Ini pemandangan kampung nelayan di Pulau Belitung, Indonesia yang kami lawati baru-baru ini. Dengan lambaian pohon kelapa dan bayangan air biru yang tenang, saya hampir terlupa bahawa disebalik keindahan terselit kesayuan kerana banyak lagi yang perlu dilakukan bagi membela hidup mereka yang mencari rezki di lautan dan di lautan dalam. Kita sering menganggap bahawa mengapa perlu kita rasa sedih dan sayu mengingatkan perhal hidup mereka yang serba kekurangan. Ada yang kata: "Nasiblah, itu pilihan mereka". Sedikit sekali yang mahu bersyukur ada segolongan manusia yang bekerja kuat dan kadangkala menyabung nyawa menangkap ikan dalam ribut taufan semata-mata kerana mahu berbakti pada manusia yang lain umumnya dan diri mereka sendiri khususnya. Kalau tidak ada yang sanggup berbuat demikian, maka kita tidak akan merasa makan hasil tangkapan laut yang kita nikmati sekarang. Kita ambil mudah sahaja (take things for granted) seolah-olah kita tidak perlu menghargai tugas mereka, seolah-olah itu suatu lumrah hidup yang harus ditanggong oleh siapa jua yang memilih bidang itu. Tidak terlintas dihati kita kadang-kadang cara mencari rezki bukan sepenuhnya satu pilihan mutlak bagi diri. Kadang-kadang ia satu warisan yang harus diteruskan kerana mereka tidak nampak peluang yang lain.
Sama kedudukannya seperti kaum nelayan di Malaysia. Mereka perlu pembelaan terutamanya dari pihak kerajaan.
Antara pemandangan jetty nelayan di Kukup, daerah Pontian.
Perhentian nelayan di Mersing, Johor.
Pemandang bot nelayan di Mersing menuju ke lautan yang lebih dalam.
Di Malaysia pihak kerajaan sememangnya mengambil berat tentang kehidupan kaum nelayan. Cuma saya masih terfikir-fikir adakah usaha yang dijalankan sekarang memadai. Adakah usaha sekarang sudah dapat meningkatkan peluang untuk mereka menjadi nelayan yang lebih progressif dan dapat menikmati taraf kehidupan yang setanding dengan mereka di bidang lain. Siapa yang harus memikirkan hal-hal seperti ini?
Dari maklumat yang saya perolehi dari "MYBLOG, Blog Rasmi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan", mereka ini diberi elaun sara hidup sebanyak RM200/ sebulan, dan kerajaan membelanjakan sebanyak RM230 juta keseluruhannya. Kelantan adalah penerima yang tertinggi yang melibatkan seramai 2,800 nelayan yang datangnya dari Tumpat, Kota Baru, Bachok, dan Pasir Putih. Disamping itu mereka juga mendapat subsidi minyak, bot dan pukat. Sudahkah ini memadai.
Adalah dilaporkan juga bahawa sesetengah nelayan menyalahgunakan kemudahan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan. Dan mereka selalu dikatakan sebagai tidak bertanggong jawab kerana mahu mendapatkan wang secara mudah.
Saya pula suka berfikiran lain sedikit. Mereka menggunakan wang bantuan cara sedemikian itu adakah disebabkan mereka sememangnya tidak bertanggong jawab atau adakah kerana mereka berfikiran bahawa jumlah itu tidak memadai untuk membolehkan mereka samapai ketempat yang banyak ikan yang membuat usaha mereka berbaloi. (Is this a symptom or is it a cause). Adakah ini suatu petanda atau adakah ia suatu sebab. Pastinya sudah ada kajian dibuat oleh Kemmenteran Pertanian menerusi Lemabaga Kemajuan Ikan Malaysia atau mana-mana pihak yang diarah oleh kerajaan.
Bilangan keseluruhan nelayan adalah seramai 55,000 orang. Kalau ramai sangat rakyat Malaysia menjadi nelayan walhal kawasan tempat menangkap ikan adalah terhad, maka pastinya ini menimbulkan masaalah. Kalau di lautan dalam yang dibawah kuasa kerajaan Malaysia pun tidak cukup supply, atau cukup tetapi nelayan Malaysia tidak cukup kemampuan untuk ke sana, maka harus ada strategy lain bagi menyelesai masaalah ini. Ini pun saya ingat sudah diambil kira oleh kerajaan semasa memberi subsidi. Lalu apakah masaalah sebenar dalam sektor ini dalam pembanguan ekonomi Malaysia.
Hakikatnya telah kita lihat bagi sektor pertanian yang melibatkan penoreh getah. Kerajaan telah membangunkan FELDA dan kejayaannya nampak nyata. Bagi Nelayan pula bolehkah sesuatu dibuat yang setanding dari segi usaha mahu mewujudkan keadialn bagi kaum nelayan. Saya tiada jawapan dan hanya berfikir dan bertanya.
Kita jarang-jarang mendapat cerita sebenar mengenai masaalah pembangunan ekonomi negara kita sendiri. Kadang-kadang apa yang saya terbaca di sana sini membuat saya bimbang dan saya selalu merenung jauh dan dalam mengenai perjalanan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara. Saya masih tiada jawapan. Namun saya rasa bersalah kerana hanya mampu melihat tetapi tidak mampu membantu sewajarnya.
Semoga nelayan kita terbela kehidupannya.
.....

No comments:
Post a Comment