH TANPA MASALAH. Cantik bunyinya kan? Saya terpaku fikiran.

Sungguh cantik kalau kita cuba selesai masalah dengan memikirkan kesejahteraan orang yang kita sayang lebih dahulu sebelum kita selesaikan masaalah persendirian kita atau masalah peribadi kita. Dalam Islam kita seklalu dingatkan "Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima". Jangan biarkan orang yang menghadapi  masaalah duduk dipinggiran keseorangan. Kalau kita ikut pada prinsip "selesai masaalah, tanpa masaalah"  maka kita tidak akan berbuat sesuatu yang mengakibatkan  rasa kecewa dan menimbulkan rasa berkecil-kecil hati berpanjangan. Kita tidak perlu menyebut contoh-contoh di sini  kerana ia amat biasa dikalangan masyarakat kita. Biar kita masing-masing muhasabah diri berdasarkan ilmu dan amalan soleh. Tanpa Ilmu dan amalan soleh, mungkin susah kita hendak mencapai kesejahteraan dan kedamaian. Mohon selalu pada Allah akan Rahmatnya. Semoga tercapai cita-cita, bukan untuk diri sahaja tetapi untuk semua yang di sisi kita.

Apa jua masaalah yang kita hadapi, yakinkan diri bahawa Allah maha mendengari. Bangkit Kembali. Allah maha Mengasihani. 

WaAllahu'alam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails