Hidup ini tidak sepi dari suka dan duka
Dalam suka kita lega
Dalam duka kita nestapa
Cuma pada Allah itu sama sahaja
Kerana Dia maha Pencipta
Dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi kita.
Jangan kita megah bila suka
Jangan kita meratap bila duka
Bersabar dan bersyukur apa jua
Sebab Allah menguji hatibudi dan iman didada.
Di hujung liku-liku kembara
Pastinya suka dan duka tiada berbeza
Pastinya suka dan duka tiada berbeza
Asalkan sahaja kita redha dan padanya kita mengharap keampunan dosa
Dan rindukan kedamaian hati hanya dariNya
Kita biarkan rindu itu bersemayam di langit kekuasaanNya.
Allah, di atas tiap-tiap segala sesuatu, maha Berkuasa
.....
No comments:
Post a Comment