"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, June 23, 2012
TIDAK SELESA.
Pada Selasa yang lepas, 19 Jun, saya dan suami dihantar oleh anak ke Hotel The Palace of the Golden Horses untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Mengapa pula di sana ? Pasti ada yang tertanya. Ada program khas yang saya tidak ambil kisah sangat butirannya dan pergi ke sana kerana "diarah" oleh anak. Berdebar juga dihati memikirkan apa lagi yang nanti kami akan diberi tahu tentang apa yang tak kena dengan tubuh yang makin hari makin usang ini.
Namun kami bersyukur kerana ada anak yang ambil peduli kesejahteraan ibu bapa.
Pemeriksaan bermula jam 8 pagi keesukan harinya dan kami adalah yang terawal kerana kami ditawarkan bilik dalam pakej tersebut. Penyakit yang biasa sudah kami ketahui. Saya selalu kata "I am a high flier. High blood pressure, high blood sugar and high cholesterol". Rupanya kandungan lemak dibadan saya melebihi tahap yang dibenarkan, yang agak membimbangkan. Yang lainnya pun saya dinasihati untuk berhati-hati memilih makanan. Bukan itu pertama kali saya diberi tahu untuk menjaga makanan dan patut bersenam, tetapi itulah yang sukar saya patuhi.
Ini sikap yang tidak selaras dengan kehendak Islam. Hati jadi bimbang kerana banyak tanggungjawab hidup yang belum selesai. Bolehkah kita katakan ini takdir walhal saya kurang usaha untuk mematuhi nasihat doktor. Maka saya bertekad untuk mengubah gaya makan. Semoga Allah memudahkan usaha saya ini.
Yang saya rasa lega sedikit ialah tulang saya masih kuat dan pendengaran saya dan deria penglihatan masih boleh dikira baik. Jantung pun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Namun saya amat mengerti. Sakit atau sihat kita akan mati. Itu yang penting untuk diteliti.
Maka pemeriksaan itu hanya ikhtiar semata-mata. Kami bersyukur Allah masih beri peluang dan ruang untuk menghabiskan masa yang ada sedikit lagi ini untuk membetulkan apa yang tidak betul dan menambah apa yang kurang. Namun hakikatnya kita harus faham erti redha dan Allah meredhai, erti bersyukur, erti taubat nasuha, dan berbagai lagi pegangan hidup Muslim Mukmin yang diajar oleh Rasulullah saw. Semoga Allah mengurniakan kasih sayangnya yang tidak terhingga dan mendapat limpah Rahmatnya di dunia dan di akhirat.
Sebenarnya banyak temapt yang kita boleh membuat pemeriksaan kesihatan seperti itu. Mengapa anak saya memilih tempat ini saya kurang faham tetapi tidak mahu banyak soal. Namun saya amat tidak selesa ditempat ini kerana banyak patung ukiran kuda dalam berbagai bentuk. Hingga di bilik tidur pun ada ukiran kuda. Saya tanyakan pada suami: Agaknya kita tidur dalam bilik yang Malaikat tidak menghampiri memberi salam kesejahteraan kerana ada lembaga patung. Bukankah ada hadith demikian?
Semoga Allah kurnia kesihatan yang baik dan akal fikiran yang tajam dan dapat meneruskan pengabdian sebaik mungkin dari sudut pandangNYA dan semoga amalan yang baik tidak terbatal kerana ilmu yang serba kekurangan.
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalam Sis,
Masih belum terlambat, boleh ubah cara pemakanan kita.
Regular check up tu adalah terbaik bagi kita,supaya kita sentiasa berjaga-jaga.
Take care dear Sis!
Assalamu'alaikum Kak
Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam perlindunganNya.
Saya juga ada tiga tu "High blood pressure, high blood sugar and high cholesterol" akibat banyak diberikan steroid ketika rawatan spinal dulu dan dengannya dapat cushing's sydromre. Saya tak boleh salahkan takdir kerana sepatutnya saya meneliti dengan baik sebelum mengambil ubat tu.. apa-apapun dah berlaku, dan kini muhasabah diri banyak buat silap.
Benar kak, kita harus jaga pemakanan. semoga kak dapat istiqamah dengan tekad kak dalam pemakanan dan N3 kak banyak memberikan inspirasi buat diri saya..
Salam Dear KJ, Sebenarnya I am not one of those that LOVE food. The problem with me is that I love yang pedas dan goreng-goreng. Jadinya nak kena reduce minyak dalam makanan. Doakan berjaya.
Salam Dear Werda. Semoga Werda pun sihat-sihat dan terus dapat memunafaatkan ilmu lalu blog. Akak tak pandai ulas ayat-ayat Quran secara mendalam. Sedang belajar. Doakan akak semoga Allah kurnia peningkatan. TQ singgah.
Post a Comment