"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 15, 2012

GOOD NEWS IN THE BAD NEWS





"Hidup itu nikmat, Mati pun nikmat" Satu satunya fakta  yang diulang-ulang satu ketika oleh Ustaz saya dalam pengajian mengenai hala tuju kita dalam kehidupan.

Susah untuk memikirkan mati itu nikmat kerana minda kita sudah di isi penuh dengan maklumat yang tidak tepat mengenai hidup dan kehidupan dan mengenai mati dan kematian. Kata ustaz mana mungkin kita dapat ke Syurga kalau kita tidak melalui proses mati. Kita mati dulu, berehat di alam Barzah, kemudian kita melalui pembersihan jika disyaratkan dan kemudian barulah kita hidup kekal di syurga yang kekal abadi, satu kurnia Rahmat Allah yang tidak ternilai harganya.

Bila mula-mula mendengar mati itu nikmat saya pun berfikiran panjang dan cuba memahami erti disebalik pernyataan itu. Tidak mungkin saya faham sendiri tanpa penjelasan seorang ustaz yang lebih berilmu. Maka disini saya ingin berkongsi sebuah kisah benar seorang yang tidak mahu dikenali siapa  dia dalam perjalanan nya bertemu Allah. Beliau telah menulis sebuah catatan yang diedarkan oleh waris atas permintaan nya setelah ia meninggalkan alam ini untuk berehat di alam Barzah menanti saat dan waktu berjumpa Allah yang maha Pengasih, maha Penyayang.

Ini Catatan beliau.

Beliau menceritakan perjalanan hidupnya dari mula beliau dimaklumkan mengenai penyakitnya hinggalah kesaat akhir. Mulanya beliau mendapat cancer mata dan kemudian merebak pula menjadi cancer hati. Siapa yang berminat membaca catatan ini boleh hubungi saya di "sobah125@yahoo.com" secara percuma. Saya tidak mengenali penulis catatan ini tetapi saya mengenali ibunya kerana kami sama-sama dalam satu kelas pengajian tafsir alQuran oleh Ustaz Kariman Abd Muin. Ibunya kata siapa yang berminat ia boleh sampaikan. Saya akan bantu ibunya, insyaAllah.

Beliau kata : Dalam "musibah" ada berita baik. Proses beliau dapat mengenali diri vis-a-vis Allah yang maha Pencipta diceritakan penuh emosi. Saya terkesan dengan catatannya. Sakit itu satu nikamat dan kemudian mati itu satu nikmat. Kalau kita tidak pergi mengaji dari mereka yang pakar maka susah kita mahu menerima hakikat ini.

Mula-mula penulis ini pun terikut kata kata kawan dan rakan bahawa kita harus bersikap positif dan katakan pada diri "You must fight this Cancer". Ini selalu kita dengar dalam maklumat yang tidak mendasari kefahaman Islam. Allah amat sayang pada penulis ini kerana tidak lama dalam mengendali sakitnuya beliau bertukar sikap dan mengatakan sakit itu satu blessing, satu kurnian Rahmat Allah yang tersembunyi di dalamnya berbagai hikmah yang hanya boleh dilihat dengan mata hati. Ia redha dan bertawakal. Itu pegangannya. Semuanya dari Allah dan pada Allah kita akan kembali. Saya rasa sayu dengan ceritanya. Amat meyakinkan. Setiap kita akan melalui proses mati yang kita belum tahu sepenuhnya secara terperinci. Yang tua mati, yang muda pun mati. Jangan cuba lari dan tidak mahu memikirkannya. Ini kata penulis tersebut yang saya fahami. Bacalah sendiri catatan ini.

Semoga Allah meredhainya dan catatan ini menjadi sebahagian dari Ilmu yang dimunafaakan, bekalan  seseorang ke alam akhirat. Sama sama kita mendoakannya.

....

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin

Saya selalu datang baca di sini cuma jarang meninggalkan jejak..

Bangkit kembali dan N3 ini amat berkait dengan diri saya kak.. ya nikmat hidup, mati saya pernah dengar kuliyah Ustaz Kariman tentang ini.. sakit ini menyuntik rasa kerdil dalam kehidupan ini dan sentiasa wujud rasa kebergantungan kepada Allah SWT. Subhanallah.. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ngasobahseliman said...

Salam Werdah. Betul tu. Kuasa Allah meliputi apa jua yang dilangit-langit dan di bumi and beyond. Kebelakangan ini akak dikelilingi berbagai isu kehidupan dan Werdah tolong doakan akak dapat membantu menyelesaikan tanpa timbul pula masaalah yang lain. Tetapi fikir-fikir akak akan kata : Buat sahaja yang difikirkan terbaik semasa kita buat keputusan untuk ambil tindakan dan yang lainnya tawakal. Sebab masaalah akan sentiasa ada. Semoga Allah kurnia kebaikan dalam masaalah yang dihadapi.Semoga Allah redha dengan usaha kita. Amin...

Related Posts with Thumbnails